SONG YI masuk ke dalam bilik Se Mi. Hari ni 20/04. Hari lahir oppa mereka. Jam di dinding dijeling. Kul 0800. Se Mi masih lagi terbongkang di atas katil. Lena diulit mimpi.
'Memang nak kena! Birthday Suho oppa baru reti nak bangun awal. Birthday oppa yang lain, kalu aku tak gerak, sampai esok tak bangun budak ni!' Rungut Song Yi dalam hati.
Dia mendekatkan wajahnya dengan Se Mi. 'Sweet dream nampak..! Tersengih-sengih..! Mimpi Suho oppa la tu..!' Detik hati Song Yi.
"Park Se Mi! Ireona!" Jerit Song Yi. Bagai terkena renjatan elektrik, Se Mi bangun lalu duduk tegak sambil memandang Song Yi.
300 saat kemudian...
"Hah! Ape dah jadi?! Terbakar?!" Jerit Se Mi sambil berdiri di atas katil. Song Yi menggelengkan kepala melihat rakan baiknya yang tak berapa nak baik pemikirannya.
"Park Se Mi!" Jerit Song Yi. Se Mi memandang Song Yi dengan wajah yang teramat blur. "Duduk!"
Masih lagi blur. Otak Se Mi belum sedar sepenuhnya. Wajah Song Yi seperti gunung berapi nak meletup, ditenung. Kepala yang tak gatal, digaru.
"Apehal dengan kau ni?! Aku jerit nama kau, bukan rumah terbakar..! Sekarang aku yang terbakar..! Omel Song Yi.
"Kalau kau terbakar, mana apinya..? Tak hangus pun kau aku tengok..." Satu peluku berapi dihadiahkan oleh Song Yi kepada Se Mi kerana menanyakan soalan yang sangat 'bijak'. "Sakit la wei!"
Song Yi memberi renungan maut. 'Kalau ikutkan hati, nak je aku telan minah ni!' Detik hati Song Yi.
"Kau lupa ke hari ni birthday sape?" Tanya Song Yi dengan geram. Se Mi berfikir sejenak. Fonnya diambil.
'Hari ni 20 April 2013. Sekarang kul 0830. Hari ni birthday... Luhan oppa!' Kata hati Se Mi.
Tut... tut..! Fon Se Mi berbunyi menandakan ade mesej masuk. Se Mi and Song Yi sama-sama memandang fon Se Mi. Setelah 20 saat merenung fon, barulah mesej tu dibaca.
From: Kyung Soo oppa
Yeoboseyo. Tolong kita orang..! Kita orang ade masalah..! Jebal~Se Mi cuba memproses ape yang dibaca. Selepas 600 saat berfikir...
To: Kyung Soo oppa
K. 30 minit lagi saya sampai...Song Yi cuba mengintai mesej Se Mi. Tapi...
"Woi! Ape ni skodeng mesej orang!" Marah Se Mi. Song Yi menanyangkan sengih. "Hari ni Luhan's day..."
"Bagus kau ingat. Sekarang kau gi mandi, lepas tu teman aku gi pejabat pos. Aku nak pos hadiah kat oppa."
"Mian. Aku ade hal. Kau gi sorang-sorang erk..?" Se Mi membuat muka 5 sennya.
Song Yi melepaskan keluhan. "Fine! Nanti birthday Suho oppa, jangan mintak tolong aku teman kau gi pos hadiah!"
"Tak payah mintak tolong kau. Aku bagi terus kat dia," kata Se Mi perlahan. Song Yi memandang pelik wajah Se Mi. "Ape?!"
"Kau kata bagi terus kat dia?! Maknanya, kau tau diorang duk kat rumah mana, kan?!" Se Mi menelan liur.
'Sudah mati aku!' Detik hati Se Mi.
"Mana aku tau! Lagipun, orang biasa macam aku nak jumpa oppa..? Memang mengarut la..!" Tempelak Se Mi. Song Yi mengangguk perlahan lalu berlalu ke biliknya.
Sementara itu...
CHANYEOL mengambil diari Se Mi yang disimpan. Gambar gadis itu direnung. Bibirnya mengukir sengihan. Sengihan itu semakin lebar bila teringat kejadian beberapa hari yang lalu. Hari yang menyebabkan jantungnya hampir tercabut.
YOU ARE READING
My Guardian
FanfictionEntahlah. Dia suka kat kau kut. - Se Mi Ke tuan dia yang suka kat aku? -Chanyeol ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kau tak mungkin cintakan dia! Cinta kau hanya untuk lelaki yang selamatkan aku dari vampire! - Se Mi ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Aku cintaka...