Part 6

82 6 0
                                    

Petang itu, rancangan aku untuk melawat Baek bersama monkey itu tergendala. Rumah aku yang comel lagi fab plus hot ini tiba-tiba diserang oleh mangkuk-mangkuk tingkat yang handsome. Siapa lagi kalau bukan Kai yang sexy and the gang.

"Kau nak pergi mana?" soal Kai sambil menjungkit kening. Sudahlah bersandar pada pintu rumah aku. Kalau dia sorang tak apalah. Ini semua! 8 orang turut bersandar sama. Robohlah pintu rumah aku!

"Aku... aku nak..."

"Kau nak?"

"Aku..." aduh! Masalah ni. Nak bagi tahu ke tak. Wajah seorang demi seorang ditilik.

"Aku minta kau jujur," kata Xiumin. Aku tertunduk menghadap lantai. Luhan ni bukan nak tolong aku. Pergi tengok TV pulak tu. Tak guna punya monkey!

"Kau tahukan Baek dekat mana?" soal Chapang. Aku mendongak. Matanya merenung tepat ke dalam anak mataku. Aku mengangguk perlahan.

"Kenapa kau tipu kami?" D.O bersuara. Aku terdiam.

"Kami pergi rumah Baek, aunty cakap dia ada dengan kau," ujar Sehun. Aku masih lagi diam.

"Tapi muka dia sedih aje," sambung Lay.

"So, kami tanyalah kenapa," kata Suho pula. Main sambung-sambung pulak! Aku minta maaf. Baek yang minta aku rahsiakan semua ini. Air mata sudah bergenang di tubir mataku.

"Aunty suruh kami tanya kau. Dia kata kau aje yang tahu perkara sebenar," tutur Tao. Aku mengangguk lagi.

"Baiklah. Korang ikut aku," kata aku perlahan. Mereka semua mengangguk dan mengikuti aku. Luhan keluar dari rumah dan turut membuntuti aku.

~*~

"Hospital?" ujar Chen. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Aku mengangguk perlahan-lahan.

Mata mereka seakan-akan terjojol keluar. Tak percayalah tu yang Baek duduk hospital. Yelah, diakan nampak sihat aje. Tiada siapa tahu yang dia sakit kecuali aku dan keluraga dia.

"Kau tak salah tempatkan?" soal Xiumin. Aku menggeleng.

"Ikut aku,"

~*~

Suasana bilik Baek yang tadi aman dan damai kini berubah hingar. Nasib baiklah ini bilik individu. Kalau tidak, aku rasa penghuni lain akan cabut lari.

Diorang ni harap aje muka handsome, tapi perangai mengalahkan hantu. Aku rasa hantu pun takut dengan diorang ni.

Sewaktu aku melangkah masuk sendirian, aku lihat Baek tersenyum sampai ke telinga. Tapi, bila dia terdengar bunyi bising dari belakang aku, terus monyok wajahnya.

"Sorry, Baek. Diorang paksa aku," kataku sambil membuat muka 40 sen. Meraih simpati. Chen menunjal dahiku.

"Kau jangan nak tipu. Kami tak paksa pun," kata Chen bercekak pinggang. Yang lain mengangguk.

"Kami desak aje," sambung Lay. Mereka mengangguk lagi. Baekhyun ternganga.

"Whateverlah..." aku menutup mulut Baekhyun. Lay tersengeh.

"Baek, kau okey sekarang?" soal Suho yang masih boleh berfikir waras. Yang lain sudah berubah menjadi kanak-kanak tak cukup umur. Bising!

"Aku okey je. Sihat wal lepat liat," Baekhyun tersenyum dengan wajah pucatnya. Kau tipu Baek. Aku tahu kau masih lagi sakit.

"Kenapa kau tak..." hanya Suho sahaja yang sibuk menemu bual Baekhyun. Yang lain? Aku tak tahulah...

"Weh, tepi! Aku nak duduk situ," jerit Kai sambil menghentak kaki. Kan aku dah cakap tadi. Diorang ni boleh berubah menjadi kanak-kanak tak cukup umur. Kalah hantu budak kecik.

"Aku duduk dulu! Kau pergilah tempat lain!" kata Chanyeol sambil menyepak punggung Kai.

"AUCH!!!" Kai mengaduh dan akhirnya mereka bertumbuk satu sama lain. Tao dan Sehun mengambil peluang itu untuk mengambil tempat mereka. Sofa hanya ada satu dan boleh menempatkan sekurang-kurangnya 3 orang sahaja.

"Ehem... ehem... This is my place! Aku chop dari semalam lagi," kata Luhan dengan bangganya. Dia ni memang sengaja cari nahas ke? Chanyeol dan Kai memandang Luhan.

"KAU!!!" jerit mereka serentak. Kini, Luhan menjadi sasaran mereka.

"Ambik ni,"

"Wei, sakitlah!"

"Yang ni pulak,"

"Somebody help me," pinta Luhan. Aku hanya memekakkan telinga dan berpaling ke arah yang lain. Padan muka monkey.

~*~

"Bye," kami semua melambai Baekhyun.

"Esok kami datang lagi," ujarku. Baekhyun tersenyum dan mengangguk. Jam sudah menunjukkan yang kini sudah lewat malam.

"Luhan," Baekhyun memanggil Luhan. Aku dan Luhan menoleh ke arahnya. Dia tersenyum.

"Kau tunggu aku dekat bawah," kata Luhan. Aku mengangguk dan berjalan ke ruang legar meninggalkan Baek dan Luhan.

~*~

"Mana monkey ni. Lamanya," rungutku. Mata aku sudah berat. Mengantuk! Aku berjalan di sekitar ruang legar.

"Jom, grandma," Luhan tiba-tiba menegur aku. Lenganku diraih. Apasal moody semacam dia ni? Muka pun macam baru habis menangis.

"Kau... okey?" soalku. Luhan berhenti dan memandang aku. Tepat ke dalam anak mata aku.

"Aku okey," jawabnya ringkas. Tingkap bilik Baek dikerlingnya. Aneh sungguh.

~*~

"Oii... grandma!!! Cepat bangun! Kau cakap nak pergi tengok Baek!" pintu bilik aku diketuk berulang kali oleh monkey tak betul tu. Ish! Aku dah bangunlah! Tahulah harini hari cuti.

"Aku tahulah!"

"Cepat! Yang lain dah tunggu dekat bawah!"katanya lagi.

"Baiklah,"

~*~

Bilik Baekhyun dipenuhi ramai orang. Mereka ni mesti ahli keluarga Byun. Tapi aku tak nampak Baek pun. Biar betul? Kami tak salah bilikkan? Betullah, ni bilik VIP 4AA. Kami semua bingung. Apa yang jadi dekat sini?

Tiba-tiba aku ternampak Ms. Byun sedang menangis dalam pelukan suaminya. Bukan Ms. Byun sahaja. Yang lain turut mengalirkan air mata. Pelik? Aku mendekati Ms. Byun.

"Aa... aunty," tegurku. Mr. Byun meleraikan pelukan. Ms. Byun mendekati aku dan terus memelukku erat. Air matanya tidak henti-henti mengalir membasahi bajuku.

"What going on here, aunty?" ujarku lembut.

"Bomi-ah," panggil Ms. Byun dalam esakannya. Aku mengurut belakang badannya perlahan.

"Waeyo?"

"Bb... baekhyun..." katanya. Kenapa dengan Baek? Aku nampak seseorang sedang terbaring di atas katil. Kaku. Itu Baekhyun.

"He's gone," ujarnya. What!? Aku tak percaya. Dada Baekhyun tidak berombak menandakan dia sudah tidak bernafas. Aku rasa seperti hampir separuh nyawa aku sudah melayang.

"Bb... Baek..." Ms. Byun melepaskan aku dan membiarkan aku mendekati Baekhyun.

"Bb... Baek... Baekhyun..." aku memanggil Baekhyun. Tangannya diraih. Sejuk. Lebih sejuk dari semalam. Kai dan yang lain hanya tunduk menghadap lantai. Baek, kenapa kau tinggalkan aku? Kau dah janjikan? Kau... Baekhyun.

"Baekhyun..." aku jatuh terduduk. Air mata mengalir hangat membasahi pipi aku. Baek, kenapa kau... kenapa kau tinggalkan aku?



Writer note: Double update!!! 

U&IWhere stories live. Discover now