Bab 5

103 4 0
                                    

Sejak akhir-akhir ini, layanan mak kepadaku semakin membaik. Aku tidak lagi dipukul dan dicaci, malahan mak selalu mengambil berat tentang diriku. Aku berasa seperti berada di alam mimpi. Dalam hati aku mengucap syukur yang tak terkira kepada-Nya.

Aku memerhatikan tingkah laku mak yang tekun memasak. Aku menghampiri mak untuk menolong serba sedikit.

"Boleh Syirah tolong mak ", tanyaku.

" Tak payah. Biar mak je yang buat. Kamu pergilah rehat. Lagipun dah nak siap ni" jawab mak. Tangannya sibuk mengacau lauk di dalam periuk.

' kenapa mak berubah dan apa yang membuatkan mak berubah', hatiku tertanya-tanya sebab mak berubah. Aku perasan mak mulai berubah selepas aku jatuh pengsan di depan rumah.

Selesai menikmati hidangan tengah hari, aku ingin cuba menanyakan sebab mak berubah kerana perkara ini berlegar-legar di fikiranku.

"Emm mak... Syirah nak tanya sikit boleh tak", ujarku takut. Takut soalanku membuatkan mak marah.

" Nak tanya apa", jawabnya.

" Kenapa layanan mak terhadap Syirah berubah. Bukan apa cuma Syirah pelik jer. Ye lah selama ni mak tak pernah macam ni.. Tapikan mak Syirah gembira sangat dengan sikap mak yang baru ni." , tangan mak kucapai dan mencium tangannya.

"Syirah rasa bahagia sangat kalau mak dah boleh terima diri Syirah seadanya. Syirah..tahu yang Syirah ni cacat dan disebabkan itu juga mak benci dengan Syirah. yelah orang mana jer yang tak malu bila dapat anak cacat kan.." tuturku sayu. Kulihat wajah mak sedikit muram. 'adakah mak terasa dengan kata-kata aku' desis hatiku serba salah.

" Mak.. maafkan Syirah kalau kata- kata Syirah buat mak kecil hati. Syirah tak bermaksud pon. ", kataku memohon maaf terhadap mak.

" Syirah...mak nak minta maaf kat kamu sebab selama ni mak banyak buat salah dengan kamu. Mak pukul kamu..hina..tengking kamu sebab mak tak sanggup dengan kata hinaan yang dilontarkan kepada keluarga kita. Mak tertekan nakk.. Ini cuma saudara mara yang tahu belum lagi orang kampung. Mak tak tahan...mak malu Syirahh...Mak fikir bila mak melepaskan kemarahan kepada kamu ..mak akan puas hati tetapi tidak.. Malahan mak sering rasa yang diri mak ni bodoh sebab tak berjaya nak buang perasaan benci ni. Tetapi selepas mak menengok banyak kesan lebam yang ada pada tubuh kamu tu.. rasa bersalah mak semakin menebal..Mak berjanji akan cuba mengikis perasaan benci itu kepada kasih sayang", terang mak panjang lebar. Aku menangis kerana disebabkan aku mak tertekan..kerana aku juga mak malu..Maafkan Syirah mak...

" Begitu berat apa yang mak rasa. Mak...Syirah ni memang menyusahkan mak ke.."..

" Tidak nak... Kamu anak yang baik cuma mak je yang tak hargai apa yang mak ada." tutur mak menidakkan pertanyaanku. Mak menarikku ke dalam pelukannya. Pertama kali aku merasa betapa hangatnya pelukan seorang ibu.Dalam hatiku meloncat-loncat gembira.Dapat jugak aku merasa kasih sayang daripada mak..

2 bulan kemudian...

Sudah lama Raqin Adwa tidak datang ke kampung ini. Sekarang sudah menginjak ke bulan oktober. Ke mana perginya dia. Jujur aku amat merindukan dirinya yang peramah , baik dan sopan. Hubunganku dengan mak semakin bertambah erat. Syukur akhirnya ada juga sinar kebahagiaan dalam hidupku..

" Syirah.. meh sini makan ..mak dah masak ni" panggil mak.

" Yee mak.. hmm harini macam mak masak special jerr." kataku sambil melihat lauk yang terhidang di atas meja.

" Wahh mak.. semua lauk kegemaran Syirah la...ni yang best nak makan ni..hahaha" ucapku teruja apabila melihat hidangan yang sudah siap tersusun dia atas meja.. Tak sangka harini mak masak semua lauk kegemaranku. Mungkin mak dah dapat gaji kot..

" Syirah.. boleh tolong mak tak?", tanyanya kepadaku. Aku berpaling menghadap mak apabila namaku diseru.

" Mestilah boleh tolong mak.. apa guna Syirah sebagai anak kalau tak boleh tolong mak kita sendiri..", ujarku sambil berjalan menghampiri mak yang sedang duduk di kerusi meja makan.

" Kalau macam tu.. kamu boleh tak tolong bagi sampul ni kat Mak Cik Jenab.." kata mak sambil menghulurkan sampul itu kepadaku. Aku mengambil sampul itu dan berlalu ke bilik untuk menyarung tudung.

" Assalamualaikum...Cik Jenab...assalamualaikum."...

" Mana pulak orang dalam rumah ni. Dahlah panas ni.."
tanganku mengibar-ngibarkan tudung supaya terasa angin.

" Assalamualaikum...assalamm..", tanpa sempat kuhabiskan salam, Mak Cik Jenab menjawab salamku..

" Waalaikummussalam..ha Syirah..ada apa panas terik gini datang rumah..mak cik kat dapur tu yang tak dengar orang bagi salam. nasib baik anak cik bagitahu, kalau tidak terbakar la kau berjemur situ..", ujarnya memberi alasan kenapa lambat menjawab panggilanku.

" Ni ha mak suruh bagi sampul ni kat cik." tuturku dan menghulurkan sampul itu kepada Makcik Jenab.Dia mengambil sampul itu dan menilik isi di dalamnya..

" Cakap kat mak kamu, terima kasih sebab bayar duit cik ni ikut waktu. Kalau dia nak pinjam lagi mai la jumpa cik ye"..

'ouhh...rupa-rupanya mak pinjam duit dia. pikirkan surat apa tadi'...

Ketika aku berjalan pulang, aku seperti ternampak kelibat Raqin Adwa. Kakiku menuju ke arah tempat yang aku ternampak Raqin tadi. Aku mencari-cari namun tiada.

" Haihh mana la dia ni.. dah dekat 3 bulan tak jumpa. Last jumpa semasa kejadian aku menangis , selepas itu tiada.Kalau betul dia nakkan aku mesti dia bersungguh-sungguh ..ni tak jumpa sekali terus hilang tak timbul-timbul. Lelaki semuanya sama cakap lembut gigi daripada lidah tapi perbuatan tak sama dengan apa yang dijanjikan. Tengoklah si Raqin ni..eeee geramnya aku" , luahku geram. Sedih, benci, marah semua ada.

" Nampak sangat dia main-mainkan perasaan aku" ..omelku geram. Geram yang teramat geram terhadap lelaki yang bernama Raqin Adwa bin Rodzi Asmawi.

' anggap je la yang dia bukan jodoh aku.. kalau dah jodoh tak kemana derr'... bisikku sendirian dalam hati.

Derita Dalam BahagiaWhere stories live. Discover now