chapter 11

172 17 12
                                    

Balik sekolah,Eunji terpaksa balik sorang-sorang kerana kawan-kawannya yang lain 'stay back' di sekolah untuk menyiapkan tugasan.

Eunji pula awal-awal lagi sudah menyiapkan tugasannya kerana dia jenis yang tidak suka menangguh kerja.

Sepanjang berjalan,dia berasa seolah-olah dirinya sedang diperhatikan.Tetapi apabila dia menoleh ke belakang,tiada siapa-siapa melainkan dirinya.

'Perasaan aku je ni',ujar Eunji ingin menyedapkan hatinya.

Dia bercadang ingin singgah ke tasik yang terletak tidak jauh dari rumahnya sebelum pulang kerana dia ingin menenangkan fikirannya yang sedikit bercelaru.

Setelah tiba di sana,Eunji memerhati sekeliling mencari tempat kosong untuk dia duduk.Tempat itu tidak ramai orang tetapi kebanyakan kerusi sudah ada orang duduk.

Apabila ternampak satu kerusi yang kosong,Eunji terus duduk di situ.Dia kemudiannya memandang tasik biru yang berada di hadapannya.

'Ah!Tenangnya rasa bila tengok tasik ni.Angin pun sempoi-sempoi bahasa je.Just a good day!',ujar Eunji dalam hati sambil asyik melihat tasik yang sangat menenangkan fikirannya yang sedang bercelaru.

'Haih,apalah yang dak Sorim tu tak puas hati sangat dengan aku.Takut sangat aku amik Chanyeol dia tu.Yang aku tak paham,ada pulak perempuan yang nak dekat si capang ni.Aku ingatkan aku sorang je yang gila sebab suka dekat mamat macam dia,rupanya ada yang sama gila macam aku.Lagi gila dari aku!'

Sedang seronok melayan perasaannya,tiba-tiba lamunannya terganggu apabila dia didatangi seorang budak lelaki dalam lingkungan 3 ke 4 tahun.

"Omma,"panggil budak itu sambil menarik-narik jari Eunji.Eunji sedikit terkejut apabila budak itu memanggil dia 'omma'.

'Erk,anak siapa pulak ni?Aku ni nampak tua sangat ke sampai budak ni ingat aku mak dia?Aduh!Apa aku nak buat ni?Halah adik.Akak baru nak berangan,'ujarnya dalam hati sebelum bangun dan mengangkat budak itu untuk duduk di kerusi.

Kemudian,dia mengambil tempat di sebelah budak tadi.Eunji menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal sebelum bertanya kepada budak itu.

"Nama adik apa?,"tanya Eunji.

"Yoo Dohyuk."

Eunji mengangguk perlahan sebelum bertanya lagi.

"Dohyuk datang dengan siapa?"

"Appa," Dohyuk menjawab perlahan.

"Mana appa Dohyuk?,"tanya Eunji lagi.

Dohyuk menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum bersuara.

"Kita tak tahu.Tadi appa kata dia nak pergi tandas.Appa suruh kita tunggu tapi,dah lama pun appa belum balik lagi.Kita takut.Kita ingat noona omma kita.Sebab tu la kita pergi kat noona."

Tiba-tiba Dohyuk memeluk Eunji menyebabkan Eunji sedikit terkejut.Kemudian dia mengusap belakang Dohyuk untuk menenangkannya.

Setelah Dohyuk melepaskan pelukan,Eunji memberi cadangan.

"Okay,apa kata kita cari appa Dohyuk sama-sama nak?"

"Nak!Nak!,"jawab Dohyuk dengan gembira.

Eunji tersenyum sebelum menurunkan Dohyuk dari kerusi lalu memimpin tangan kecil Dohyuk.Mereka kemudian berjalan perlahan-lahan mencari appa Dohyuk.

"Noona,nama noona apa?"tanya Dohyuk memecahkan keheningan.

"Nama noona Eunji.Jung Eunji."jawab Eunji.

"Wah!Sedapnya nama noona.Kita macam pernah dengar la nama noona.Tapi kita tak ingat kat mana,"ujar Dohyuk membuatkan Eunji pelik.

"Dohyuk pernah dengar?Orang lain kot,"kata Eunji.

JUST LOVE ME RIGHT(malay fanfic)Where stories live. Discover now