Rizz: Bab 1

261 6 2
                                    

Namanya Ridzuan, tarikh lahir 26/5/1996. Dia tidak suka perempuan, dia adalah pemain ace di dalam team K202. Dia handal membuat Meteor Jam, tetapi gagal dalam Dunk. Dia ni kejam. Selalu keluarkan kata-kata yang manis. Membuatkan hati para wanita tertarik dengannya. Dia ada motor yang diberi nama Legend. Dia sangat mencintai motor itu. Sudah berapa tahun dia tidak melihat motor itu? Semenjak dia merantau bersama kelab tu lah. Dia mempunya Baby Face dan dia tidak menyukainya. Dia adalah seorang anak yatim piatu. Dia mempunyai 5 adik beradik angkat. Semasa umur 6 tahun, dia masih berada di Rumah Kebajikan Anak Yatim di Hulu, Selangor. Dia mempunyai kawan baik yang bernama Hanas, mereka selalu bermain bersama. Min cemburu kerana Hanas adalah kawan baiknya sebelum Rizz datang dirumah anak yatim ini. Min mempunyai emak yang mengajar di rumah anak yatim itu. Kemudian Min menyuruh Rizz tolong memotongkan rambutnya yang panjang. Dia memberi Rizz gunting lalu menjerit memanggil mak nya. Maknya datang dan bertanya

"Kenapa? apa dah terjadi Min?"

"Mak! Rizz cuba nak bunuh Min!" Budak itu menipu maknya

"Apa??!! Jauhkan diri kamu dari dia cepat!!"

Lalu Rizz dimasukkan ke sekolah Juvana khas untuk budak bawah umur 10 tahun hanya selama 5 bulan. Selama Rizz disana dia selalu dibelasah oleh budak-budak yang lebih besar darinya. Selepas 2 bulan Rizz dibawa balik ke rumah anak yatim. Ini kerana kawan baiknya Hanas menceritakan tentang hal sebenar yang berlaku. Rizz tidak pernah berdendam kepada budak yang bernama Min itu. Apa yang berlaku pada budak itu pun mereka tidak mengetahuinya. Sebulan berlalu, ibu bapa baharu Rizz mengambilnya. Rizz terpisah dengan Hanas. Itulah kali terakhir Rizz melihat senyuman kawan baiknya itu. Kemudian Rizz berjumpa dengan adik beradiknya yang baru. 2 orang adik perempuan, seorang kakak dan seorang abang. Pada masa itu, adiknya yang paling kecil berumur 1 tahun, bernama Elin, adik yang kedua berumur 4 tahun bernama Syaizulin, kakak berumur 15 bernama Hazlina dan abang berumur 18 bernama Hakimi. Tetapi mereka tidak bertahan lama, sebagai adik beradik. Setahun selepas itu, emak Rizz sakit jantung dan meninggal dunia. Selepas kamatian emaknya, bapa Rizz terjebak di dalam kes menjual dadah dan hampir-hampir menjual Rizz. Disebabkan itu Rizz, mula membenci bapanya. Sejak hari tu bapa Rizz tidak kelihatan sehingga sekarang. Abang dan kakaknya lah yang menyara mereka. Rizz telah dimasukkan ke dalam sekolah sukan semasa umur 11 tahun. Sebagai pelajar sekolah rendah di Bukit Jalil. Kemudian umurnya semakin meningkat lalu di pindahkan ke sekolah sukan Tungku Mahkota Ismail di dalam lingkungan umurnya 13 dan 14. Dia mengambil permainan Basketball. 3 tahun berlalu, umurnya telah mencapai 17. Dia akan menduduki peperiksaan SPM. Namun disebabkan kes yang dia lakukan, dia telah dibuang sekolah. Semasa dalam pembelajaran KH, ada seorang guru lelaki yang menampar seorang pelajar perempuan. Pelajar itu hanya mahu ke tandas, tetapi guru itu tidak membenarkan dia pergi. Rizz mula berasa marah dengan guru itu lalu terjadi suatu pergaduhannya dengan guru itu. Guru itu dan dia dibuang sekolah. Mujurlah selepas 5 bulan Rizz tidak kesekolah. Guru besar sekolah itu memanggilnya untuk membuat Peperiksaan SPM secara private. Hanya dia dan bebera lagi ahli pasukan yang masuk dalam permainan yang penting membuat peperiksaan tersebut. Selepas beberapa bulan, dia terima keputusan SPM itu dan mendapat 7A 4B 4C. Rizz berhenti dari sekolah itu dan menyambung bermain Basketball yang dia baru sahaja main 2 tahun itu. Semasa umurnya 17, dia selalu membuat kerja sambilan dan street fight jika ada untuk membayar duit sewa rumahnya yang tinggi itu. Dia selalu cedera di kaki sebelah kirinya. Memang lah, mana ada ace yang tidak cedera kan? Sekarang dia berada di Los Angeles, kerana pasukan di sana mengimport pemain daris sini. Mereka sangat malang kerana dapat Rizz, sebab dia ni perangai kebudak-budakkan sikit. Makan pun banyak.
Sekian

My Basketball TeamK202Where stories live. Discover now