Aku membelek-belek tubuhku yang menyarungkan pakaian seragam sekolah menengah di hadapan cermin beberapa kali.Aku membetulkan tudung yang tersarung di kepalaku.
"Adik turun cepat" laung mamaku dari tingkat bawah.
"Kejap ma" balaskuNamaku Nurul Syuhadah Emeylda binti Dato' Shahir.Sedapkan nama aku?.Haha perasan sekejap.Hari ini aku akan masuk ke sekolah baru.Kalau tak silap aku nama sekolah tu SMK Indah Permata.Dah banyak kali dah aku tukar sekolah,ni kali yang keberapa pon aku tak tahu.Aku ni bukannya nakal masa dekat sekolah lama dulu cuma tak ramai kawan je.Aku ni pelik sikit kalau bab memilih,cerewet yang amat.Aik?kutuk diri sendiri nampak.Haha.
"Nurul Syuhadah Emeylda turun sekarang nanti lambat pergi sekolah" laungan mama menghentikan lamunanku.Mama ni kalau dah seru nama panjang aku maknanya dia dah nak bertukar jadi monster la tu.
"Yela adik nak turun la ni".Cepat-cepat aku sambar begku yang terletak di tepi meja solek lalu turun ke tingkat bawah.
"Morning mama,papa,angah" ucapku sambil mengambil tempat duduk di sebelah angah.
"Hish budak kecik ni sibuk je pergi la duduk tempat lain" selamba angah berkata.Ops,bukan berkata tapi menghalau.
"Ek eleh dia ni macam la dekat tempat ni ada nama dia nak halau orang pulak.And one more thing adik dah 16 tahun okay?dah besar bukan budak kecik lagi." Balasku geram.Suka hati aje nak panggil aku budak kecik.
Jarak umurku dengan abang-abangku tak jauh beza mana pun, aku 16, along 21, angah 19.
Angah menjelir lidah.
"Pa,along mana?"soalku apabila tidak nampak kelibat alongku.
"Bilik." Sepatah ayah menjawab.
Aku mengerling jam yang berada dipergelangan tanganku.Ianya pemberian daripada mama sempena ulang tahunku yang ke-14.Hmm baru pukul 7:15 awal lagi.What? 7:15? aku dah lambat la.
Aduhai hari pertama dah tunjuk kelakuan buruk.Cepat-cepat aku habiskan air nescafe yang tinggal suku kemudian aku tarik tangan angah yang tengah makan nasi goreng buatan mama.
"Uhuk uhuk" angah tersedak.Aku menghulurkannya air.
"Hoi ape ni main tarik-tarik? nasib baik tak tercekik. Nak angah mati cepat ke?"aku tutup telinga.Angah kalau dah membebel kalah mama,burung murai pon boleh surrender lawan dengan angah.
"Eeeiii simpan la dulu bebelan angah tu nanti adik dah balik sekolah sambung balik okay?sekarang ni hantar adik pergi sekolah" angah hanya menggeleng sambil mengeluh panjang.
Pembantu rumah dan driver memang la ada tapi Mak Nah dengan Pak Din balik ke kampung bercuti.Mak Nah dan Pak Din merupakan pasangan suami isteri yang bekerja di rumah ni.Apa? korang ingat kerja pembatu rumah dengan driver tak ada cuti? Hey zaman dah moden okay.
Aku salam dan cium kedua-dua pipi papa.Sampai dekat giliran mama,mama berpesan.
"Adik,ingat apa yang mama nak pesan ni,jangan......"
"Sekali-kali beritahu dekat orang lain siapa kita sebenarnya"aku memintas percakapan mama.Mama selalu cakap macam tu sampai dh melekat dalam kepala aku ni.
Mama tersenyum.
"Bye papa,mama adik pergi dulu"aku melambai sambil mengatur langkah ke arah angah yang sedang menungguku di kereta Audi nya.
ⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓ
"Ya Allah berikanlah aku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi mamat senteng yang berada di hadapan ku ini"monologku di dalam hati.Aku menggenggam buku limaku cuba untuk menahan kemarahan yang akan meletup bila-bila masa je ni.Rasa macam nak bagi tapak kasut je dekat mulut mamat ni.Okeylah tu kan kasut aku pun baru beli lagi.
Aku mengerling name tag mamat tu.Oh nama dia Ashrayyan Qusyairy rupanya.Boleh tahan tapi mulut dia nauzubillah macam lubang jamban.Teruk.
Nak tau apa yang terjadi? Flashback.
Selepas turun dari kereta,aku mengatur langkah ke arah pintu masuk sekolah.Perkara pertama yang aku nak buat mestilah cari pejabat pengetua takkan la nak redah masuk mana-mana kelas dibuatnya salah kelas malu jer dapat.Ye dak?
"Hmm..besar jugak sekolah ni" getusku.Sedang aku meninjau-ninjau kawasan sekolah tersebut,tiba-tiba suatu bunyi menyapa pendengaran telingaku.
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Hai. Ok ni sebenarnya story pertama saya so saya mintak maaf la kalau tak best.Mula-mula tulis pon tangan menggeletar.haha
Chapter 1 ni memang agak krik-krik, pendek pulak tu tapi saya akan cuba buat yg terbaik okay?
Caiyok!
Fighting!ηδdнηн◈
YOU ARE READING
MUSUH VS CINTA
RandomNurul Syuhadah Emeylda dan Ashrayyan Qusyairy,dua orang hamba Allah yang selalu bergaduh bila berjumpa.Haish. "kau tak tau dengan siapa kau bermain"-Ashrayyan Qusyairy. "Eh?kita tengah bermain ke sekarang?bukan bergaduh ke?"- Nurul Syuhadah Emeylda...