Dalam ketawa aku,
Ada sedihnya.Dalam senyum aku,
Ada tangisnya.Dalam hati aku,
Ada jahatnya,
Ada juga baiknya.Tak semua manusia yang kau lihat ketawa setiap hari tu, dia memang betul betul ketawa,
Tapi dalam hatinya ada tangisan yang tiada siapa dapat meneka.Dalam kegembiraan seseorang itu,
Semestinya ada kedukaan,
Tetapi dia hanya menanggung seorang diri tanpa mahu menyusahkan orang lain.Ada sesetengah manusia yang rela bersusah payah demi orang lain,
Tapi dia tidak mahu sebarang balasan,
Kerana dia ikhlas membantu sahabatnya.
YOU ARE READING
Kata Hati Aku
PoetryBukan selalu kita dapat luahkan isi hati kita. Dan bukan selalu orang boleh faham kita. Dan tak selalu juga kita faham diri kita.