Part 16

9 1 0
                                    

Aku menuruni tangga dengan perasaan yang aneh. Fikiran aku kusut. Pelbagai persoalan sedang terlayar di fikiran aku sekarang ni.

Macam mana aku boleh ada dekat rumah? Dalam bilik? Atas katil? Dan yang paling penting, rantai Baek? Kenapa aku langsung tak ingat apa-apa?

Kerusi ditarik dan aku melabuhkan punggungku. Makanan yang sudah terhidang dipandang satu per satu. Masih awal, tapi makanan dah dihidangkan dan ianya masih panas. Mesti mama keluar lagi.

Aku mencapai segelas susu panas.

"Good morning, princess," ujar Taehyung mesra. Aku tersenyum. Seperti biasa, dia mengambil tempat di sebelah aku.

"Macam mana harini, princess? Okey? Kalau tak sihat tak payahlah keluar," aku memandang Taehyung. Dia ni, aku tak bagi panggil sayang dia panggil princess pula. Mengada-ngada betullah.

"Mana boleh. Bomi dah janji dengan Aira," kataku lalu meneguk susu yang sudah berada di tanganku.

"Fine. Nak oppa temankan tak?" aku menggeleng. Aku bukan budak kecil lagi. Lagipun, kalau aku keluar dengan dia ni mesti fans dia serang aku. Tak naklah aku.

"Tak apalah, oppa. Bomi okey," aku menolak perlawaannya dengan baik.

"Baiklah,"

"Urm... tapikan, oppa," Taehyung memandang aku. Keningnya dijungkitkan sebelah.

"Kenapa?" soalnya.

"Macam mana Bomi boleh ada dekat sini? Bukan semalam Bomi lari dari rumah ke?" kataku dengan suara mendatar. Tanganku mengusap perlahan dagu.

Taehyung memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.

"Owh. Yang semalam princess tiba-tiba menangis dan lari tu rupa-rupanya nak lari dari rumahlah. Kenapa nakal sangat? Penat tau oppa cari princess satu bandar," Taehyung membuat muka marah tapi sedih. Dia fikir comellah buat macam tu? Hodohlah!

Tapi, lagi lama aku tengok makin comel pulak. Aduh! Hantu apa yang sampuk aku semalam sampai aku jadi tak sihat macam ni?

"Mana ada. Bomi tipu ajelah. Bomi keluar pergi cari barang Bomi yang hilang," aku mencucuk-cucuk pipi Taehyung ganas sambil membuat muka yang tercomel aku boleh buat.

"Kalau ye pon kenapa sampai pengsan? Hampir gugur jantung oppa tahu tak?" aku masih mencucuk pipi Taehyung.

"Uh? Bomi pengsan ke semalam?" Taehyung mengangguk laju. Tangan aku yang mencucuk pipinya digenggam erat.

"Patutlah rasa macam di awang-awangan aje semalam," aku menarik tangan aku dari gengamannya.

"Banyaklah awang-awangan. Kesian kawan princess kena angkut princess balik," kepala aku dijentik perlahan oleh Taehyung. Sakitlah!

"Yeke? Bomi tak suruh pon dia angkut Bomi. Padan muka dia," aku mengusap kepalaku.

"Budak ni memang..." sekali lagi tangan Taehyung naik ke dahi aku. Tapi, sebelum dia menjentik sekali lagi dahi aku. Lebih baik aku cabut dulu.

"OMO! Bomi dah lambat! Kalau ada apa-apa text or call Bomi tau. Bye, oppa," aku berlari ke pintu meninggalkan Taehyung sendirian di dapur. Pandai-pandailah dia hidup. Makanan dah ada depan mata.

~*~

"Bomi," aku menoleh ke arah Aira. Wajahnya agak pucat. Dia sakit ke?

"Yup, kenapa? Awak tak sihat ke?" aku meletakkan pen dan menghadap Aira.

"Tak! Saya okey je..."

"Tapi, kenapa muka awak nampak pucat?" pipinya dicucuk oleh jariku. Aira tersenyum manis.

"Saya nak tanya awak sesuatu, boleh?" katanya. Macam serius aje bunyinya. Aku mengangguk laju.

"Tapi, kalau saya tanya ni awak jangan marah tau," seperti orang kena sampuk, sekali lagi aku mengangguk.

"Urm... Awak, awak ada apa-apa perasaan tak dekat Luhan?" soal Aira. Aku menggaru kepalaku yang langsung tidak gatal. Apa punya soalan macam ni?

"Kenapa diam? Betul ke awak suka dia?" aku memandang tepat ke dalam anak mata Aira. Aku mengeluh perlahan.

Sejujurnya, aku memang ada menyimpan perasaan pada Luhan. Tapi hanya SIKIT dan aku tahu dia cuma menganggap hubungan kami ini cuma kawan. Tak lebih dari itu.

"Tak," aku menggeleng perlahan.

"Betul ni?"

"Ya. Sikit pun tak," kataku dengan wajah yang paling yakin. Aira menghembus nafas lega.

"Kenapa? Awak suka dia ke?" usikku. Mana tahu aku betul.

"Mana ada!" wajah Aira sedikit memerah. Hahaha... kan dah kantoi. Dah macam ni pun tak nak mengaku lagi.

"Ye ke?" soalku lagi. Aira mengangguk laju.

"Lepas tu, kenapa awak tanya yang saya suka Luhan ke tak?"

"Saja," jawabnya laju.

"Macam mana kalau tadi saya kata saya suka dia?" usikku lagi. Air muka Aira mula berubah.

"Awak tipu saya ke tadi? Jadi, betullah yang diorang cakap yang korang berdua tengah bercinta," mata aku membuntang.

WHAT!? Siapa yang buat gosip murahan macam ni!? Kalau je pon, janganlah buat cerita aku dengan monkey hodoh tu. Tak ada class langsung!

"Saya gurau je lah. Memang saya tak ada simpan sikit perasaan langsung pada dia,"

"Betul ni?"

"Yup. Tapi awak adakan? Betul tak apa yang saya kata? Awak suka diakan," kata aku.

"Ya," akhirnya, dia mengaku juga. Aku menekup mulutku dari ketawa. Macam tak ada lelaki lain yang dia boleh suka. Kenapalah Luhan juga?

"Kenapa?" tegur Aira. Aku pantas menggeleng.

"Tiba-tiba rasa nak terbatuk pula," bohongku. Aira mendekati aku dan menghulurkan sebotol air.

"Minumlah," aku mengangguk. Aira mengusap belakangku perlahan.

"Awak okey dah sekarang?" soalnya. Aku mengangguk.

"Awak jangan bagitahu dia tau,"

"Baiklah," Aira menghulurkan jari kelingkingnya.

"Janji?" aku tersenyum dan mengangguk. Jari kelingking kami bertaut.

"Janji," kataku sambil tersenyum.

"Jom kita pergi studio?" ajakku.

"Jom,"

U&IWhere stories live. Discover now