Part 2 : Kebetulan?

638 66 7
                                    

***

TIDAK pelikkah? Sudah dua kali aku merempuh orang yang sama pada hari ini dan ia juga berlaku pada minit yang sama. Aku sedar , itu pasti hanya kebetulan. Betul , bukan?

8.20......

Dan

10.20.....

Ini semua cuma kebetulan , bukan?

"Kenapa awak tercegat lagi kat sini? Pergilah masuk kelas."

Kulihat lelaki bertubuh kecil lebih kurang sama sepertiku ini masih tekun mengeringkan blazer hitam miliknya yang basah gara-gara air mineral sejuk yang aku minum sebentar tadi. Aku diam sahaja , tidak bersuara. Haih , kenapa aku rasa serba salah pula ni?

"Awak tak jawab lagi soalan saya."

Akhirnya , dapat juga aku melihat dengan jelas wajah lelaki ini. Memukau sungguh.

Wait... what did I said just now?

"Nampak macam kebetulan. Tapi ada logik jugak.... yang kita ni ada jodoh , bukan?"

Aku mencari anak matanya kembali. Mata yang agak kecil itu aku tatap tanpa berkedip sekali pun. Satu senyuman penuh makna terserlah di bibir merah jambu miliknya itu. Aku kelu berbicara. Suasana sunyi penuh janggal itu membuat aku tidak senang berdiri.

Ya , aku tengah berdiri betul-betul di hadapannya. Serupa tugu negara , tahu? Tidak berganjak langsung.

"Jodoh?"

Aku buat-buat bodoh sahaja , seolah olah langsung tidak memahami . Dia hanya memandang aku dengan senyuman manisnya . Senyuman penuh makna yang aku sendiri tidak tahu apa maksud disebaliknya itu.

"Sonsaengnim?"

Aku memandangnya pelik. Mana tidaknya? Kedua-dua belah biji matanya itu tidak lari sedikitpun dari memandang bibirku yang semakin menipis itu. Sudah tentulah aku tidak selesa dengan pandangan nya itu.

"Maaf.. pergi dulu."

Aku menundukkan sedikit kepala dan kemudiannya terus menghayun kan kaki , pergi jauh dari lelaki itu. Baru sahaja dia hendak bertanya perihal sesuatu. Tetapi aku lari dulu. Ahahaha.

Aku berlari anak ke arah bilik kuliah. Sesekali , jam tangan berwarna putih itu aku kerling. Mataku membuntang luas saat menyedari yang aku memang sudah lewat ke kelas.

Pintu bilik fizik itu aku rempuh sekuat hati. Bagai mahu pecah dedaun pintu itu dibuatnya. Aku memandang sekeliling. Semua mata kini tertumpu hanya pada aku. Mereka kemudiannya kembali membuat kerja masing-masing.

Ya , bercakap.

"Kenapa kau lambat?"

Donghyuk menyoal dengan keningnya bertaut rapat. Aku mengambil tempat di sisi Chanwoo sebelum bersuara.

"Tadi aku langgar sorang tutor pendek ni. Habis air aku tumpah. Nasib baik aku guna duit kau. Takdelah membazir."

Aku bercakap dengan bangganya.

"Setahu aku lah kan... semua tutor kita tinggi-tinggi. Apsal tetiba ada yang pendek ni? Sesat kah?"

Hanbin pula menyampuk , diikuti ketawa kecil dariku dan yang lain. Aku jugalah yang terlebih dahulu berhenti ketawa. Baru aku perasan. Pn. Liu tak masuk bilik kuliah ini lagi.

"Wehh... Pn.Liu tak datang ke?"

Aku menguis permukaan meja dengan hujung jari telunjuk runcing milikku. Serentak mereka semua mengangkat bahu , tanda tidak tahu. Aku kembali memandang ke hadapan.

Semenjak sekolah tinggi lagi , aku memang selalu berkepit dengan 6 orang lelaki ni. Bagai gam dengan kertas , kami selalu lepak bersama. Kerana berkawan dengan lelaki seperti mereka tidaklah bergitu menjengkelkan seperti berkawan dengan perempuan. Lagipun , aku rasa selamat di samping mereka.

Aku juga perasan , pelajar perempuan yang lain iri hati dengan aku hanya sebab kami rapat seperti sebuah keluarga. Sedangkan kami hanya kawan baik. Tiada hubungan lebih dari seorang kawan. Itu , aku jamin.

Mungkin sebab tu lah , sampai sekarang aku masih tiada teman lelaki. Ahahaha.

"Chanwoo...."

Entah mengapa , aku rasa kekok setiap kali mahu bercakap dengannya. Kalau dengan yang lain , tidak pula aku berperasaan begini. Dia memandangku dan secara tidak langsung , mataku bertentang dengan anak matanya.

Belum sempat aku bercakap apa-apa , pintu bilik kuliah itu dikuak dari luar. Walaupun duduk jauh di belakang , bunyi dedaun pintu itu memang jelas kedengaran. Mata-mata kini tertumpu di pintu itu. Pasti Pn. Liu yang akan masuk.

"Ehh..siapa tu?"

"Waaa.. tutor baru ke?"

"Kalau dia ganti Pn. Liu yang garang macam singa tu , aman kolej kita ni nanti."

Kedengaran ketawa mengekek dari pelajar-pelajar perempuan yang masih sibuk bergosip di hadapan. Aku hanya menggeleng. Itulah perempuan....

Pot pet..pot pet..

Sebaik sahaja anak mataku jatuh pada susuk tubuh sekecil semut di hadapan kelas itu , aku terus membuntang. Junhoe yang perasan dengan mataku yang membulat itu mulai pelik.

"Kau nampak hodoh dengan rupa macam tu."

Aku memandang Junhoe. Sempat lagi dia nak melawak kat sini?

"Look at me ; beautiful. Look at you ; not so much."

Aku menepuk bahunya perlahan dan tersenyum. Junhoe masih dengan muka tidak puas hatinya. Sassy boy Junhoe. Siapa tidak kenal?

Masa berlalu......

Kenapa lelaki itu ada di sini dan asyik memandangku sejak dari tadi lagi? Sungguh? Dia adalah tutor baru yang mereka kecohkan itu?

"Annyeonghaseyo . Kim Jinhwan imnida....

Saya akan gantikan Prof. Liu yang difahamkan sudahpun dipindahkan ke institusi lain. Selamat berkenalan."

Dia melambai mesra. Aku menggulingkan anak mata. Tidak berminat pun untuk tahu berkenaan dirinya itu . Tapi sejujurnya , tutor baru itu memang menjadi tarikan hampir kesemua pelajar perempuan di dalam kelas ini.

Tengoklah.... mereka semua sibuk bercerita tentang tutor tu. Macamlah aku ni tak dengar apa yang mereka cakap. Suara Jiwon yang agak kuat membuat seisi kelas terdiam.

"Yeah!!! Singa tak ada!!"

Aku cuba menahan diri dari ketawa. Tetapi yang lain sudahpun terhambur. Sampai tersembur-sembur air liur mereka. Hahaha , kawan aku ni kan.......  ̄︿ ̄

"Memandangkan kita masih ada 10 minit , kamu tak kesah kalau kita adakan sesi berkenalan yang ringkas , bukan?"

Tutor itu tersenyum mesra. Serentak dengan itu , mereka semua mengangguk setuju. Itu tak termasuk aku. Kemalasan menguasai diri. Huehuhu.

"Mula dengan barisan paling belakang."

Oh , shit.

Semua mata kini tertumpu pada aku. Nampaknya terpaksalah aku berdiri dan memperkenalkan diri. Aku tahu sangat , tutor ni cuma nak kenakan aku disebabkan blazer dia yang basah tu.

Hishhh..

"Annyeong... Kim Yunseul imnida."

Ringkas. Sebabnya? Aku malas nak cakap banyak.

"Hobi kamu?"

Aku menunduk , memandang permukaan meja. Takkanlah itu pun aku nak kena bagitahu?

"Menari , menulis lagu dan.........."

"Dan?"

"Video games...."

Aku menjawab pendek sahaja dan kemudiannya terus duduk walaupun tidak disuruh. Dia mengangguk faham dan mempamerkan senyuman manisnya. Tutor ini sememangnya memang pelik.

***

How is it guys? 

Vote ✔
Komen ✔

Zero Distance (Jinhwan)Where stories live. Discover now