Bab 3 - part 1

13 0 0
                                    

"YA ALLAH...ada enam jam lebih lagi,"keluhku perlahan. Baru Lima belas minit berada di atas awan, tetapi sudah berkali-kali aku melihat jam di tangan. Mencongak waktu dalam kerimasan yang kian menggunung.

Lelaki Korea yang kerek lagi poyo di sebelahku kananku ini kulihat sudah tidak sabar untuk blah dari sini. Matanya diliarkan dan tercari-cari krew kabin yang masih tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Maklumlah, signal memasang tali pinggang keselamatan masih belum dipadamkan. Masam mencuka sahaja wajahnya seperti jeruk basi!

Encik Ikram pula, walaupun tempat duduknya di hujung sana, ada sahaja modalnya untuk berbual. Nasib baiklah perempuan Korea yang berada di sebelahnya tu tidur aje dari tadi. Kalau tidak, pasti Mak cik tu rasa tidak selesa. Sudahlah orang yang duduk di ruangan ini memang membayar lebih untuk keselesaan.

"Balqis."

Ah...tengok la tu! Ikutkan hati, nak aje aku pura-pura tidur, tapi takut nampak sangat menipunya.

Tangan yang sedang menyelak majalah kini terhenti seketika. Aku menoleh ke kiri dengan wajah yang serius. "Ye, Encik Ikram?"

Dia kulihat tersenyum lebar. Aik, aku buat muka serious pun dia masih tersenyum begitu?

"Abang Ikram..."betulnya.

Masuk kali ni, tidak kutahu sudah berapa ratus kali dia menegurku tentang perkara ini. Nak panggil dia Abang? Memang tak la!

"Saya tak selesa,"beritahuku sedikit gugup sambil menggelengkan kepala.

Dia kulihat mengambil nafas dalam-dalam.

"Nanti sampai Malaysia, biar saya yang hantar awak ke rumah."

Kelam kabut aku menggelengkan kepala. "Ehh...takpe,takpe. Kakak jemput saya kat airport."

Tidak selesa betul nak bersembang dalam keadaan yang begini. Bunyi enjin pesawat yang sedikit bingit memaksa aku untuk kuatkan suara apabila bercakap dengannya.

"Are you sure?Atau awak tak sudi?"duga Encik Ikram.

Alamak...dia macam tahulah pulak.

"Bukan tak sudi, tapi memang Kakak akan ambil saya nanti,"jawabku dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, aku terus menyelak semula majalah dengan wajah yang pura-pura seriusnya.

Kakak sangat! Padahal, awal-awal lagi Kakak dah minta maaf kerana dia tidak dapat menjemputku. Ada urusan penting katanya. Ah, aku bukan tak biasa naik teksi balik rumah.

"Emm...awak pakai nombor apa ye di Malaysia nanti?"

Ah...lagi-lagi suara itu. Mataku masih lagi pada majalah. "Takde!"

Ops! Tak dapat dikawal. Tegas sahaja perkataan itu keluar daripada mulutku. Terus sahaj aku berpaling ke arah Encik Ikram yang kelihatan sedikit terkejut. Aku memaksa bibir untuk tersenyum.

"I mean, saya takde nombor Malaysia,"jawabku dengan lembut.

Kimchi For YouWhere stories live. Discover now