C5: Reunite

2.7K 260 43
                                    


"Since you've already escaped, you're not in the picture of this promise"

Malam itu, Kris, Luhan dan Tao berpakaian serba hitam. Mereka juga mengenakan topeng muka dan topi supaya diri mereka tidak dicam oleh peminat EXO yang turut hadir ke konsert itu.

Di belakang pentas, Lay sudah menunggu kemunculan mereka bertiga. Dia tidak memberitahu ahli EXO yang lain kerana takut manager atau staf SM yang lain perasan akan kehadiran Kris, Luhan dan Tao jika mereka berkumpul beramai-ramai.

Jadi, dia membuat keputusan untuk berjumpa mereka bertiga bersendirian. Tiba-tiba, dia ternampak tiga susuk tubuh berpakaian serba hitam datang ke arahnya. Lay tersenyum, sebetulnya dia hampir menangis tetapi ditahan.

Luhan berlari ke arah Lay dan memeluk tubuh lelaki itu seerat mungkin. Begitu juga dengan Kris dan Tao.

"Hyung rindukan Lay" kata Luhan.

"Me too" kata Kris.

"Tao pun rindu hyung" kata Tao.

"Kami minta maaf sebab tinggalkan Lay. Kami tak berniat nak buat Lay keseorangan sebagai Chinese member. Kami terpaksa.." Air mata Lay tumpah apabila mendengar kata-kata Luhan.

Sesungguhnya memang dia terasa sunyi apabila mereka bertiga meninggalkan EXO. Ditambah pula dengan kecaman yang diterimanya setelah Tao meninggalkan EXO menambahkan lagi tekanannya.

Mujur ahli EXO yang lain ada untuk menyokongnya dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Kris mengusap belakang Lay.

"Jangan menangis Lay. Lepas ni kan Lay nak perform. Nanti mata sembap" Lay mengelap air matanya.

"I know, then can you let me stay around you forever"

"Terima kasih hyung, Tao. Lay berterima kasih sangat sebab sudi datang konsert kami. Walaupun hyung dan Tao tak bersama kami di atas pentas, tapi di hati kami, kita akan tetap bersama sampai bila-bila" ucap Lay.

Setelah berpelukan buat kali terakhir, Lay pergi ke ruang belakang untuk menyiapkan diri. Konsert mereka akan bermula sebentar lagi.

"Lay hyung, hyung pergi mana tadi?" tanya Kai.

"Hyung jumpa orang tadi dekat belakang pentas" jawab Lay jujur.

"Huh? Siapa" tanya Sehun pula. Lay hanya tersenyum dan membiarkan soalan Sehun itu. Sehun mengerutkan dahinya.

"Hyung, jawablah" Lay masih tersenyum.

"Adalah"

"EXO! Masa ada lagi 10 minit sebelum konsert bermula. Cepat bersiap dan berlatih apa yang patut" kata manager mereka.

Skip.

"Just like breathing, we reminisce once again"

Ahli EXO melakukan persembahan yang sangat mantap pada malam itu. Setelah selesai mempersembahkan lagu Call Me Baby, Sehun melambai ke arah ribuan EXO-L yang menghadiri konsert mereka pada malam itu.

Tiba-tiba, matanya tertancap pada tiga susuk tubuh yang duduk di bahagian VIP. Sehun agak sedikit terkejut apabila melihat wajah Luhan, Kris dan Tao yang terselindung di sebalik topi yang dipakai mereka.

"Tak mungkin tu mereka. Aku salah tengok agaknya. Tapi aku betul-betul rasa yang tu memang dorang" bisik hati Sehun.

"Sehun-ah! Okay tak ni?" tanya Suho.

"Oh. Err Sehun okay hyung" balas Sehun. Mereka semua menyambung persembahan mereka yang seterusnya.

Sehun tidak senang duduk. Sepanjang persembahan mereka, dia asyik mencari peluang untuk melihat ke arah figura tiga orang lelaki itu.

"Hyung, Tao rasa Sehun perasan kitalah. Dari tadi dia asyik jeling dekat sini. Mesti dia dah cam kita" Tao berkata.

"Hyung pun perasan. Masa first time dia tengok dekat sini pun muka dia nampak terkejut" ulas Kris pula. Luhan hanya diam. Tidak memberikan apa-apa respon terhadap kata-kata mereka tadi.

EXOLUXION sudah sampai di penghujungnya. Sorakan EXO-L mengakhiri persembahan mereka. Setelah konsert mereka selesai, Sehun pergi ke tempat yang dia nampak Kris, Luhan dan Tao secara senyap-senyap.

"Hyung?" Kris, Luhan dan Tao menoleh. Mereka jelas terkejut dengan kehadiran Sehun. Mereka menarik Sehun agak jauh dari tempat itu dan berpelukan di situ.

Sehun sudah menangis teresak-esak. "Kris hyung, Luhan hyung, Tao, Sehun rindu kamu semua"

"Kami pun" balas mereka bertiga serentak.

"Tak sangka hyung datang konsert kami. Sehun ingatkan Sehun salah tengok tadi. Rupanya hyung memang datang" kata Sehun lagi.

"Kami datang sebab Lay yang jemput. Dia yang beri tiket masuk dekat hyung. Hyung dah jumpa dia tadi sebelum konsert" jelas Kris.

"Jadi, sebab tulah Lay hyung asyik senyum je sebelum konsert tadi. Rupanya dia dah jumpa hyung. Sampai hati tak bagitahu Sehun." Sehun mencebik. Mereka bertiga hanya ketawa melihat telatah sang maknae.

"Thank you, I'm sorry, I love you"

Tiba-tiba, telefon Kris berbunyi. Dia segera menjawab panggilan tersebut. Seketika kemudian, talian diputuskan. Kris memandang mereka dengan muka yang sedih.

"Guys, hyung dengan Tao kena pergi sekarang. Ada hal penting. Jaga diri ya Sehun. Buat yang terbaik untuk EXO" pesan Kris.

"Sekejapnya dapat jumpa hyung dengan Tao." balas Sehun kecewa. Kris dan Tao memeluk Sehun.

"Kami pun nak duduk sini lama-lama. Tapi ada hal pula. Kalau ada rezeki nanti kita jumpa lagi eh?" Sehun menggangguk.

"All these are no longer enough to express my everything"

Setelah Kris dan Tao pergi, Sehun dan Luhan duduk di satu sudut yang agak jauh dari belakang pentas itu.

"Sehun apa cerita sekarang ni?" Luhan memulakan perbualan.

"Sibuk dengan konsert jelajah. Lepas habis konsert jelajah ni kami nak comeback pulak. Hyung pulak? Macam mana dengan kerjaya hyung? Sehun tengok makin comel hyung sekarang ni" usik Sehun.

"Kyaaa hyung ni handsome okay bukan comel. Tentang kerjaya hyung pula, bagus. Hyung dapat tawaran berlakon. Hyung pun sekarang ni tengah dalam proses nak buat album solo" jawab Luhan.

Sehun diam. Melayan perasaannya. Begitu juga Luhan. "Sehun rindu kenangan kita dulu. Sebagai satu kumpulan yang lengkap." kata-kata Sehun memecahkan kesunyian antara mereka.

Luhan tersenyum kelat. "Hyung pun rindu jugak. Rindu nak usik member lain. Rindu nak bergelak ketawa dengan dorang. Rindu nak minum bubble tea dengan Sehun" Mata Luhan sudah berair. Begitu juga Sehun.

"My love, just let me protect you"

"Baik Sehun pergi sekarang. Nanti member lain perasan Sehun tak ada. Staf dengan manager pun mesti bising kalau Sehun lambat nanti" kata Luhan.

"Tapi Sehun nak duduk dengan hyung"

"Hyung tahu, tapi hyung takut member lain risau. Lagi-lagi Suho. Kan hyung dah amanahkan Suho untuk jaga Sehun. Sehun balik ya? Hyung pun nak balik hotel ni" Sehun mengeluh dan mengangguk perlahan.

Sebelum mereka berpisah, Sehun bertanya "Boleh kita jumpa lagi lepas ni?"

"Mestilah boleh!" Jawapan Luhan membuatkan Sehun tersenyum. Hilang sedikit rindunya terhadap mereka bertiga.

"Yeah, as well as this broken promise"

Promise | OT12 |  Where stories live. Discover now