chapter 12

27 2 1
                                    

Setelah selesai makan malam bersama keluarganya,Eunji masuk ke dalam bilik dan membuka laptop miliknya.Dia kemudian memeriksa emel jika ada sesiapa yang menghantar emel kepadanya.

Semasa Eunji sedang leka membaca emel,tiba2 telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Eunji segera mengambil telefonnya.Tertera nombor yang tidak dikenali.

'Siapa pulak yang call aku malam2 ni?' Eunji tertanya-tanya.Dia kemudian menekan punat hijau untuk menerima panggilan tersebut.

"Hello,ni Eunji ke?" Kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.

"Ya.Saya Eunji.Ni siapa ya?" Tanya Eunji kembali.

"Ni saya,Seung Ho.Maaf la saya ganggu awak malam2 ni.Si Dohyuk ni ha beria-ia suruh saya telefon awak.Rindu katanya," terang Seung Ho.Baru Eunji teringat bahawa dia ada bagi nombor telefonnya kepada Seung Ho petang tadi.

Belum sempat Eunji berkata apa2,kedengaran suara Dohyuk di hujung talian.

"Omma!!Ni Dohyuk ni.Omma,Dohyuk rindu la dekat omma." Ujar Dohyuk membuatkan Eunji tergelak kecil.

"Hahaha.Lah,tak sampai 24 jam lagi.Takkan dah rindu?Ada2 je la Dohyuk ni," Balas Eunji.

"Lagipun,bukan Dohyuk sorang je yang rindu omma.Appa pun sama jugak.Asyik tersenyum je daripada tadi," 

Belum sempat Eunji berkata apa2,terdengar suara Seung Ho menjerit nama Dohyuk.

Sedang seronok berbual dengan Dohyuk,tiba2 Eunji terdengar ommanya memanggil namanya dari bawah.

"Dohyuk,omma kena letak telefon dulu.Nanti kita berbual lagi ye," Ujar Eunji sebelum menamatkan panggilan.

Dengan perasaan ingin tahu,Eunji turun ke bawah.Tiba2 dia rasa jantungnya berdegup laju.

'Asal jantung aku exercise malam2 buta ni'

Apabila sampai ke ruang tamu,kelihatan omma serta adik lelakinya sedang duduk di sofa dengan muka gelisah.

"Lah,ni dah kenapa semua muka macam baru lepas bunuh orang?" Tanya Eunji dengan pelik.

Tanpa menjawab soalan Eunji,ommanya menarik lengan Eunji menuju ke bilik tetamu yang berada di bawah.

Eunji yang tidak mengetahui apa2 hanya mengikut.Apabila ommanya membuka pintu bilik tersebut,kelihatan seorang lelaki sedang berbaring.

Eunji tidak dapat melihat jelas muka lelaki tersebut lalu pergi dekat dengan lelaki itu.

Alangkah terkejutnya Eunji apabila lelaki itu ialah Chanyeol!Hampir gugur jantungnya apabila dia ternampak baju Chanyeol di bahagian perut sebelah kanan penuh darah.

"Omma dah panggil ambulans?" Tanya Eunji gelisah.Eunji semakin tidak keruan apabila ommanya hanya geleng kepala.

"Eunji pergi amik kunci kereta dengan wallet kejap.Omma suruh adik angkat dia pergi kereta Eunji.Kita kena bawak dia pergi hospital cepat," Ujar Eunji sebelum berlari ke biliknya untuk mengambil kunci kereta dan wallet.

Kemudian,dengan segera dia ke keretanya dan terus menghidupkan enjin.Omma dan adiknya sudah berada di dalam kereta.

Eunji terus memecut laju keretanya ke hospital.Jarak hospital dirasakan sangat jauh ketika itu.Eunji berharap Chanyeol dapat bertahan sehingga sampai ke hospital.

Akhirnya,melimpah jua air matanya kerana dia terlalu risau akan keselamatan Chanyeol.Dia tidak akan memaafkan dirinya jika sesuatu terjadi kepada Chanyeol.Semakin laju Eunji memecut keretanya.

Setelah tiba di hospital,Eunji segera berlari keluar dari tempat duduk pemandu dan segera memapah Chanyeol yang berada di belakang bersama adiknya.

Apabila mereka sampai ke pintu masuk,jururawat yang ternampak mereka segera membantu.Chanyeol dikejarkan ke wad kecemasan.

Eunji,omma dan adiknya menunggu di luar wad kecemasan kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut.

Omma Eunji menenangkan Eunji yang daripada tadi tidak berhenti menangis.Risau pula dia melihat anak perempuannya itu sedih.

Dia tidak pernah melihat Eunji menangis teruk begitu.Kali terakhir Eunji menangis sedemikian rupa apabila dia mengetahui bahawa atuknya meninggal 15 tahun yang lepas.

Banyak perkara yang ingin ditanya kepada Eunji tetapi melihat keadaannya,,dia menyimpan hasratnya.

2 jam sudah berlalu tetapi doktor masih belum keluar untuk menyampaikan apa2 berita.Adik Eunji sudah dibuai mimpi kerana lama menunggu.

"Sudah sudah la tu Eunji.Jangan risau.Chanyeol tu kuat.Tak ada apa2 yang serius tu.Dah berhenti menangis.Nanti habis pulak air mata kamu tu," seloroh omma Eunji cuba untuk menenangkan anak gadisnya yang seorang itu.Eunji hanya tersenyum lemah mendengar gurauan ommanya.

Beberapa minit kemudian,kelihatan seorang doktor lelaki keluar dari bilik bedah dan menuju ke arah Eunji dan ommanya. Melihat doktor tersebut, Eunji dan ommanya bangun serentak dan bertanya mengenai keadaan Chanyeol.

"Puan ni penjaga En.Chanyeol ke?", tanya doktor tersebut kepada Omma Eunji. "Saya bukan penjaga dia tapi dia anak kawan saya. Saya dah telefon mak dan ayah dia tapi mereka berada di luar negeri buat masa sekarang dan mereka minta saya tolong tengokkan Chanyeol", terang Omma Eunji. "Keadaan En.Chanyeol buat masa sekarang stabil cuma dia perlukan masa untuk berehat. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa sebentar lagi dan saya akan periksa keadaan dia untuk beberapa hari untuk pemeriksaan lanjut sebelum dia boleh dibawa balik ke rumah", terang doktor yang bernama Kim Byungju itu.
"Baiklah. Terima kasih banyak-banyak Dr.Kim", ujar Omma Eunji. "Sama-sama", jawab Dr.Kim sebelum bergerak meninggalkan mereka berdua.

Omma Eunji memandang ke arah Eunji yang kelihatan lega setelah mendengar kata-kata Dr.Kim tadi. "Malam ni biar adik kamu yang jaga Chanyeol di hospital. Kamu ikut Omma balik rumah. Esok baru kita datang melawat lagi ya? Kamu larat tak nak bawa kereta?", tanya Omma. Risau juga kalau Eunji tak larat untuk bawa kereta memandangkan sekarang jam sudah memunjukkan jam 1 pagi. Eunji hanya mampu mengangguk perlahan kerana kalau boleh dia ingin menemani Chanyeol di hospital malam ni. Dia masih risaukan keadaan sahabatnya itu. Tetapi dia tahu Ommanya takkan benarkan kerana esok dia perlu ke sekolah. Kebetulan adiknya cuti esok kerana cuti peristiwa sempena hari sukan yang lepas.

Setelah itu,Eunji dan Ommanya bergerak pulang bersama-sama. Sepanjang perjalanan,Eunji hanya mendiamkan diri kerana memikirkan tentang Chanyeol. Apabila tiba di rumah, Eunji terus masuk ke bilik dan menyiapkan keperluan untuk ke sekolah esok. Akhirnya,Eunji tertidur kerana kepenatan.

P/s: Omg hi guyssss,im back after a longggggggg hiatus. Im so sorry for not updating my story. Author nak ucap terima kasih kepada awak2 yang still baca cerita ni and tunggu for me to upload next chapter (i is terharu okayy) author nak mintak maaf sebab lambat update. I am really2 busy with my student life so yeahh. I will update more once i have time. Thank you for waitingg. Saranghae~ Horanghae~ (Hehe sorry im a carat too 🤪)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JUST LOVE ME RIGHT(malay fanfic)Where stories live. Discover now