Chapter 5

62 2 0
                                    

Rayyan merenung siling.Dia masih memikirkan kejadian tadi pagi.Nurul Syuhadah Emeylda.Nama itu berlegar-legar di kotak fikirannya.

"Kau tanya aku siapa kan?"
"Nama aku Nurul Syuhadah Emeylda boleh panggil aku Syad dan bukan budak kecik okay?"
"Ops..lagi satu..."

"Aku...musuh baru kau"

Rayyan teringat kata-kata budak kecik itu sebelum pergi meninggalkannya.Dia bangkit dari pembaringannya dan berjalan mundar-mandir di biliknya dengan tangannya disilangkan ke belakang.

"Hmm..berani giler budak kecik tu malukan aku.Siap bagi tau nama lagi."

"Oh kau ishtiharkan musuh yek? Nak perang? Okay tapi hidup kau akan huru-hara lepas ni.Tunggu je la."Rayyan bercakap seorang diri.Ni kalau ternampak dek orang lain confirm dia dihantar masuk Hospital Bahagia.

Deringan telefon Samsung Galaxy Note 5 menghentikan perlakuan Rayyan.

Rayyan mencapai telefonnya yang tertera nama Fayyadh Akhmil iaitu rakan karibnya sedang menelefonnya.

"Hish apa la yang mamat ni nak?"getus Rayyan di dalam hati.Dia menjawab panggilan tersebut.

"Hai my lovely sweety bunny" Fayyadh memulakan perbualan.

Lemah jantung Rayyan mendengar ucapan 'hai' Fayyadh. Bukan tergoda tapi geli.Huh,kau pikir aku gay?

"Sorry wrong number"sengaja Rayyan berkata begitu.Malas mahu melayan kesengalan kawannya.

"Weh bro,ni aku la Fayyadh"
"Oh kau rupanya,aku ingatkan betina gila mana la tadi"
"Hoi mulut kau jaga sikit,suara aku ni memang la sexy tapi tak de la sampai tahap lunak macam perempuan"
"Ahh whatever la.Yang kau call aku malam-malam ni kenapa?"
"Aku cuma nak tanya kau something"

Rayyan sudah tidak sedap hati.Janganla dia tanya pasal kes pagi tadi.Jatuh market aku.

"Aku dengar pagi tadi ada sorang perempuan cun 'mandikan' kau betul ke?"

BAM! Terasa macam ditembak bazoka bila dengar soalan yang keluar dari mulut rakannya itu.

"Hmm.."hanya itu sahaja yang boleh Rayyan ucapkan.Malu.

Sepi sejenak kemudian terdengar suara Fayyadh ketawa terbahak-bahak macam orang nak terberanak di corong telefon.Aik? Orang beranak ketawa? bukan meraung ke?.Haha.

Rayyan mengetap gigi.Geram dengan perangai sahabatnya yang mentertawakan dia.

"Kau kalau call aku semata-mata nak suruh aku dengar suara kau yang tak berapa merdu tu baik tak payah!"Rayyan memarahi Fayyadh.

"Okay okay tapi seriously lawak bro, kau? Ashrayyan Qusyairy bin Dato' Muhammad Fattah lelaki hot yang arrogant kalau dengan perempuan disimbah oleh budak perempuan? PEREMPUAN?"kemudian Fayyadh mentertawakannya lagi.Perkataan perempuan tu ditekankan sedikit.

Tak agak-agak langsung si Fayyadh ni nak bagi gelaran kat aku.Kot ya pon tak payah sebut perkataan arrogant tu.Sentap tau.

Lagi satu bukannya nak bersimpati dengan dia tapi digelaknya pulak.Buat sakit hati aje mendengarnya.Urgh..sabar ajelah.

"By the way macam mana kau boleh kena buli dengan dia?"Fayyadh terus-terusan menyoal.Macam mak cik-mak cik gosip aje gayanya.Bukan senang nak berita macam ni.Sekali dalam hidup tau!.Erk...hiperbola sangat ke?

"Ahh malas aku nak cerita,buat sakit hati aje. Dah la aku chaw dulu."Rayyan terus mematikan panggilan sebelum Fayyadh sempat membalas.

Rayyan mengerutkan dahi.Berfikir sejenak."Bukan ke pagi tadi Fayyadh tak datang sekolah? Macam mana dia boleh tahu yang aku kena buli dengan budak kecik?". "Haa..ni mesti ada yang jadi wartawan ni"."Duh,duh,duh malunya aku"

Tuk tuk."Abang mummy suruh turun makan"

Suara adik perempuannya menguburkan lamunan Rayyan.

"Kejap lagi abang turun" Rayyan membalas lembut.

Rayyan hanya mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Ashika Qaisarah.Rayyan memang kasar kalau dengan perempuan kecuali adiknya ibunya dan Mak Nab pembantu rumahnya.Baginya perempuan menyusahkan,lebih susah daripada soalan exam!

ⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓⓓ

"Adik,macam mana hari pertama sekolah? okay?"tanya along yang duduk di sebelahnya.

Ketika ini Syad sekeluarga sedang berkumpul di ruang tamu setelah selesai makan malam.

"Okay aje, adik dapat kawan baru, cikgu baru, pengalaman baru dan yang paling best adik dapat musuh baru!"teruja aku berkata.

Zapp! Serta-merta semua memandangku tajam lepas aku cakap part musuh tu.

"Wah adik buat ape sampai dapat musuh?" Angah bertanya.

Aku pon menceritakan tentang 'hari terbaikku' daripada part kena langgar sampai la part musuh tu.A to Z.Bersungguh-sungguh aku bercerita,.

Selesai aku bercerita, papa menepuk dahi,mama mengeleng-gelengkan kepala,angah dan along pulak ape lagi tibai gelak la!.

"Kenapa adik pergi simbah dia? Kesian dia."tanya mamaku.

Alahai mama ni.Kesian? Tak de maknanya aku nak kesian dekat mamat senteng tu.

"Ala,mula-mula adik acah aje nak simbah dia tapi dah dia suruh simbah, adik simbah aje la."jawabku lurus.

"Allahhuakhbar anak aku ni lurus lah pulak"papa berkata perlahan tapi masih dapat didengari oleh telinga lintahku.Lintah? Ewww..

"Hahaha good job adik"angah menyokong aku.

"Aduh,sakit la"angah menggosok-gosok dahinya yang disekeh along.

"Haa...tau pon yang kau pergi sokong perangai tak bertauliah adik tu kenapa?"along berkata.

Tak bertauliah along kata? Okay fine aku tak nak tegur along selama sehari.

"Hish,along kita sebagai abang yang kacak bergaya kepada Nurul Syuhadah Emeylda ni perlulah menyokongnya supaya dia bersemangat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.Kalau bukan kita siapa lagi?"angah kalau dah tak ade idea melalut ajelah jawabnya.

Huh kacak bergaya konon.Puih.Masuk bakul angkat sendiri.Perasan.

"Ape yang kau merepek ni ngah? Tapi kan yang part kacak bergaya tu aku suka."Along membuat high five dengan angah.Yang sakit hatinya diorang buat depan muka aku sebab angah duduk sebelah kiri,along duduk sebelah kanan ku.Lagi sikit je nak kena hidung aku tapi nasib baik aku cepat mengelak kalau tak penyek la hidung aku.Akan ku kerat 18  badan along dan angah jika itu berlaku.

"Mama papa tengok along dengan angah ni" aku mengadu.Tapi mama dan papa hanya pandang dengan pandangan yang -lantak-kamu-la- kemudian sambung menonton tv.

Tsk...tsk...siannya aku ni tak de siapa nak pujuk.

Aku salam tangan mama dan papa sebelum masuk tidur.Aku mengatur langkah ke arah tangga.Al maklumlah bilik aku dekat tingkat dua.

"Tangan angah dengan tangan along tak nak salam ke? Edisi terhad ni."Angah menyakatku.

Aku menjeling tajam.Setajam mata pedang.

"Jeling kita la pulak.Nak salam tu salam ajelah malu-malu katak pulak adik ni." Along pon sama je dengan angah.Suka sangat sakat aku.

Katak?aku disamakan dengan katak? Eww..tak de binatang lain ke nak disebut?.

"Eeii..jangan la sakat orang lagi.Orang tak suka la!" Hah ambik kau terkeluar perkataan orang.Aku kalau marah atau menggelabah nanti automatik perkataan orang akan terkeluar dari bibirku.

Nanti tak pasal-pasal ada yang buat kenduri arwah pulak ni kang.

Sabar ajelah dapat abang yang annoying macam ni.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Ok tak?sorry la kalau ada ayat yang tunggang terbalik.
Ni chapter yang terpanjang setakat ni tapi saya akan buat lagi panjang.

Chaiyok!
Fighting!

ηδdнηн◈


MUSUH VS CINTAWhere stories live. Discover now