Keesokan paginya, ketika Toby telah sedar dari tidur lenanya, dia melihat bahawa Lady Narressa telah hilang dari tempat mereka tidur. Toby pun bersiap untuk kembali ke perumahan sekitar wilayah penjara Natore. Dia tidak menyedari bahawa Stone Raft miliknya telah diambil oleh Lady Narressa, dia menyangka bahawa Lady Narressa telah kembali ke perumahan berhampiran penjara Natore. Ketika sampai di sana, dia terus ke kandang di mana Jackson ditempatkan. Oh Jackson selamat pagi, tiada cereal untuk mu pada hari ni. Lalu Jackson mengangkat kakinya menunjukkan bahawa dia faham akan keadaan mereka sekarang. Lalu Alain menyapa Toby, nampaknya malam yang indah semalam teman, apa yang terjadi ? Pertengkaran hebat ? Kenapa wanita tu bergegas dengan terburu-buru pagi tadi ?, kata Alain kepada Toby. Toby kelihatan seperti kebingungan. Lalu Toby merasakan lain pada dirinya kemudian dia perasan bahawa stone raft miliknya telah hilang. Oh tidak ! Stone Raft saya ! Alain mana perempuan tak guna tu pergi ? , marah Toby. Dia pergi meninggalkan Natore dengan membawa kuda tentera di sini, kata Alain. Lalu Toby melepaskan tembakan ke bahu Alain, awak tak guna Toby ! Benda tu adalah khazanah yang bernilai milik kerajaan New Deltti. Toby pun bersiap untuk pergi mencari Lady Narressa . Malangnya, Jackson telah terkena sumpahan stone raft, dan tidak akan sesekali mengejar Lady Narressa. Tak guna, saya akan bunuh kekasih awak Kennedy !, jerit Toby. Toby pun membuka peta Mapisa yang diberikan oleh Alain. Tetapi peta tersebut juga telah terkena sumpahan stone raft. Ketika Toby mencari pergerakan Lady, dia ternampak pergerakan Bermatta dengan keadaan samar samar pada peta Mapisa. Jackson menghalah 20 darjah kanan barat ! . Jackson pun berlari dengan sepantasnya. Toby pun sampai di kawasan di mana Bermatta berhenti, kemudian cuaca bertukar mendung lalu gerimis pun datang. Tanpa disedari Bermatta menyerang dari belakang tetapi Toby sempat mengelak dan melepaskan tembakannya ke arah Bermatta. Hahahahaha Toby Samson The Iron Fist, adakah awak mencari sesuatu yang bernilai di mata dunia ?, kata Bermatta yang sudah terkena tembakan pada bahagian bisepnya. Tak guna ! Pulangkan stone raft saya ! , marah Toby. Uuuuu tak sangka seorang pria mementingkan benda daripada nyawa kekasihnya hahahaha, kata Bermatta dengan nada sinis. Panggilan daripada Crack Divence telah tiba, saya ingin menghadiahkan sesuatu yang bernilai terhadapnya Toby hehehehehehehehe, kata Bermatta. Bermatta The Witch nampaknya awak mengambil sesuatu yang bukan milik awak daripada pihak yang salah, kata Toby. Toby lalu melepaskan tembakannya sekali lagi tetapi berjaya ditangkis oleh Bermatta. Kemudian dia berlari lalu melontar talinya untuk mengikat Bermatta akan tetapi Bermatta berjaya melepaskan diri dan sempat menikam Toby dengan menggunakan taring singa. 7 tahun yang lalu saya berjaya menumpaskan Dudley The Sharpshooter dengan sekali tumbukan sahaja, kata Toby. Hahahahahahaha bialo de suzanna ! , Bermatta mengeluarkan sihir hitamnya, kemudian Toby menumbuk sihir tersebut dengan tumbukannya yang boleh berubah menjadi besi. Kita akan lihat kali ni Bermatta adakah jasad saya yang akan dikebumikan di hadapan Crack atau jasad awak yang akan berada di Natore's grave ......
bersambung...
YOU ARE READING
Toby Samson and The Escape Prisoner
AventuraMengisahkan tentang seorang pembunuh upahan iaitu Toby Samson untuk menyelesaikan misi-misi berbahaya yang diberikan oleh kerajaan New Deltti. Saksikan 7 cerita Toby Samson yang ditulis oleh LULUQ