Tulisan bold- lirik lagu EXO Promise Chinese Ver.
Tulisan biasa- cerita semasa
Tulisan Italic- flashback
--------------------"I closed the door in the darkness, quietly feeling helpless"
Mata Suho terkebil-kebil memandang siling bilik.Hanya lampu tidur di sisi katil menjadi sumber cahaya di bilik yang dikongsinya bersama Sehun itu.
Sehun sudah lama melelapkan mata begitu juga mereka yang lain kerana penat berlatih seharian untuk persediaan konsert jelajah dunia mereka yang kedua.
Hanya Suho yang masih terjaga. Fikirannya ligat memainkan semula memori mereka tiga tahun yang lalu.
"The changing stage is a reflection of regrets"
[All] Na eureureong eureureong eureureong dae
Na eureureong eureureong eureureong dae
[Kai] Na mulleoseoji anheumyeon dachyeodo mollaJeritan peminat EXO kedengaran sebaik sahaja lagu Growl berakhir. Mereka berdua-belas tunduk hormat sebelum turun dari pentas.
Dulu, koreografi Tree of Life dalam "Wolf" mempunyai bilangan "ranting" yang lengkap, "Growl" mempunyai susun atur dan pergerakan yang sempurna, begitu juga dengan "Overdose" yang mempunyai koreografi yang mengagumkan dan tersusun, sesuai untuk kesemua mereka.
Kini tidak lagi. Hari demi hari, seorang demi seorang ahli meninggalkan EXO. Persembahan mereka di atas pentas juga berubah seiring dengan jumlah ahli yang semakin berkurangan.
Setiap lagu yang dipersembahkan oleh mereka pasti terasa ada yang kurang. Ya, mereka kehilangan 3 orang ahli keluarga yang sangat besar maknanya buat mereka.
"You silently gave me everything, but never mention it"
Xiumin menggosok-gosok kedua belah tangannya. Malam itu terasa sangat dingin walaupun dia sudah memakai sarung tangan dan jaket tebal.
Dia, Luhan, Chen dan Suho sedang duduk di meja taman rekreasi setelah penat berbasikal dan bermain basketball. Makanan yang ada di atas meja masih belum diusik Xiumin kerana sibuk menggosok tangannya untuk memanaskan badan.
"Kenapa Minseok? Sejuk ke?" tanya Luhan yang prihatin dengan keadaan kawan baiknya itu.
"Ya. Rasa sejuk sikit" Luhan segera menanggalkan jaketnya lalu dihulurkan kepada Xiumin.
"Nah. Pakai jaket ni. Lagipun aku rasa panas lepas main basketball tadi."
"Wahh terima kasih Luhan" Xiumin mengambil jaket tersebut dengan senang hati.
"Yahhh Chen janganlah ambil makanan hyung! Hyung pun lapar jugak." Luhan mengetuk tangan Chen yang ingin mengambil makanannya menggunakan penyepit yang dipegangnya.
"Alaaa Chen ambil sikit je hyung. Kata manly, orang manly tak boleh marah-marah" usik Chen.
"Haih yalah tapi ambil sikit je tau" Luhan mengalah.
Suho yang sedari tadi melihat gelagat mereka bertiga hanya tertawa kecil. Ada sajalah budak berdua ni, bisik hati Suho dan menyambung makan semula.
--------------------
Suho merengus kasar. Dari tadi dia cuba untuk melakukan beberapa pergerakan wushu menggunakan kayu yang dipegangnya namun tidak berhasil. Ada saja yang tidak kena setiap kali dia menghayunkan kayu tersebut.
Tao yang memerhati gelagat Suho tersenyum simpul dan berjalan mendekati Suho.
"Suho hyung, meh Tao ajar cara pergerakan yang betul dengan kayu ni"
Tao melakukan pergerakan wushu dengan sempurna sekali. Suho berasa sangat kagum dengan kebolehan Tao. Setelah beberapa kali percubaan dengan bantuan Tao, Suho berjaya melakukan pergerakan wushu dengan sempurna sekali.
"Terima kasih Tao sebab ajarkan hyung. Hyung terhutang budi sangat-sangat" Suho berkata sambil mengelap peluhnya menggunakan tuala kecil.
"Eh hal kecik je hyung. Kalau hyung nak berlatih pergerakan lain panggil je Tao. Nanti Tao ajarkan" balas Tao sambil meneguk air, kehausan setelah berlatih wushu bersama Suho.
--------------------
"I muster up my courage and opened my eyes once again"
Suho menarik nafas perlahan-lahan sebelum membuka matanya yang sudah berair. Untuk pertama kalinya, air matanya tumpah. Dia sudah letih untuk memendam perasaannya.
Sebagai seorang ketua, dia cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif dan sentiasa tersenyum dalam apa jua situasi yang melanda EXO. Tetapi malam ini, dia sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi.
Suho menangis teresak-esak di birai katil. Apa salahnya? Ramai pihak mengata yang dia tidak menjaga ahli EXO sebaiknya. Malah, mereka juga menyalahkan dirinya kerana menyebabkan pemergian Kris, Luhan dan Tao.
Mungkin ada betulnya kata-kata mereka. Dia tidak layak menjadi ketua EXO.
"Time is slowly slipping away, little by little.
Everything I do for you may not be enough"Sehun terjaga apabila mendengar seseorang sedang menangis di tepi katilnya. Dia terkejut melihat Suho yang sudah merah mata kerana menangis.
"Hyung, kenapa hyung menangis ni?" Sehun bertanya, risau apabila melihat Suho menangis. Jarang dia melihat Suho mengeluarkan air mata.
"Eh Sehun! Hyung ingatkan Sehun dah tidur" Suho pantas mengelap air matanya.
"Sehun bangun sebab dengar bunyi orang menangis. Hyung okay tak ni? Hyung tak jawab lagi soalan Sehun. Kenapa hyung menangis?" Suho terdiam. Lama sekali. Dia memandang Sehun.
"Hyung.. hyung rindukan Kris, Luhan dan Tao. Hyung tak cukup bagus untuk jadi ketua EXO. Sebab tu dorang keluar. Lagipun ramai orang bencikan hyung."
Air mata Suho tumpah lagi. Sehun segera bangun dan mengusap perlahan belakang Suho, cuba untuk menenangkannya.
"Jangan cakap macam tu. Hyung lebih daripada seorang ketua yang baik pada kami semua. Hyung sentiasa ada untuk kami di saat susah dan senang. Sehun.. Sehun pun rindu Kris hyung, Luhan hyung dan Tao. Kris hyung selalu ada untuk Sehun kalau hyung sibuk. Dan Sehun dah rapat dengan Luhan hyung sejak Sehun jadi trainee lagi. Dan Sehun suka berkawan dengan Tao sebab dia sangat memahami Sehun" Sehun turut menangis apabila teringatkan ketiga-tiga hyungnya itu.
YOU ARE READING
Promise | OT12 |
Short StoryCover credit to : Sehunnie Kkamjong Artwork Satu lagu sudah cukup untuk menceritakan semuanya. Kisah pahit manis mereka sebagai sebuah group serta cabaran yang mereka hadapi terkandung dalam setiap bait lirik lagu tersebut. Berbekalkan semangat ya...