Bab8

199 7 2
                                    

Sudah sebulan kami meluangkan masa bersama, setiap kali selepas habis kelas aku akan meluangkan masa bersamanya, maklumlah aku keseorangan di sini, aku perlukan dia, tambahan lagi dia ialah seorang yang telah mencuri hatiku. Pelbagai perkara telah ku ceritakan kepadanya, kelemahan ku, kekurangan ku, masalah ku, beban penat dan lelah serta kisah cinta ku yang lama kepadanya. Aku juga bilang kepadanya,

"Awak, kalau awak tak boleh terima saya saya bagitahu awak awal2 ni, awak better walk away now, sebelum saya really attached kt awak. Saya terlalu banyak kekurangan, tapi saya harap awak terima saya seadanya sebab saya susah nak detached balik"
kata ku kepadanya sambil bermain dengan jari jariku semasa kami berjumpa di sebuah perhentian bus sewaktu pulang dari kelas ku yang tamat serentak dengan kelasnya.

"Tak awak percayalah, saya mungkin tak macam perempuan lain, dan saya memang tak macam dorang yang tak pandai jaga awak, saya akan tressure hati awak tau, awak beharga sangat bagi saya, awak tak macam lelaki lain tau, awak ni husband material tau "
berbunga hatiku saat mendegar kata kata nya.

Lamunan ku tersentak apabila telinga ku disapa oleh suara buah hati aku yang lembut memanggil namaku, lantas aku berjalan ke arahnya sambil melemparkan senyuman khas untuk dirinya sahaja.

"Awak, esok sabtu kan cuti. Kita keluar nak? Kita tak pernah keluar mana mana kan walaupun agak lama kita dah kenal"

"Betul tu jom la saya on je"

"Erm awak nak pergi mana ya?" Tanyaku sambil aku menjeling ke arahnya, Ya Allah gayanya hari ni sangat mencairkan hatiku.

"Times square jom, saya ada barang nak beli la"

"Orite sweetie, eh salah cakap"
Terselah rona rona merah sudah kelihatan dipipinya yang gebu itu.

*******

Dengan penuh gayanya aku mengenakan baju T-shrit berkolar Paul Smith bewarna biru, warna kegemaran ku bersama seluar jeans skinny paras buku lali. Aku memandu ke rumahnya berdasarkan alamat yang diberinya berpandukan gps.

Hampir sesat aku pada masa tu, maklumlah rumah semuanya hampir sama rupanya.

Rumah teras tiga tingkat nya yang terletak di hujung lorong akhirnya ku temui. Sebaik sahaja aku memberhentikan kereta lantas aku mengambil telefon bimbit ku dan mendail nombornya

"Hello awak, assalamualaikum, saya dah sampai ni "

"Waalaikumussalam, ouh kejup ya saya keluar sekarang, by the way, awak nak jumpa parents saya tak?"

"Eh awal sangat lagi lah awak takpa lah cakap kat parents awek kali kelima saya bawak awak keluar saya akan masuk rumah dulu jumpa mereka ya"

"Okay awak"
Talian dimatikan. . .
5 minit kemudian wajahnya kelihatan, dia tak seperti wanita lain di luar sana yang penuh dengan kefemininnan. Pakaiannya agak bebas, dan terserlah kelainan dalam dirinya, kelainan yang menyebabkan hati ku terpaut padanya setelah dihancurkan oleh insan yang tak menghargai apa erti sebenarnya cinta.

*******
Seusai menonton wayang, dan membeli barangnya di situ, kami ke KLCC, ada satu lagi kejutan yang telah aku sediakan untuk nya.

Segala persediaan telah aku siapkan sejak semalam lagi. Sampai sahaja di taman itu, matanya aku tutup dengan penutup mata dan memimpinnya ke bawah satu pokok.

"Awak berdiri kat sini, jangan bukak2 lagi tau. Jangan intai tak baik tau dosa hee"
lantas aku melutut di hadapannya dan mengeluarkan sekuntum bunga yang telah aku gubah sendiri malam semalam, akibat masa yang tidak mencukupi aku tak sempat membeli yang telah siap oleh itu aku memutuskan untuk menggubah sendiri bunga artificial di rumah kepunyaan ibu, bukan untuk sapa pun, bakal menantu ibu jugak, hehe.

Apa Itu Cinta ?Where stories live. Discover now