BOSANNYA! Menyesal pulak aku tak ikut diorang pergi shopping. Tapi... kalu aku ikut, kaki pulak yang sakit. Pening! Pening! Pening aku. Alang-alang tersebut pasal diorang, aku rasa dah 12 jam diorang keluar... tak reti-reti nak balik ke?! Ke tak kenal jalan balik?! Ke dah sesat?! Baik aku call diorang...
"Mana fon ni?!" Rungut aku sambil mencari fon aku yang entah aku lempar ke mana. Cari punya cari, barulah aku teringat yang aku letak kat dapur masa makan tadi.
Dengan rasa malas and terpaksa, aku.turun ke bawah. Demi fon, rela walau terpaksa. Bukan sebab nak call minah-minah tu, tapi sebab nak tengok gambar oppa aku. Suho oppaaa..!
Aku dapat 3 mesej and 9 missed calls. Dari sape..? Dari sape lagi kalu bukan minah 3 orang tu. Diorang tak balik malam ni. Maknanya tinggal aku sorang je la kat rumah 3 tingkat ni.
BUSH! Aku terdengar bunyi dari belakang rumah. Bunyi macam orang jalan dalam semak atau terlanggar. Tapi, bila dengar semula, bukan belakang rumah aku, rumah sebelah. Aku dapat idea... Jom kita mengendap.
"Takde ape-ape pun... Senyap sunyi je," aku memanjangkan leher untuk melihat belakang rumah sebelah. Langsung takde ape. Kosong. Sunyi. Takde benda pelik. "Aku salah dengar kut."
Bergolek ke kanan, bergolek ke kiri. Bosannya. Dah macam-macam gaya aku posing atas katil ni. Baring, menelentang, mengiring, bergolek, berguling, and yang terakhir...
DUMM! Pose terakhir, aku berguling sampai jatuh katil. Nasib tak patah pinggang. Tapi, aku still bosan...
"Aaarrrggghhh!" Aku menjerit untuk... Jap! Aku sebenarnya tak tau kenape aku menjerit. Yang aku tau, aku akan menjerit bila rasa nak menjerit.
Baik tengok bulan and bintang. Lagi bagus. Macam dalam My Love From The Star... Cute giler hero dia! Kalau la ade alien yang cute macam tu nak kat aku, happynye! Cute and ade power yang hebat! Waaa!
BUSH! Sekali lagi aku terdengar bunyi pelik dari belakang rumah sebelah. Tak lama lepas tu, aku terdengar lagi. Lain macam je. Aku mengambil teropong yang aku simpan kat bawah katil. Tapi ade benda pelik...
"Sebelum ni, tak pulak aku ingat mana aku letak, kotak mana, warna ape."
Sambung penyiasatan. Tunggu punya tunggu, takde ape-ape yang pelik muncul. Tapi... bila aku nak tutup tingkap, aku nampak 4 orang lelaki kat belakang rumah sebelah. Ape lagi, teropong la. Semua pakai baju hitam, mask and cap. Pelik je mamat-mamat tu..! Macam pembunuh bersiri, perompak, pencuri, pe... Yang tu rasanye terlebih...
Tengah duk ralit teropong mamat-mamat tu, rupa-rupanya salah sorang dari 4 orang mamat yang aku skodeng tu duk tenung aku. Ape lagi, tutup tingkap tutup lampu, naik atas katil, tidur... nightmare..!
Sebelum itu...
EMPAT orang jejaka turun dari sebuah van berwarna hitam. Mereka terpegun melihat rumah di hadapan mereka. Tapi... ade sesuatu yang tak betul...
"Hyung. Kenape kita turun kat belakang, bukan depan..?" Baekhyun menanyakan soalan yang bermain dalam fikirannya, Chanyeol and D.O sejak tadi.
Suho tersengih. "Bukan setakat satu Korea, satu Asia dah tau kita pindah ke sini. Untuk tidak menarik perhatian, kita terpaksa turun kat sini. Jom masuk tengok!"
Ketiga-tiganya menganggukkan kepala. Mereka hanya mengikut hyung mereka masuk ke dalam rumah. Dari ruang bawah tanah hinggalah tingkat 2 mereka round. Selepas itu mereka mengangkat barang-barang ke dalam rumah.
YOU ARE READING
My Guardian
FanfictionEntahlah. Dia suka kat kau kut. - Se Mi Ke tuan dia yang suka kat aku? -Chanyeol ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kau tak mungkin cintakan dia! Cinta kau hanya untuk lelaki yang selamatkan aku dari vampire! - Se Mi ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Aku cintaka...