Selepas mendung hujan pun turun dengan renyai-renyai, saya sedikit pun tidak mengetahui bahawa awak dalam misi membunuh Crack wahai Toby yang malang, kata Bermatta. Sungguh informasi ini mengejutkan saya, ahahhaahah sudah pasti dengan kematian awak, saya pasti akan menjadi penolong kanan Master Crack Divence dan menggantikan tempat Alvarro si tak guna tu, sambung Bermatta lagi. Tanpa berkata apa-apa Toby menerkam Bermatta lalu menumbuk pipi Bermatta menggunakan gerambitnya. Toby terkenal dengan gelaran si tangan besi kerana ketika berlawan dia sering menggunakan gerambit di tangannya dan dibantu oleh stone raft miliknya untuk menukarkan tangannya menjadi besi. Bermatta kemudian terlempar jauh lalu Toby menembaknya menggunakan pistol, akan tetapi sebagai seorang ahli sihir peluru tidak akan berkesan di badan Bermatta. Bermatta kemudian mengeluarkan stone raft milik Toby untuk menggunakan kuasanya tetapi Jackson berjaya melanggar Bermatta dan kemudian membawa lari stone raft tersebut. Kuda tak guna !, ambil makagami no magatomo, kata Bermatta lalu mengeluarkan sihirnya. Toby berlari lalu menumbuknya sekali lagi membuatkan sihir tersebut tersasar. Bermatta sempat menikam Toby di bahagian kaki apabila terbaring akibat terkena tumbukan besi Toby. Sememangnya Toby bukanlah lawan yang setanding terhadap Bermatta kerana Toby lebih berpengalaman berbanding Bermatta. Toby kemudian menendang Bermatta akibat terkena tikaman. Toby kemudian mencekik Bermatta dan membangunkannya lalu Toby mengenakan tumbukan bertubi-tubi di bahagian perut Bermatta. Bermatta tidak mempunyai daya lagi untuk menentang Toby, jangan masuk ke dalam neraka selagi Crack belum berjumpa dengan awak di sana !, kata Toby. Toby pun menghabiskan riwayat Bermatta. Lady Narressa pun terkeluar dari jasad Bermatta dengan keadaan yang sangat lemah. Rupa jasad Bermatta menjadi reput akibat ketiadaan jasad lain di dalam badannya kerana Bermatta memerlukan jasad orang lain untuk terus hidup. Toby kemudian memijak muka Lady Narressa, ini akibatnya sekiranya awak nak menipu saya perempuan tak guna, kata Toby. Jackson kemudiannya datang kepada Toby lalu Toby mengangkat Lady Narressa ke atas Jackson dan mereka bersiap untuk ke Santander di sempadan antara Voldingent dengan New Deltti kerana markas Crack adalah di wilayah Santander. Setelah 6 jam meninggalkan jasad Bermatta, seorang pemuda misteri mengambil jasad Bermatta lalu dibawanya ke suatu tempat dan berkata, Toby Samson dan Peter Harmsley, lalu pemuda itu pun pergi ke suatu tempat yang tidak diketahui. Peter Harmsley ialah rakan karib Toby sejak kecil lagi, dia terkorban di dalam perang yang dipanggil Perang Tamadun setahun sebelum pertempuran antara Dudley dan Toby. Perang tersebut dikatakan belum selesai lagi dan mungkin akan berlanjut semula. Toby dan Jackson pun singgah di sebatang sungai yang terletak 400 kilometer dari Santander untuk mengubati luka Lady Narressa. Mereka bermalam di situ untuk menunggu menjelangnya hari esok. Pada malam tersebut Toby bermimpi didatangkan oleh Crack Divence lalu Crack menikamnya dengan 17 kali tikaman. Dia pun tersedar dari mimpi tersebut dan kemudian tattoo serigala jadian tumbuh di tangan kirinya. Lady Narressa yang sememangnya sudah sedar pun berkata bahawa Crack akan memburuh Toby. Saya telah lalui berbagai ancaman, perang, dan pertempuran, ancaman ini tidak akan membuat saya gentar, saya akan menghancurkan keseluruhan Santander, kata Toby. Tanpa mereka sedari Alvarro Sinachioz ada di sekitar mereka dan dia lah yang menghantar tattoo dan mimpi tersebut.
Bersambung ...
YOU ARE READING
Toby Samson and The Escape Prisoner
PertualanganMengisahkan tentang seorang pembunuh upahan iaitu Toby Samson untuk menyelesaikan misi-misi berbahaya yang diberikan oleh kerajaan New Deltti. Saksikan 7 cerita Toby Samson yang ditulis oleh LULUQ