"Weh Aliah kau tunggu jap. Aku nak pegi tandas jap."beritahu Suria Haniza kepada Aliah.
"Oh okey pegi la. Aku nampak sangat muka taktahan kau tu dah. Hahahaha."kata Aliah sambil ketawa. Kata-kata Aliah tidak diendahkan olehnya.Ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan.**************************
Suria Haniza terkocoh-kocoh berjalan untuk mencari tandas. Tanpa disengajakan dia telah terlanggar seseorang.
"Sorry sorry saya tak sengaja."kata Suria Haniza kepada lelaki tersebut.
"Kau jalan pakai apa ek? Pakai lutut ke?"marah lelaki tersebut sambil mempamerkan muka arrogantnya.
"Eh eh ewah seronoknya kutuk. Saya dah minta maaf kan. Yang nak hangin sangat apesal?"berang dia rasakan dengan tuduhan lelaki tersebut. Harap muka je hensem tapi perangai ni memang out dah. Semak betul la jumpa lelaki mcm ni.
"Hoi Danial asal lama sangat kau ni?Penat doe aku tunggu."muncul seorang lelaki yang datang menyapa mereka. Dia melemparkan senyuman kepada Suria Haniza.
"Hmm ni sapa?"sambungnya lagi apabila melihat kedua duanya masih mendiamkan diri dengan masing masing muka seperti singa kelaparan.
"Hai nama saya Hareez Rifqal panggil Reez je. Nak panggil abg Reez pun ok jgn sebab nmpak awak ni mcm muda lagi je."kata Hareez Rifqal tanpa perasaan malu. Dia sekadar ingin mengembalikan suasana semula.
"Hmm nama saya Suria Haniza. You can call me Suria."kata Suria Haniza dgn senyuman. Sejuk sikit hatinya dengan si Reez ni. Disebabkan terlalu marah dengan si singa tu dia sampai terlupa tujuan asal dia.
"Okeylah saya pegi dulu."tambahnya lagi kerana terlalu malas ingin mengadap mamat kerek tersebut lagi.****************************
"Cantikkan perempuan tu. Sejuk je mata aku ni memandang. Ni kalau buat bini pun best ni."Hareez Rifqal bersuara setelah Suria Haniza beredar dari tempat tersebut.
"Minah tadi tu kau cakap lawa? Aku tengok mcm adik beradik harimau je. Mcm tu kau cakap lawa. Pegi cek mata kau la."balas Danial dengan perasaan yang membara. Sahabatnya itu ibarat ingin menambah lagi amarah di hatinya.
"Kau jgn bro. Buatnya nanti kau yg jatuh cinta dgn dia kang susah. Sekarang boleh la kau cakap mcm tu. But in future kita tak tahu mcm mana."Hareez Rifqal membalas dengan selamba kata-kata Danial tadi. Sebenarnya ada kebenaran di sebalik kata katanya sebentar tadi.******************************
Ish meluat betul la aku dengan mamat kerek tu. Dia ingat aku nak sangat la tersentuh dia tu. Ish bajet gila. Menyampah betul la aku spesies mcm dia ni. Aku harap tak jumpa dah org mcm dia ni. Buat semak hati kepala perut usus semua je.
Kata Suria seorang diri.
"Hah ni asal muka kau monyok je aku tengok ni? Dah kenapa?"tanya Aliah apabila melihat muka Suria yang seperti sedang marah.
"Nanti la aku cerita. Takdak mood aku nak cerita tentang mamat kerek tu."balasnya selamba. Malas untu bercerita lebih lanjut tentang lelaki yang telah merosakkan mood bercutinya tu. Aliah sekadar mengangkat bahu.******************************
Suria dan Aliah memasuki perut pesawat tersebut yang akan berlepas ke Korea.Muka masing masing memang tak usah cakap la. Memang tak boleh nak sorok dah kegembiraan tu. Di sana nanti mereka akan bermalam di rumah rakan mereka sewaktu di sekolah menengah dahulu. Husnina yang berkahwin dengan orang korea telah mengikut suaminya tinggal di sana. Yalah tempat seorang isteri kan disisi suaminya. Hahaha. Mereka berdua berjalan mencari seat masing masing. Korea here we go. Gembira bukan kepalang mereka rasakan saat ini. Al maklumla nak jumpa oppa masing masing.******************************
"Eh asal kau duduk dekat seat aku ni?Kau memang follow aku ek?"tuduh Danial tanpa usul periksa.
"Eh baik baik sikit ok. Saya yg duduk dulu ok. And ni memang seat saya ok."balas Suria tanpa teragak agak. Marah benar hatinya dengan kata kata Danial sebentat tadi. Tiba tiba datang lepastu nak marah marah cakap ni seat dia pulak.Asal dia ingat aku takmampu ke nak duduk seat first class ni. Dasar lelaki bajet. Marahnya dalam hati. Pramugari yang melihat suasana tegang tersebut cepat cepat datang untuk menyelesaikannya.
"Ye cik kapten ada apa masalah ni?"tanya pramugari tersebut.
"Ni mcm mana seat ni boleh jadi double booking ni?"kata Danial dengan suara yang di tahan daripada meletus api kemarahannya. Pramugari tersebut terkejut dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. "Sorry la kapten ni mungkin ada masalah teknikal ni semasa booking. Kalau mcm tu kapten ikut kami je."balas pramugari tersebut. Suria yang pelik kerana pramugari tersebut memanggil lelaki tersebut dengan kapten hanya membiarkan sahaja.
Whatever la kisah pulak aku. Janji aku dapat seat ni. Kau boleh blah. Buat mood orang spoil je.
YOU ARE READING
Cinta Di Awan Biru
Fantasía"Ish mamat ni harap muka je hensem tapi perangai tu memang out dah. Bajet bagus gila. Kau tunggu la kau tunggu aku balas balik nanti."-Suria Haniza "Eleh dia ingat dia tu cantik sangat la baik sangat la sampai semua org suka dekat dia. Kau tunggu la...