Part 1 : Again?

1.2K 84 7
                                    

***

"Urghhh , damn &$+%($/% !! I'm going to be late , AGAIN!!"

KE sana dan ke sini aku berlari. Hampir satu rumah banglo mewah itu aku terokai , hanya gara-gara mahu mencari kembali kasut converse merah pemberian mama yang baru sahaja aku pakai beberapa hari lepas.

Itulah satu-satunya kasut yang aku gemari sekarang. Antara koleksi-koleksi kasut yang aku miliki di dalam rumah mewah itu , converse merah pemberian mama inilah yang seringkali aku pakai ke mana-mana sahaja.

High heels? Aku tidaklah feminin seperti yang orang lain bakal jangkakan. Malah aku juga tiada seorang pun kawan perempuan. Di kelas , mahupun di institusi tempat aku belajar sekarang. Bergaul dan melepak bersama? Hanya aku , dan lelaki.

Ya , tepat sekali.

Bagi aku , perempuan ini sejenis manusia yang begitu menjengkel kan. Lagi-lagi yang menuntut di institusi yang sama sepertiku . Buruk sungguh perangai mereka.

Bukan sahaja perangai , malah aku sendiri pun tidak mahu terlibat sekali bergosip bersama mereka. Gosip panas lah kononnya.

Ahh , teruknya aku. Seperti apa yang tertulis di atas tag nama yang kini berbelit di leher aku sekarang , nama aku adalah Kim Yunseul. Nama pun dah macam lelaki , bukan?

Heol , kau nak kata yang kau ini lelaki kah , Yun?

Hahaha , lupakan sajalah.

Aku turun ke tingkat bawah. Laju sahaja kaki aku berlari menuju ke arah almari kasut yang terletak tidak jauh dari pintu utama rumah itu. Kedua dua belah dedaun pintunya dikuak serentak . Dah agak dah yang kasut itu memang ada di sini!

Kenapalah dari awal lagi aku tidak pernah terfikir yang kasut converse merah ini ada di dalam almari kasut?  ̄︿ ̄

Selalunya aku memang akan jadi begini . Short term memory. Urgghh , bencinya jadi spesies yang pelupa ni.

Aku memastikan semua pintu dan tingkap rumah sudahpun berkunci. Usai itu , aku terus mengangkat kaki , meninggalkan kawasan perumahan mewah yang menjadi tempat aku berlindung semenjak kematian omma dan appa.

Bagaimana aku boleh hidup begitu mewah seperti ini? Itupun kerana adanya mama dan papa. Mereka mengambil aku sebagai anak angkat sedangkan siapa pun mereka itu , aku langsung tidak tahu. Malah mereka juga bukan kenalan mendiang omma dan appa.

Aku akui , hubungan aku dengan mereka tidaklah baik seperti bersama keluarga aku yang dahulu. Aku sering berenggang dengan mereka. Malah tidak ambil tahu pun apa yang mereka lakukan. Ada sahaja perbalahan yang aku akan bangkitkan nanti. Sebab itulah aku tinggal berasingan. Tidak mahu menyusahkan mereka dengan perangaiku yang begini.

Like... who cares?

Abang kandung kesayangan aku itu pula telah berjaya membuka syarikat sendiri di Jepun . Itu juga adalah di atas kehendak papa. Dia yang meminta Suho membantunya menguruskan syarikat di sana . Sebagai seorang adik yang sungguh 'penyayang' , aku sememangnya berbangga dengan pencapaiannya itu.

Namun sejak itu jugalah aku jarang berjumpa dengannya. Apatah lagi  berhubung , tidak pernah. Aku faham yang dia pasti sibuk. Bukan senang nak jadi CEO sesuatu syarikat , bukan?

Ahh , rindunya mahu mengusik si pendek itu. Bilalah agaknya dia akan balik ke Korea ya? Walaupun itu agak mustahil , aku masih berharap perkara yang sama. Aku mahu berlari keliling ruang tamu sambil menjerit-jerit mengejek Suho seperti dahulu.

"Ahhh!!"

Aku jatuh terduduk di atas permukaan jalan. "Itulah , berjalan tak reti nak tengok depan. Sibuk sangat nak berangan. Syok sendiri lagi. Good job , Yun.." Sempat lagi aku bergumam di situ.

Zero Distance (Jinhwan)Where stories live. Discover now