Bab 3

105 4 0
                                    

" Lambat betul kau balik.Kau pergi kedai ke merayau ni.Kau jangan nak buat benda yang boleh memalukan aku kat orang kampung..Nahas kau nanti!!..,sergah Mak Senah apabila melihat kelibat Syirah
masuk ke dalam rumah menuju ke dapur.

Syirah tidak mempedulikan kata-kata ibunya kerana dia tahu apabila dijawab atau tak habuannya tetap sama.Dengan cermat dia memasukkan beras ke dalam bekas.

"Budak ni biadap betul.. Aku bercakap dengan dia..dia boleh buat tak dengar..nak kata cacat pendengaran tak rasanya..cuma cacat kaki je..nasib baik harini aku penat kalau tidak dah habis kau aku kerjakan." omel Mak Senah sendirian.

Raqin Adwa...

"Nurul insyirah ...hmm nama cantik tapi orangnya lagi cantik..hahaha apalah kau ni Raqin tersengih-sengih ingatkan si Insyirah.", ujarnya sendirian.

"Haihh tak boleh jadi ni. Aku kena selidik dia duduk mana", katanya sambil mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja..

Semasa Raqin berjalan menuju ke pintu..Puan Masnah menegur anak terunanya..

"Nak pergi mana pulak tu Raqin oi..Mama baru siap masak ni ha..Marilah makan dulu baru keluar ya.." ucap Puan Masnah sambil tangannya cekap menyusun hidangan di atas meja.

Raqin menuju ke arah mamanya dan duduk di kerusi.Tidak sanggup pula dia menghampakan mamanya.Penat lelah mamanya memasak

"Macam sedap je lauk ni..Mama memang terbaik la kalau bab-bab memasak ni.." Raqin makan dengan penuh berselera.Siap bertambah nasi lagi.Senang hati Puan Masnah apabila anaknya suka makan makanan daripada air tangannya.

"Papa mana ma..", kata Raqin selepas menikmati hidangan tengah hari..

"Papa kamu oustation ..Minggu depan baru papa balik", jawab Puan Masnah.Suaminya sentiasa sibuk. Mana taknya suaminya kan pemilik syarikat RA Holdings..Sekarang inilah masanya dia bekerja puas-puas kerana selepas anaknya habis belajar, dia akan menyerahkan segala urusan syarikat kepada Raqin Adwa.Nasib baik anaknya minat dalam bidang perniagaan jadi boleh menggantikan Dato Rodzi Asmawi.

"Ok la ma..Raqin nak keluar dulu ya..", ujarnya sambil menyalam tangan mamanya.

Raqin menuju ke arah kampung baru.Harap-harap dapat bertemu dengan gadis itu lagi.

Nurul insyirah..

"Mak sakit..mak..jangan buat Syirah macam ni.." teresak-esak Syirah menangis.Mak Senah giat memukul badan Syirah..Dipukulnya dengan menggunakan getah paip.Tubuh kecil Syirah lebam-lebam akibat dipukul..

"Puas hati aku !!..Kan aku dah cakap bila aku bangun je tido sarapan mesti ada atas meja.Kau memang nak cari nahas dengan aku kan..Ikut kan hati aku ni ..eeeeee...menyampah aku tgk muka kau.Sekarang kau pergi berambus jangan balik-balik selagi tak malam.Kau faham takkkk!!!!", tengking Mak Senah sambil menolak kasar tubuh Syirah keluar.

Hanya sarapan tidak disediakan ..aku dipukul seperti aku melakukan kesalahan yang besar..Aku tidak sanggup lagi dipukul hari-hari oleh mak. Kemana harusku pergi untuk menggapai bahagia...,teresak-esak Syirah menangis.Kaki berjalan tanpa arah tuju.

Raqin Adwa...

"Ehhh tu macam Insyirah je..", kelihatan gadis berjalan perlahan sambil menangis.

Raqin memberhentikan keretanya dan menuju ke Insyirah..

"Hai awak.. Ehh kenapa nangis ni. Jom kita duduk dekat kerusi sana tu..", ujarnya sambil berjalan menuju ke arah kerusi bersama Insyirah.

Insyirah hanya diam. Air matanya juga sudah kering.Raqin juga begitu.Tidak tahu hendak berbual apa.

" Awak kenapa menangis tadi. Kalau sudi share la dengan saya kalau awak tak kisah. Mana tahu saya boleh bantu ke.", ucapnya bersungguh-sunguh.Risau juga hatinya melihat Insyirah hanya diam. Lain benar perwatakannya pada hari pertama berjumpa. Seorang gadis yang ceria tetiba bertukar menjadi seorang yang pendiam.

"Saya ok. Tadi saya nangis sebab mak marah saya.. Itu je.", kata Insyirah sambil tersenyum kepada Raqin. Takkan aku nak buka pekung di dada.. Aku taknak hal keluarga diketahui orang asing.

"Ouhh ..pikir kan frust sebab boyfriend tinggalkan awak..hahaha..

" Ishh mana ada..Lagipon sapa yang nak kan saya ni.. Bukan cantik pon.", ucapnya sayu.

" Kalau saya kata saya nak awak boleh", katanya sambil mengenyitkan mata dekat Insyirah.

Insyirah terkelu..
'ntah-ntah dia bergurau je ni..jangan nak perasan sangat Syirah..nanti aku yang merana. lagipon dia tak tahu yang aku ni cacat..guna kaki palsu..masih terimakah dia bila dia tahu aku tak sempurna.

"Awak janganlah bergurau macam tu.. Saya tak suka..

" Saya serius Nurul Insyirah..Pertama kali saya terlanggar awak dekat depan kedai hari tu..saya rasa macam suatu perasaan yang tak pernah saya rasai..Saya suka dengan ketenangan yang ada pada wajah awak..", Raqin menjelaskannya satu-persatu..

"Sa..sa..saya tak biasa la dengan situasi macam ni. Kita baru kenal dua hari je Raqin. Saya tak tahu latar belakang awak dan awak jugak tak tahu pasal saya.. Bagi saya ia terlalu awal la .Ada ke patut jumpa sekali terus suka.." ujar Insyirah kerana dia tidak biasa dengan keadaan macam ni. Baru tadi ibunya mengamuk..kang tak pasal-pasal sebab Raqin lagi ibunya mengamuk besar. Dah serik asyik kena pukul. Bulu ayam, penyapu,getah paip dan tali pinggang sudah jadi makanan harian Insyirah. Badannya penuh dengan lebam.Dia tidak sanggup lagi dipukul. Di mana lagi lebam harus diletakkan pada setiap inci badannya..

" Takpe..sekarang ni kita kawan dulu.. Kenal hati budi memasing. Bila hati dua-dua pihak sudah berkenan baru kita fikirkan langkah yang seterusnya eaa", kata Raqin memberi cadangan yang agak bernas kepada Insyirah.

"ok la kalau macam tu. Kita kawan. Awak kawan lelaki saya yang pertama tau.

"Kenapa selama ni awak asyik berkawan dengan perempuan je ke..

"Aah. Dulu masa saya sekolah ada la jugak kawan.. Tapi bila dah habis sekolah..kawan-kawan semua pergi sambung belajar. Tu yang dah lama tak jumpa..", terangku..Aku takde la ramai kawan.. Cuma dua orang je.. Dahila dan Qismina.. Masing-masing menyambung pelajaran di UITM Segamat , Johor Bahru. Aku nak melanjutkan pelajaran tetapi dihalang oleh mak. Alasannya kerana tidak ada siapa yang hendak buat kerja rumah apabila mak keluar bekerja.Aku terpaksa akur dengan kehendak mak. Cukup la setakat SPM yang aku ada.

" Ouhh..awak tak sambung belajar ke", tanya Raqin terhadapku.

"Saya tak mampu. Mak pun kerja sebagai cleaner dekat sebuah sekolah. Gaji hanya cukup untuk bayar bil api,air dan makanan buat kami berdua.

"Ayah awak mana", soalan Raqin menyebabkan air mataku tumpah kembali..

"Ehh awak..maafla kalau soalan saya buat awak sedih. Saya cuma bertanya je.", kata Raqin kesal.

"A..ay..ayah dah..lama..takde.. Arwah ayah meninggal ketika usia saya 10 tahun..Saya tak tahu apa sebab ayah meninggal", yee sampai sekarang aku tak tahu apa sebab ayah meninggal. Bila aku bertanya kepada mak...hanya pukulan dan cacian yang aku terima.

Raqin Adwa..

Pejam celik waktu sudah menunjukkan pukul 6 petang..Lama jugak aku berbual dengan Insyirah. Sedikit sebanyak aku tahu juga tentang dirinya..

"Hmm awak dah nak masuk malam ni. Saya balik dululah ya. Esok kita jumpa lagi dekat sini tau. Bye my sweet.", ucapnya sambil melambaikan tangan dan berjalan menuju ke kereta.

Insyirah hanya memerhatikan Raqin yang sedang menuju ke kereta. Kereta yang dipandu oleh Raqin hilang daripada pandangan Insyirah.

Nurul Insyirah...

"Haihh..cepatla malam. Aku dah tak larat duduk dekat sini. Dengan perut lapar.. Aduhh", keluhku sambil menggosok perut yang sedang menahan lapar..Dari pagi aku tidak sempat bersarapan kerana banyak kerja rumah yang dilakukan. Dari dalam rumah hingga ke luar rumah aku bersihkan sehingga terlupa untuk membuat sarapan.

Sebab itulah mak mengamuk sakan. Tetapi sekejam mana pun mak tidak pernah dia menghalau aku pergi daripada rumah. Kalau dihalau pun hanya sekejap seperti sekarang. Aku hanya boleh balik bila hari dah malam. Aku tersandar di kerusi menahan lapar dan akhirnya terlena.

Derita Dalam BahagiaWhere stories live. Discover now