Kalau hati dah sakit, apa yang orang buat, apa orang akan cakap, semua aku biar.
Kalau sekali dua kali tidak mengapa, tetapi sudah berkali-kali. Sudah berkali kali aku disakiti, tapi aku biar sahaja kerana aku fikir persahabatan kita semua.
Aku hanya pendam, simpan semua perasaan sakit yang aku rasa.
Tidak mengapa, demi semua orang aku cuba tabahkan diri.
Aku cuba untuk tidak menangis, tetapi saat itu air mata aku mula menitis.
Hati aku hancur, sakit dan tiada siapa di sisi ku.
YOU ARE READING
Kata Hati Aku
PoetryBukan selalu kita dapat luahkan isi hati kita. Dan bukan selalu orang boleh faham kita. Dan tak selalu juga kita faham diri kita.