Part 24(Strong Love)

358 30 0
                                    

SOPA

Jihyo memberhentikan kereta dihadapan SOPA.Hayoung berada disebelahnya.Hayoung balik awal kerana pergi ke hospital.

Jihyo melihat tiada pelajar diperhentian bas.Pelajar yang keluar dari sekolah pun berkurangan.Jihyo keluar dari kereta manakala Hayoung berada didalam kereta.

"Awak!!"Jihyo memanggil seorang pelajar sekolah yang kebetulan lalu disitu.

"Nae"sahut pelajar itu seorang pelajar namja.

"Ermm..semua pelajar dah balik ke?"tanya Jihyo.

"Dah.Semua dah balik.Noona ni noona Sehun kan?"ujar pelajar namja itu.

"Nae.Sehun dah balik ke?"tanya Jihyo.

"Dah balik dah.Tak salah saya dia naik bas tadi"jawab pelajar itu.

"Oh,Kamsahamnida"ucap Jihyo.Pelajar itu mengangguk.

Jihyo berlalu masuk kedalam kereta.Hayoung memandang Jihyo dan memandang ke luar.Tiada kelibat Sehun.

"Sehun dah balik"ujar Jihyo.

Hayoung mengangguk faham.

.................

Rumah

Jihyo memberhentikan kereta dihalaman rumahnya.Jihyo dan Hayoung keluar dari kereta.Jihyo memandang rak kasut.Dia rasa pelik kerana tiada kasut sekolah Sehun.Pintu pun masih berkunci dari luar.

"Wae unnie?"tanya Hayoung.

"Sehun belum balik ni"jawab Jihyo.

"Belum balik??Habis tu Sehun pergi mana?"tanya Hayoung.

"Entahlah.Unnie pun tak tahu"jawab Jihyo dan mendail nombor telefon Sehun di handphone nya.Tetapi tidak dijawab.

"Unnie.Mungkin Sehun ada kat taman yang biasa dia pergi"duga Hayoung.

.................

Taman

Sampai sahaja ditaman,Jihyo dan Hayoung berpecah untuk mencari Sehun.Mereka mencari disekitar taman itu kerana ditaman itulah Sehun,Jihyo,Hayoung dan juga Xiumin selalu pergi jika ada masalah mahupun gembira.Ditaman inilah diluah segala isi hati mereka.

Taman tidak boleh berkata,Taman tidak boleh berfikir.Tetapi mungkin sebuah taman boleh mendengar walaupun tiada reaksi.Mungkin reaksinya adalah ketika seseorang sedih.Hujan akan hadir bagaikan airmata.Mungkin juga ketika seseorang gembira,cahaya matahari akan menyinari bagaikan sebuah senyuman.

Tetapi yang istimewa,sebuah taman tidak bisa menyakiti seseorang.

Langkah Jihyo terhenti tatkala melihat Xiumin dihadapannya sedang berdiri dihadapan tasik.Xiumin memusing kebelakang.Memandang Jihyo.

Pada masa yang sama,ditempat lain,Hayoung terserempak dengan Sehun.Keduanya saling berpandangan tanpa secalit senyuman.

Xiumin menghampiri Jihyo.Jihyo tidak berganjak.Tidak bereaksi.Xiumin berhenti dihadapan Jihyo.Wajah Jihyo dipandang.Jihyo turut memandang Xiumin.

"Siapa saya untuk memaksa awak mendengar alasan saya.Tetapi hanya satu yang boleh saya cakap"Xiumin berhenti seketika.

"Hati saya hanya ada pada awak"sambung Xiumin.

"Jadi saya kembalikan.Berikan kepada Jiyeon"balas Jihyo.

"Awak tak boleh paksa saya"ujar Xiumin.

"Sejak dulu Jiyeon tak sukakan saya.Bencikan saya.Sayang dekat awak.Tetapi tiba-!! orang yang dia benci bercinta dengan orang yang dia sayang"balas Jihyo.

"Saya tahu macam mana perasaan Jiyeon"tambah Jihyo.

"Wae awak selalu nak fikir perasaan orang lain?"tanya Xiumin.

"Sebab saya rasa saya kuat untuk hadapi semua ni"jawab Jihyo.

"Sampai bila?"tanya Xiumin.

"Sampai bila-!!"jawab Jihyo dan terus berlalu meninggalkan.Langkahnya berat untuk melangkah.Xiumin memandang Jihyo pergi.

"Sehun.Mian.Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak"ujar Hayoung kepada Sehun.

"Saya faham.Saya tak layak untuk ada perasaan dekat awak"balas Sehun.

Hayoung mengeleng."Aniyo..Awak berhak.Awak layak.Saya yang tak layak nak ada perasaan dekat awak"

"Saya sedar siapa saya.Saya tak setanding dengan awak.Saya miskin.Nak buat pembedahan Omma pun saya tak mampu"tambah Hayoung.

"Gomawo sebab awak tolong saya.Saya..."percakapan Hayoung dipintas.

"Awak cintakan saya?"tanya Sehun.

Hayoung mengangguk."Tapi saya tak layak untuk awak"

"Awak.Saya janji saya akan cari duit untuk bayar balik duit awak bagi untuk pembedahan Omma saya"tambah Hayoung.

"Awak ingat saya ni macam mana??saya tak akan minta balik pertolongan yang saya bagi.Awak ingat saya ni macam namja lain ke?"tanya Sehun.

Hayoung mengeleng.

"Saya tolong awak sebab saya sayang awak.Awak tak sedar lagi ke?"tanya Sehun.Airmata Hayoung sudah mengalir manakala mata Sehun berkaca.

"Macam nilah awak.Suka nak merendahkan diri sendiri"ujar Sehun.

"Siapa kita tak penting.Cinta tak kenal siapa.Sampai bila awak nak fikir macam ni?"tanya Sehun.

"Hayoung.Saranghae.Tapi kalau ini yang awak minta.Saya akan pergi.Saya harap awak bahagia dengan pilihan awak"ujar Sehun dan terus berlalu meninggalkan Hayoung.

Bersambung....

Strong LoveWhere stories live. Discover now