Aku memerhati riak wajah lelaki di sebelahku ini. Wajahnya yang cerah kini sudah bertukar merah sedikit. Terus sahaja dia meraup wajahnya.
"May I know what's your problem, sir? We will try our level best to fix it." Penuh prihatin pramugari yang bernama Syira itu bersuara.
"Can't you see? I was given a seat next to her. She has been so noisy, talking to her friend. I just couldn't take it."
Dengan selamba lelaki poyo itu berkata sambil tangan kirinya menuding ke arahku. Eh! Dia ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku.
"Apesal kau tak mengaku sekali pasal enjin pesawat yang bingit ni?"bisikku laju, tidak dapat membendung lagi geram di hati.
Dia pula seperti mengerti apa yang aku katakan, terus sahaja menoleh ke arahku. Kami bertikaman mata untuk seketika.
"Please calm down, sir..."pujuk pramugari itu.
"Excuse me."
Ketiga-tiga kami berpaling ke kiri.
Encik Ikram! Aik, bila pulak dia berdiri betul-betul di sebelahku ini?
"Would you like to switch seats with me?"soalnya dengan bersungguh-sungguh kepada lelaki di sebelahku.
Tersentak aku seketika.
"Yes, you can do that. Just let me know,"ujar pramugari itu sambil tersenyum lebar.
Dia kemudian meminta diri seketika dan anak mataku hanya melihat dia berlalu ke bahagian belakang kabin dengan hati yang bercelaru. Kalau Encik Ikram tukar tempat dengan lelaki ini, maksudnya Encik Ikram akan duduk dengan aku sepanjang penerbangan ini. Oh, tidak!
"Well..."
Lelaki Korea di sebelahku sudah mula bersuara, namun dengan pantas aku merapatkan diri pada penghadang yang memisahkan kami. Kepala kudekatkan ke arah lelaki itu yang kelihatan sedikit terkejut. Sebelah keningnya terangkat ke atas.
"Jebbal! Hajima...please don't do that,"rayuku dengan bersungguh-sungguh.
Ada senyuman sinis beraja di bibir lelaki yang berkemeja putih ini. Anak matanya kini menikam mataku dan kemudian berlari ke serata wajah.
"I'm really sorry. I won't call you kkangpae anymore. You are not gengster. I am. I am!"rayuku lagi.
Memang tak masuk akal! Sanggup aku mengaku yang aku pulak gengster! Ya Allah Balqis, apa yang kau dah buat ni? Ah, nasiblah! Aku tak mahu duduk di sebelah Encik Ikram yang memang mengharapkan sesuatu daripada ku.
YOU ARE READING
Kimchi For You
FanfictionInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea,Jeon Jungkook/Muhammad Amran di Lapangan Terbang Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Balqis. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kakaknya...