video popular

26 0 0
                                    

malam aku aku mengajak saiful untuk pergi ke rumah tua itu.namun saiful memberikan byk alasan yg tak masuk akal "tak nak la aku pergi, rumah tu dah la tua aku takut karang orang ingat kita ni pencuri"."alah takyah risau la malam-malam mana ada orang kat kawasan tu,yg ada pun cuma anjing nak makan kau. hahaha".kami pun sepakat setelah hampir 30 minit memujuk saiful.aku pun membawa gopro ku serta beberapa torchlight untuk merakam keadaan rumah tersebut.

"wey kau pasti ke nak masuk" kata saiful "mestila aku nak masuk,kita kan nak rakam kawasan rumah ni."ok la ok la jom masuk".kami pun masuk dengan kaki yang terketar-ketar.kami mula merakam kawasan rumah itu,kemudian diteruskan dengan kawasan bilik rumah tersebut. kami tiba-tiba terhenti apabila melihat kayu penyembahan masih terbakar walaupun rumah ini telah lama ditinggalkan."bang mat jomlah keluar, aku rasa sejuk la". "ala kau ni baru tengok colok terbakar dah takut".kami teruskan dengan merakam kawasan belakang rumah.

tiba-tiba kami merasakan seperti ada sesuatu di atas pokok buluh.kami menyuluh ke arah pokok tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat sebuah lembaga yg terapung di udara tanpa kaki.

"bang mat aku kira sampai 3 kita terus lari"."ok"."1....2....3!!!!!!" kami pun lari keluar dari rumah tersebut.kami berlari tanpa menoleh ke belakang sehingga badan kami berpeluh-peluh.

aku mengedit video tersebut lalu mengupload video tersebut ke dalam youtube.esoknya kami demam kerana seram melihat lembaga tersebut.kami membuka youtube untuk melihat video kami dan alangkah terkejut apabila video kami mendapat 1M views.

Rumah PuakaWhere stories live. Discover now