Tercungap-cungap aku memasuki ruang pesawat A330 ini. Ya Allah, apalah nasibku hari ini? Hampir pengsan aku berlari tadi.
Salah sendiri, ye Balqis! Salah sendiri sebab terlupa kunci jam semalam. Salah sendiri sebab pecut dan rempuh 'gengster Korea' tu tadi. Salah sendiri sebab tidur lewat gara- gara menghadap Running Man. Semalam ketawa berdekah-dekah, hari ni kau rasakan penangannya. Kata umi, hidup ini jangan suka salahkan orang. Audit dulu kesilapan diri.
Dress chiffon longgar berwarna pastel di badan kubetulkan sedikit. Backpack Catch Kidston bercorak floral yang tadinya kugalas kini kujinjing dengan sebelah tangan. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung langkah.
Segaris senyuman kuberikan kepada pramugari pesawat Malaysia Airlines yang berdiri di sebelah kiriku. Selepas melihat tiket yang berada di tangan, dengan ramahnya dia mengarahkan aku untuk mengikut jejak langkahnya. Maklumlah, penumpang business class. Layanan pun mestilah A plus!
Yang nyata, dalam rasa penat yang amat ini terselit jutaan syukur. Syukur kerana aku sempat juga kejar penerbangan ini. Kalau tak sempat tadi, memang rugi besarlah aku! Mana tidaknya, kali ini aku terbang dengan pakej business class kut. Pertama kali pulak tu!
Memang luas betul ruangan di sink jika dibandingkan dengan ruangan di kelas ekonomi. Tempat duduknya juga berkembar dua, untuk memberikan lebih keselesaan dan privasi. Ada tiga set tempat duduk berkembar dua dalam satu baris dan ada enam baris kesemuanya.
Terima kasih Kakak! Jeritku dalam hati. Kakak yang belanja tiket ini sebagai upah. Upah untuk apa? Tidak pula aku tanya, tetapi rasanya untuk gosok baju Kakak sepanjang aku di Malaysia kut. Wajahku berkerut sedikit saat ini. Tak pun upah kemas rumah. Erk... macam tak logik aje. Macam terlalu pemurah pulak Kakak ni. Kakak dah naik pangkat ke? Ah, janji Kakak ikhlas memberi. Aku pula ikhlas menerima. Lebar senyuman di bibirku saat ini.
"This is your seat,miss".
"Thank you so much!" Aku membalas senyuman manis pramugari itu. Terus aku melabuhkan punggung.
"No problem. Would you like to drink anything?"soalnya dengan ramah.
Wah...selalu aku yang tertunggu-tunggu mereka menghidangkan air. Kali ni air yang menunggu aku.
"Err...plain water. Just a cup of plain water will do," balasku sambil tersenyum senang.
"Alright. I'll be right back," balasnya.
Aku terus menganggukkan kepala. Tanganku terus sahaja membuka zip beg kesayanganku di atas riba.
"Excuse me," tegur penumpang yang duduk bersebelahan denganku.
Kalut sangat aku ni sampai tidak sedar ada orang di sebelah. Mata kukecilkan sedikit sambil meneroka ruang dalam beg berbunga-bunga, bercorak Inggeris ini.
"Yes, sir? Is there anything I can do for you?"
YOU ARE READING
Kimchi For You
FanfictionInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea,Jeon Jungkook/Muhammad Amran di Lapangan Terbang Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Balqis. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kakaknya...