Bab 1

253 3 1
                                    

"Syirahhhhhh..,bergema rumah papan yang kelihatan usang dengan jeritan Mak Senah.

"Eeee..mana budak ni.Aku panggil dia buat derk je.Syirah ooo syirah..Kau dengar tak aku panggil ni.

"Yeee mak..Syirah jemur kain tadi kat belakang. Tu yang lambat sikit jawab panggilan mak.Maaf yee mak.

" Kau maaf..maaf. Tu aje yang kau tahu dalam kepala otak kau.Aku ni rimas menghadap muka kau setiap hari dalam rumah ni.Dahla cacat.",kata Mak Senah sambil menunjal -nunjal kepala Syirah.Kata-kata Mak Senah amat mengguriskan hati Insyirah.

'Mak..kenapa mak benci sangat dengan Syirah. Apa salah Syirah sampai mak sanggup buat Syirah macam ni.', luahnya dalam hati menahan sebak.

"Woi, aku nak pergi keluar kejap. Aku tahu je bila aku balik rumah semua dah siap kemas.Kalau tak nahas kau !! Faham tak !., tengking Mak Senah lalu melangkah keluar daripada rumah.

Nurul Insyirah memulakan tugasnya dengan membersihkan rumah dan memasak makanan tengah hari buat mereka berdua.Menunya ialah ikan masin, telur kicap dan sambal belacan. Syirah tidak boleh bergerak pantas kerana dia memakai kaki palsu di kaki kanannya.Kaki palsunya dibeli dengan menggunakan duit arwah ayahnya.Syirah dilahirkan tidak sempurna kerana dia hanya mempunyai satu kaki sahaja. Hanya keluarganya sahaja yang tahu akan kekurangan yang ada pada diri Syirah.

Selepas siap semua tugasan yang diberikan oleh Mak Senah, Syirah merehatkan dirinya di atas katil yang usang.
Sungguh penat! Seharian dia berkejar ke sana berkejar ke sini melayan kehendak ibunya.Baru sekarang Syirah dapat merehatkan dirinya sebentar sementara ibunya keluar.Dia tahu apabila Mak Senah pulang pasti ada saja benda yang tidak betul dimatanya..Akhirnya Syirah terlelap akibat keletihan yang melanda tubuhnya.

30 minit kemudian....

Mak Senah melangkah masuk ke rumah dan mencari kelibat anaknya..Dia menjenguk ke dapur tiada pula kelihatan Syirah. Dalam hati mula membara ...

Mak Senah terus menerjah masuk ke bilik anaknya dan terus memarahi Syirah tanpa kasihan melihat wajah anaknya yang pucat.

"Hei ! Kau ni tengah hari membuta..Dasar pemalas..Apalah nasib aku dapat anak macam kau ni. Langsung tak boleh menyenangkan hati aku. Kenapa kau tak mati je masa kau kecik dulu. Arghhgg benci betul aku dengan kau", herdik Mak Senah sambil tangannya menarik kasar rambut Syirah. Ditunjal-tunjal kepala anaknya melepaskan geram yang terbuku di hati. Tidak cukup dengan itu, seluruh badan Syirah dipukul dengan menggunakan bulu ayam.

" Ahh..sakit mak..ja..ja..jan..gan buat Syirah ma..cam ni makk..tolong la..mak..Syirah rayu ", tersedu-sedu Syirah meminta belas kasihan daripada ibunya.

Mak Senah tidak mempedulikan rayuannya malah lebih ligat menghayun rotan ke tubuh Syirah. Rasa sakit yang amat sangat menjalar segenap inci tubuh Syirah..Ibunya seperti dirasuk kerana tidak berhenti daripada merotan tubuh anaknya..Syirah semakin lembik tidak bermaya.

" Allah..Allah.. Allah", sebutnya perlahan dan akhirnya Syirah terkulai lemah.
Mak Senah akhirnya tersedar bahawa dia sudah melampaui batas kerana terkejut melihat tubuh Syirah terkulai dan tubuhnya penuh dengan kesan berbirat dek hayunan bulu ayam. Dia terus keluar dari bilik tanpa ada perasaan bersalah.

Derita Dalam BahagiaWhere stories live. Discover now