chapter 8

408 27 5
                                    

Waktu balik

"Wey,korang balik lah dulu.Nanti aku balik sendiri.Aku ada hal nak buat kejap,"kata Eunji kepada Apink."Nak aku teman tak?",tanya Chorong."Eh,tak pe.Aku boleh balik sendiri.Jangan risau kay?",ujar Eunji."Okay la kalau macan tu.Kite orang balik dulu.Hati hati bila balik nanti.Jangan balik lambat sangat.Kalau ada ape2,call je kite orang tau",ujar Chorong."Baik bos!!",balas Eunji seraya mengangkat tangan kanannya ke dahi seperti memberi hormat kepada seorang komando lalu tergelak kecil sehingga menampakkan eyesmile nya.Apink hanya tergelak melihat gelagat Eunji.Kemudian mereka bergerak pulang.Eunji pula terus bergerak menuju ke bilik guru kerana dia ingin berjumpa dengan Pn.Kim untuk membincangkan tentang tugasan berpasangan yang diberikan oleh Pn.Kim tadi.Dia telah nekad untuk berjumpa dengan Pn.Kim dan memberitahu bahawa dia tidak ingin melakukan tugasan tersebut bersama Chanyeol.Setelah tiba di depan bilik guru,Eunji mengetuk pintu dan masuk apabila mendengar Pn.Kim menyuruhnya masuk.Bila buka je pintu,Eunji terkejut apabila nampak Chanyeol juga berada di situ.'Apa pulak mamat ni buat kat sini.Aduh',bisik kata hati Eunji."Ha Jung Eunji,baguslah awak ada dekat sini.Boleh saya tahu kenapa awak nak jumpa saya?Saya harap awak bukan nak jumpa saya sebab tak nak buat tugasan dengan pasangan awak macam ada sorang ni",ujar Pn.Kim sempat memerli Chanyeol yang sudah tertunduk.Eunji pulak dah gigit bibir bawah dia sebab memang dia nak jumpa Pn.Kim sebab tu pun.'Ni kalau aku terus terang,konfem kene bebel ni..Aduh!!Terpaksa lah setuju je',Eunji berkata dalam hati."Eh,tak ada lah Pn.Kim.Saya nak jumpa puan sebab lain.Saya nak tanya,puan ada wassap tak?kalau ada saya nak.Nanti senang kalau saya nak tanya apa2",jawab Eunji bersahaja.'Taram je lah nak oi..huhu'."Lah!Sebab tu je ke awak nak jumpa saya?Haih..Macam2 la awak ni",kata Pn.Kim sebelum mengambil secebis kertas kecil berwarna pink dan menulis sesuatu di atasnya.Tak lain tak bukan,mestilah number telefon kan.Tak kan id wechat pulak.Setelah selesai menulis,dia memberikan kertas tersebut kepada Eunji.Eunji mengambil kertas tersebut dan mengucapkan terima kasih.Baru saja Eunji ingin melangkah ke pintu untuk pulang,tiba2 Pn.Kim memanggilnya kembali.Eunji berpaling seraya bertanya,"Ya puan"."Saya nak tanya awak.Awak tak kisah kan kalau bekerjasama dengan Chanyeol untuk menyiapkan tugasan yang saya bagi tu?",pertanyaan Pn.Kim membuatkan Eunji terdiam seketika sebelum menjawab,"Saya tak kisah puan.Asalkan dia boleh bekerjasama dengan baik,saya okay je.Saya minta diri dulu puan",jawab Eunji."Baiklah",kata Pn.Kim.Setelah Eunji keluar,Chanyeol terus memulakan perbincangannya dengan Pn.Kim yang terhenti tadi."Tapi Pn.Kim..",Chanyeol tidak dapat meneruskan kata2 nya apabila Pn.Kim memotong."Tak ada tapi2 lagi Park Chanyeol.Keputusan saya adalah muktamad.Awak sendiri pun dengar Eunji cakap yang dia tak kisah asalkan awak bekerjasama dengan dia.Jadi,saya nak awak buat tugasan ni betul2.Saya percaya yang awak boleh".Chanyeol mengeluh sebelum mengangguk perlahan."Baiklah puan.Saya akan cuba.Saya balik dulu",kata Chanyeol seraya bangun untuk pulang."Chanyeol,saya yakin yang hasil kerja awak dan Eunji akan jadi yang terbaik nanti.Percayalah",sempat Pn.Kim berkata kepada Chanyeol.Chanyeol mengangguk tanda mengerti dan keluar dari bilik guru.

Chanyeol pov

Haih.Kenapalah time tu jugak dia nak datang.Hurm,,betul ke yang dia sanggup buat tugasan tu dengan aku?Dia dah tak marah aku lagi ke?Kalau betul dia dah tak marah aku,asal dia macam mengelak dari aku je.Arghh!!Stress aku pikir semua ni.Tapi,salah aku jugak sebab tinggalkan dia macam tu dulu.Aku tak kira.Aku akan buat dia maafkan aku.Aku akan buat apa je untuk jadikan hubungan kita orang macam dulu.Yes!you can do it Park Chanyeol.

End of Chanyeol pov

Di dalam bilik Eunji

Eunji sedang baring di atas katilnya sambil membaca sebuah buku yang dipinjamnya di perpustakaan.Sedang asyik dia membaca,tiba2 telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan.Eunji melihat skrin untuk mengetahui siapa yang menelefonnya,tetapi hanya tertera nombor yang tidak dikenali.Eunji berfikir dulu sebelum menekan butang hijau untuk menjawab."Yeoboseyo?Siapa ni?",tanya Eunji sebaik dia menjawab panggilan tersebut.Lama dia menunggu sebelum mendengar suara si pemanggil tersebut."Annyeong Eunji.Ni Chanyeol",sebaik mendengar nama tersebut,mata Eunji terus terbeliak.Pantas dia menekan butang merah pada telefon bimbitnya.Dia menenangkan jantungnya yang sudah tidak normal.'Chanyeol telefon aku?Ish!!Macam mana pulak dia boleh ada nombor telefon aku ni?Aku baru nak buang dia dari kepala otak aku ni,,tup tup,,dengar pulak suara dia.Haish.Buat kacau mood aku betullah',bebel Eunji dalam hati.Baru sahaja dia ingin meneruskan bebelan,tiba2 telefonnya berbunyi sekali lagi.'Apa lagi yang dia nak ni?',kata Eunji dalam hati.Dia terus menekan butang merah tanpa ragu2.Dia tidak ingin menjawab panggilan tersebut apatah lagi panggilan itu dari Chanyeol.Baru dia ingin menyambung pembacaannya yang tergendala tadi,telefonnya sekali lagi berbunyi.Eunji hanya membiarkan panggilan tersebut.Kali ke 10 telefonnya berbunyi,Eunji terus menjawab panggilan tersebut seraya berkata dengan marah,"Yah!!Kau nak apa lagi?Jangan kacau aku boleh tak?Aku nak baca buku pun tak senang".Baru sahaja Eunji ingin mematikan perbualan tersebut,tiba2,dia terdengar suara yang amat dikenalinya."Yah Jung Eunji!!!Berani kamu tinggikan suara dengan nenek?Susah2 nenek telefon sebab rindukan kamu.Tapi,kamu tengking2 nenek?",ujar nenek Eunji.Terkejut dia apabila dimarahi oleh cucunya tadi.Eunji terus melihat skrin telefon bimbitnya yang tertera 'Halmeoni'.Dia menepuk dahi.'Alamak!!Salah marah orang pulak.Mati aku kene bebel dengan nenek karang',kata Eunji di dalam hati."Erkk,sory nenek.Eunji tak perasan lah.Eunji ingat kan orang gila yang suka kacau Eunji call, nenek rupanya.Maaf ya nek",kata Eunji."Hah!Tulah kamu.Lain kali,kalau nak jawab telefon tu,tengok la dulu siapa.Ni main sergah je.Terkejut nenek tahu tak?Nasib baik la nenek tak ada sakit jantung.Kalau.....bla bla bla bla bla",dan nenek Eunji pun memulakan mukadimahnya dengan memberi nasihat dan teguran.Dekat 10 minit jugak lah Eunji kene bebel.Sambil2 nenek dia membebel,Eunji sempat baca buku sebab bosan sangat.Tengah syok2 baca,tiba2 talian termati.'Tskk,kredit habis le tu.Tu la.Membebel je',kata Eunji dalam hati.Dia meneruskan bacaannya sehingga terlelap.

Di rumah Chanyeol

Chanyeol sedang memikirkan bagaimana dia ingin berbaik semula dengan Eunji.Penat dia mintak Baekhyun nombor Bomi dan merayu dekat Bomi suruh bagi nombor Eunji.Tu pun sebab dia janji dengan Bomi yang dia akan belanja Bomi makan apa je yang dia nak,barulah Bomi bagi nombor Eunji.Tapi,bila dia call Eunji,Eunji tak nak angkat.Kecewa dia.'Hurm,nampaknya aku terpaksa mintak tolong apink untuk tolong aku baik balik dengan Eunji.Yes!Apink je yang boleh tolong aku',tekad Chanyeol.Kemudian,dia masuk ke dalam biliknya dan tidur kerana esok sekolah.Dan yang paling penting,dia tak sabar nak jumpa Eunji.(gatai na si Chanyeol ni.haha)

P/s:Guys!!yuhuu.hehe..yeah..im back.sorry sebab lambat update.sory sangat2..please dont mad at me..author susah sikit nak update sekarang sebab author duduk hostel and the most important thing is,,i am form 5 this year.so,you know,SPM...so,,i hope you will understand my situation.and thanks sebab sanggup tunggu saya update cerita ni..Saranghae guyss!!muah

JUST LOVE ME RIGHT(malay fanfic)Where stories live. Discover now