Part 9

64 6 0
                                    


Sesi persekolahan pada hari itu berjalan luar biasa. Kami nampak bintang-bintang beterbangan di kepala Tao akibat dibaling marker oleh Ms. Song. Hampir pecah perut kami gelakkan si Tao tu. Lain kali tidur lagi dalam kelas dia.

Then, satu kelas kena denda lari satu padang. Kali ni pulak sebab si Luhan tu. Entah apa yang dia buat sampai Ms. Kim marah. Kesian Aira. Baru hari pertama sekolah dah kena denda. Sungguh tak untung.

"Woi, petang ni kau busy tak? Kalau kau tak busy kami nak tumpang rumah kau. Amacam, boleh tak?" soal Kai. Aku malas nak menjawab soalan dia. So, aku buat-buat tak dengar ajelah.

"KAU DENGAR TAK!!!" jerit Kai betul-betul di sebelah telinga aku. Aku hanya mengangguk.

"Tapi... jangan kotorkan rumah aku lagi sekali macam haritu,"

Flashback... (Last week)

"Wei, rumah kau kehabisan gula!!!" jerit Xiumin dari dapur. Apa diorang buat? Buat minuman. Kalau nak lepak rumah aku, diorang kenalah buat air sendiri. Aku malas. Pandai-pandailah korang berdikari dekat dapur tu. Hahaha...

"Kopi pun!!!" jerit Tao pula. Aku hanya melihat mereka sekilas sebelum menyambung semula menonton television. Drama 'Oh My Venus' kot. Aku nak tengok.

"Bomi-ah!!!" jerit mereka serentak. Ish! Nak apa lagi!?

"What?" jawabku selamba. Masih cuba mengawal rasa marah. 'Anak-anak gadis' baru mama sudah naik angin melayan perangai aku yang kadang-kadang kurang waras. Ini rumah aku. So, akulah bos.

"What!? Kau pergilah keluar beli," kata Tao. Aku masih lagi buat tak endah. Berdikari!

"Kita mesti bagi dia pengajaran. Boleh dia buat 'bodo' aje dekat kita bertiga yang kedahagaan. Memang nak kena," bisik Chen. Xiumin dan Tao menggangguk serentak.

"Betul tu. Look what I found here," Xiumin mengangkat sepeket tepung. Mereka bertiga tersenyum.

"Bomi-ah~" panggil mereka serentak. Eww... geli geleman aku dengar diorang panggil aku macam tu. Aku menoleh ke belakang melihat mangkuk-mangkuk itu yang menjadi semakin aneh dari masa ke semasa.

"Sini kejap," panggil Chen sambil mengerdipkan matanya. Cuba untuk pujuk aku ke sana.

"Untuk apa? Korang ada buat sesuatu yang luar biasa ke?" soalku.

"Mana ada! Alah, sinilah. Kejap aje," kata Tao pula. Dia pun 2 x 5. Macam orang sakit mata. Aku cucuk mata tu kejap lagi jangan tanya kenapa.

"Fine," aku bangun dan berjalan menuju ke dapur. Suddenly...

"ATTACK!!!!"

"What the..." tiga ekor chimpanzee tu membaling tepung kepada aku. Tak guna punya orang! Bersepahlah dapur aku. Aku menampar dahiku perlahan sambil menggeleng.

"Serang lagi. Biar dia putih berseri," kata Chen. Mereka berdua menggangguk laju sebelum membaling tepung ke arah aku. Lagi dan lagi dan lagi.

U&IWhere stories live. Discover now