Bab 6

164 5 1
                                    

Pagi nan indah, bunyi burung berkicauan amat menenangkan hatiku. Inilah nikmatnya apabila tinggal di kawasan kampung. Udara yang dihirup amat segar berlainan dengan udara di bandar yang penuh dengan asap kenderaan dan industri..

"Hmmm.. bosannya dok rumah. takde benda nak buat " keluhku. Mataku giat memandang langit yang kelihatan cerah. Banyak burung berterbangan di langit.
kan best kalau aku boleh jadi macam burung..terbang jer kalau nak pergi-pergi mana..tengok dunia yang mempunyai manusia berbagai ragam..baik aku cakap dengan mak yang aku nak kerja.boleh la bantu mak nanti , daripada aku asyik membesarkan badan je dok rumah", fikirku. Aku melangkah perlahan menuju ke bilik mak. Kelihatannya mak sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja.

" Hmm mak..kalau Syirah nak kerja boleh tak?.. Bukan apa Syirah bosan la asyik duduk rumah jer, nak juga merasa pengalaman bekerja..",, tanyaku pada mak sekaligus menerangkan alasan kenapa aku ingin bekerja.

Mak memandangku lalu menyuruhku duduk di atas katil. Mak juga duduk disebelahku. Tanganku dicapai oleh mak lalu digenggam.

" Mak bukannya tak nak kamu kerja tapi mak taknak susahkan kamu. Biar je lah mak yang tanggung hidup kita berdua. Mak taknak kamu jadi apa-apa..mak sayangkan kamu.", ujar mak. Aku sangat terharu apabila mak ambil berat terhadapku. Aku memeluk mak erat.

" Mak.. Syirah faham yang mak sayangkan Syirah tapi sampai bila Syirah tak kerja..Syirah perlu berdiri di atas kaki sendiri walaupun Syirah ada satu kaki jerr" kataku lalu ketawa. Aku perlu keizinan daripada mak. Yee aku perlukannya...

" Mak sebenarnya berat hati nak bagi kamu kerja nak",...luah mak.

" Please mak... tolonglah bagi Syirah kerja. Syirah janji akan jaga diri ketika bekerja. Syirah nak sangat tolong mak", kataku bersungguh-sungguh. Kepalaku dilentokkan manja ke bahu mak.

" Yelahh.. mak izinkan. Tapi janji yang Syirah akan jaga diri untuk mak ok.." tutur mak memberi keizinan untuk diriku bekerja. Yahooo...akhirnya dapat jugak aku nak pi kerja. Tapi kat mana nak cari kerja erk...Takpe usahakan tangga kejayaan..

Keesokannya..

Aku bangun awal harini sebab bersemangat nak pergi cari kerja.Fail sijil ku bawa. Setakat sijil Spm jer yang aku bawa. Mudah-mudahan dengan sijil ini aku akan memperolehi sebuah pekerjaan. Tak kiralah kerja apa asalkan halal..
Aku menilik pakaianku dari atas sampai bawah. Baju kurung berwarna hijau bercorak bunga kecil yang pudar terletak elok di tubuhku. Tudung bawal berwarna hitam tersarung di kepalaku. Bila aku mengangkat kain separa betis , kelihatan kaki palsu dipasang elok di bahagian lututku. Selepas selesai menilik semua itu , aku berjalan perlahan menuju ke dapur. Sarapan telah disediakan oleh mak. Mak yang sedang membancuh air milo itu menegurku...

"Hai awalnya anak mak ni bangun.",, soal mak sambil meletakkan air tadi di atas meja .

" Ehh..mestilah awal mak. Syirah nak pergi cari kerja dekat area KL , mana tahu kot dapat kannn", balasku lalu duduk menikmati sarapan.

" Ouhh.. kamu nak cari kerja apa kat KL tu..setahu mak memang susah nak dapat kerja kat KL...

" Hmm kerja je la apa-apa. Lagipon dengan sijil Spm memang susah nk dapat kerja berjawatan tinggi , ye lah sekarang ni kan ramai orang berpendidikan tinggi jadi diorang la yang penuhi semua jawatan tu",, ucapku.. Aku bingkas bangun untuk membasuh tangan lalu menyalam tangan mak untuk meminta restu dan doa agar misiku untuk mencari kerja berjaya..

Aku menaiki teksi untuk ke bandar . Jarak rumah ke bandar hanya 25 minit. Setelah membayar tambang , mataku melilau mencari tempat yang sesuai untukku mencari kerja..Wushhh banyaknya bangunan yang cantik- cantik kat sini. Dekat mana aku nak cari kerja ni. Buntu betul lah nak cari kerja ni, pikirkan senang rupanya susah kemain.. Kena pilih tempat yang betul kang tak pasal- pasal kena halau pulak, buat malu je nanti.

" Ermm baik aku pergi tanya kat kedai yang jual peralatan sukan tu, mana tahu kot ado rezeki" bisikku sendirian. Kakiku menuju ke kedai itu. Aku menolak daun pintu itu lalu berjalan perlahan menuju ke arah seseorang yang sedang duduk di meja kaunter..

" Errr hai.. boleh tumpang tanya kat sini ada kerja kosong tak", tegurku pada wanita itu. Wanita itu memandangku pelik dan melihatku dari bawah sampai atas .

' hisshh , pahal amoi ni pandang aku semacam jer.. seram lak ai', desisku.. Aku memaniskan muka menghadap wanita itu . Ye lah nak cari kerja mesti lah minta elok-elok, jangan muka masam je. Nanti kerja ke mana orang pon benci kita..hahahaha.

" Ooo... lu mau cari kerja ha.. Maaf ha sini takda kerja kosong, sudah penuh ma.. Kalau lu mau kat depan sana dia orang mau pakai pekerja. Butik M'RR nama itu kedai..", kata wanita itu dengan slang cina.Aku mengucapkan terima kasih kepada wanita itu lalu melangkah pergi ke butik yang diberitahu oleh wanita tadi.

Jawatan Kosong
Perempuan berumur 18-35

Aku membaca tulisan yang tertera di kertas itu.Yesss... akhirnya ada jugak kedai yang nak pakai orang. Baik aku pergi tanya owner butik ni, mana tahu aku akan diterima untuk bekerja di sini..

" Assalamualaikum puan", tegurku pada wanita yang ku agak dalam lingkungan 40-an itu. Aku tersenyum dan membongkokkan sedikit tubuhku sebagai tanda hormat.

" Waalaikummussalam.. ada apa yang boleh saya bantu" ujarnya sambil tersenyum manis ke arahku.

" Hmm puan..saya nak tanya jawatan kosong yang tertera pada kertas di pintu depan tu masih ada lagi atau tak..sebab amoi yang jaga kedai sport depan sana kata kat sini perlukan pekerja.." terangku panjang lebar. Aku harap sangat puan ni boleh bagi aku kerja kat sini tak kisahlah kerja apa pon..Fail ditangan kuletakkan ke atas meja.Dahi yang berpeluh ku lap dengan hujung baju kurungku.

" Ouhh kamu nak cari kerja rupanya..alhamdulillah rezeki kamu ada harini sebab saya memang nak pakai pekerja..sebenarnya saya ada dua orang pekerja je dalam butik ni tapi yang sorang tu cuti bersalin dan lagi sorang pergi lunch..kejap lagi balik la tu..jadi kamu bila boleh mula?.. aku mengucap syukur kerana akhirnya dapat juga pekerjaan. Tak sabar rasanya nak balik jumpa mak..Makkk Syirah dah dapat kerja.

" Jadi kamu bila boleh mula?.. lagi sekali Datin Asmah bertanya.Tangannya melayang-layangkan ke muka gadis itu..
Dia menampar perlahan bahu gadis itu..

" Oh makku dah dapat kerja".. latahku kerana terkejut dengan tamparan yang diberikan oleh Datin Asmah.

" Maaf puan.. oh ye puan cakap apa tadi" ujarku sambil tersengih malu..hehehe

" Saya tanya kamu nak mula kerja bila.. dah berbuih mulut saya bertanya ni" ..

" Saya nak mula esok la puan..oh ye saya kena datang pukul berapa ya?.. tanyaku

" Ok la kalau macam tu..butik buka dalam pukul 10, so kamu datang la awal dalam 9.30 pagi..ok tak" balasnya.

"Ok"...aku bersetuju dengan waktu yang ditetapkan oleh Datin Asmah.

" Oh ya , nama kamu siapa? Lupa pulak nak tanya.." tanya Datin Masnah kepadaku.

" Err nama saya Nurul Insyirah bt Zaidian" jawabku sopan.

" Nice name.. saya Datin Masnah. Selamat berkenalan dan enjoy your work tomorrow" ujarnya dan tangan kami bersalam.

" Ok Datin.. saya balik dulu", pamitku.

" Just call me puan.. Datin tu hanya pangkat sahaja. Ok la esok kita jumpa lagi" Datin Masnah menegurku.Bagus juga Datin ni, selalu orang kaya amat mementingkan pangkat. Ehh tu aku tengok kat tv , bukan semua orang perangai macam tu..Don't judge a book by its coverrrr....bak kata peribahasa omputeh..hehehe

Aku balik ke rumah dengan hati yang lega..Tak sabar nak mula kerja esok..Wish me luck tomorrow k!..

Susah na nak keluarkan idea..jammed woi my brain..hahaha..rasa malas pulak nak habiskan this story..
takpe kipidab..dongibab..

Derita Dalam BahagiaWhere stories live. Discover now