Kau Yang Aku 'Benci'

48 2 1
                                    

Tatkala awan berarak ,
Ia bertemu antara satu sama lain,
Melepasi begitu sahaja,
Ingin berhenti tetapi tidak mampu,

Kisah awan bagai kisah kita,
Sering bertemu ,
Tapi hanya melepasi begitu sahaja,
Ingin menegur tetapi lidahku kelu,
Mahu senyum memandangmu,
Tetapi mata terpaku di kaki ku,
Tak ku berani melihatmu ,

Kataku tidak mungkin ku mencintaimu,
Kataku aku cuma menganggap mu sebagai kawan sahaja,
Tapi entah kenapa hati ini kerap mencarimu,
Lagi-lagi bila diri ini ditimpa masalah,
Yang ku cari hanyalah kamu,
Untuk aku luahkan beban dalam diri ini,

Gaduh dengan kamu itu biasa,
Tetapi tidak pernah ingin aku berjauhan denganmu ,
Jenakamu sering membuatkan ku tersenyum,
Usikanmu membuatkanku kadang mahu marah,
Tetapi tidak bisa,
Kerna ku mencintaimu,
Keprihatinanmu terhadap diriku,
Buatkan diriku rasa dihargai,

Wahai kamu yang aku 'benci',
Hati ini sebenarnya mencintaimu.
Aku berharap kau juga merasakan yang sama,
Agar awan kita bisa bertemu ,
Dan mengecap bahagianya.





Kau Yang Aku 'Benci'Where stories live. Discover now