Roti calon suami

55 4 0
                                    


                "Sepanjang usia aku yang dah cecah 25 tahun ni, aku rasa tak banyak yang aku dah capai dalam hidupaku.." tiba-tiba terletus keluar perkataan itu keluar dari mulut aku. Bukan aku memang baru terfikir tapi semasa usiaku genap 25 tahun tiga hari yang lepas, aku mula bermuhasabah diri dan memikirkan tentang perjalanan hidup aku selama ini.

"Kau dah ada kereta, dah ada perniagaan online, simpanan dalam akaun pun agaknya ribu riban, itu kau kata tak banyak yang kau dah capai? Belum kira berapa kali kau pergi travel ke luar negara, hantar mak ayah kau pergi umrah, belan.."

"Orang yang berjaya dia takkan pernah rasa cukup dengan apa yang dia dah ada." Pantas aku memotong kata-kata Naimah sebelum dia menyenaraikan lebih panjang lagi apa yang aku dah buat sebelum ni.

Naimah terdiam seketika sebelum dia tersengih sambil memetik jari dihadapan muka aku.

"Ya betul!" katanya. Straw dalam cawan dikacau agar ais batu yang dah cair sebahagiannya dan teh ais itu larut sebati sebelum dia menyisip minuman itu.

Kemudian dia kembali memegang sudu dan garpu lalu mengauk mee goreng di dalam pinggan sambil bertanya padaku, "so berbanding apa yang kau dah capai sebelum ni, apa lagi yang kau rasa 'belum-cukup' tu?" Soalnya dengan perkataan belum cukup itu ditekankan. Khusus untuk memerli aku sambil dia menyuap mee goreng ke dalam mulut.

Aku tidak terus jawab soalan itu sebabnya jawapannya tiada pada aku buat masa ini. Kini tumpuanku tertumpu pada kuewtiaw goreng di pinggan. Aku menyuap kuewtiaw yang masih berasap itu ke dalam mulut.

Tiba-tiba teringat yang dulu, aku tak suka makan kat kedai mamak sebab bagi aku, kedai mamak hanyalah untuk kaum lelaki sebab aku selalu nampak ramai orang lelaki je yang datang makan kat kedai mamak. Nak masuk ke kedai tu pun malu, malah tak tau apa yang dia jual selain roti canai, tose, dan sewaktu dengannya sehinggakan dia boleh beroperasi sehingga lewat petang. Tapi sebab Naimah sangat rajin mengajak aku temannya lepak malah kadangkala makan tengahari di kedai mamak, lama-lama aku jadi terbiasa pula.

Tapi mee goreng mamak bukanlah suatu menu yang menjadi kegemaranku. Macam ada sesuatu dalam mee goreng mamak yang buat ia berbeza daripada mee goreng kedai makan yang lain dan aku tak sukakannya. Please.

"Kalau bercakap dengan kau memang kena banyak-banyak bawak bersabar. Kan?" kata Naimah dengan senyuman palsu yang berniat untuk memerli aku.

Aku tergelak kecil. Ini bukan kali pertama Naimah memerli aku dengan ayat pedas macam tu sebab memang dah banyak kali aku abaikan soalan Naimah tanpa dijawab ataupun sambil bercerita aku melambat-lambatkan proses penceritaan dengan buat kerja lain macam baca sms, tengok facebook atau makan sehingga membuatkan Naimah ternanti-nanti.

Bukan sengaja, tapi ia macam habit.

"Aku tengah fikir lah ni apa lagi yang aku nak capai tu. Aku berfikir sambil makan. Hikhik." Balasku.

"Huuuhh.." Naimah buat muka menyampah.

Aku sengih saja sambil hirup milo ais. Senyap diantara kami bila masing-masing sambung makan, tapi baru dua tiga suap kuewtiaw itu masuk ke mulut, aku sudah sendawa. Haish, pelik.. rasanya aku belum makan apa-apa pun tadi, takkan cepat benar dah kenyang kot?

Tiba-tiba mata aku terpandang milo ais di bahagian kiri tanganku.

"Hei kau ni pun satu Naimah, apasal tak ingatkan aku jangan order milo ais masa makan makanan berat."

The story.Where stories live. Discover now