BAB 4

51 2 0
                                    

SEMUA ahli EXO baring di atas lantai studio mereka. Semua diam. Hanya bunyi nafas kedengaran. Letih. Penat. Lelah. Semua ade. Tapi, itulah pengorbanan yang perlu mereka lakukan untuk fans mereka.

(Cian exo. Terpaksa korbankan rehat diorang demi exoluxion dan yang paling penting untuk fans diorang. EXO FIGHTING!)

"Jom main truth or dare..!" Ajak Chen.

"Jom!" Sokong Xiumin. "Sape nak main, buat bulatan cepat!"

Semua orang bangun lalu membuat bulatan. Sebotol air mineral diletakkan di tengah.

"Saya start dulu. Lepas ni, yang kena tu akan pusing and tanya," terang Xiumin.

Xiumin memusingkan botol itu. Selepas beberapa ketika, botol itu berhenti dan menunjuk ke arah Chanyeol.

"Truth or dare?" Tanya Xiumin.

"Truth," jawab Chanyeol.

"Xiumin. Biar saya yang tanya," bisik Suho yang duduk di sebelah Xiumin.

"Emmm... ade tak pompuan yang awak cinta and dia pun cintakan awak?" Tanya Suho. Chanyeol tersentak.

Memori sebulan yang lalu bermain di fikirannya. Hari yang dia takkan lupa sampai bila-bila. Takkan!

Diari Se Mi diambil lalu dibuka. Gambar Se Mi direnung sebelum membaca diari gadis itu. Wajah yang telah membuatnya tak keruan.

#271110
#mybirthday

Hari ni birthday aku. Omma, appa, Song Yi berpakat buat birthday party untuk aku. Tapi, sejak petang tadi kepala aku sakit. Aku dengar banyak suara dalam kepala aku. Kadang-kadang takde orang pun yang bercakap tapi... aku still dengar suara. Kepala aku sakit sangat. Someone, please help me! Jebal~ And tetiba rantai aku bercahaya dengan terang. Bila aku bukak mata, aku tak tau aku kat ne and... ade sorang pompuan dengan aku. Dia cantik giler! Lepas tu, dia gosok kepala aku. Terus hilang rasa sakit tu. 'Gomawo,' kata aku. Dia senyum je. 'Ahjumma sape..?' tanya aku. Dia tak jawab tapi... cam tak kisah je aku panggil dia ahjumma. 'Se Mi dah besar. Makin cantik,' kata dia. Aku pandang dia dengan blur. Mane dia tau nama aku?! 'Se Mi sayang rantai ni?' tanya dia. Aku angguk. 'Ingat ape ahjumma cakap, kalu purple terang, Se Mi okay je. Kalu purple muda, Se Mi dah jumpa cinta hati Se Mi. Kalu hitam, Se Mi dalam bahaya. Kalu Se Mi...' belum sempat dia habis cakap, dia dah hilang. Aku tengok sekeliling, tapi... dia dah takde. Mana dia pergi?! 'Ahjumma!' jerit aku tapi... hanya aku sorang je kat situ.

Chanyeol terkejut. Matanya membulat. "Kalu dia dalam bahaya, warna hitam?! Hari dia nak balik, loket tu warna hitam!"

Diari itu disimpan semula. Dia menuju ke bilik Kai. Kai yang sudah diulit mimpi, dikejutkan. Dalam fikirannya hanya ade Se Mi je sekarang. Dia tak mahu ade benda buruk terjadi pada gadis itu.

"Kai. Ireona." Kai bangun dari tidur. Wajah Chanyeol dipandang. "Tolong saya..."

"Hah?! Tolong?! Tolong ape?! Nak tido la!" Kau memejamkan semula matanya.

"Please. Hantar saya gi kat tempat Se Mi ade sekarang," pinta Chanyeol. "Jebal~"

Kai bangun dari pembaringan. Dia turun dari katil. "Fokuskan minda hyung."

Selepas beberapa minit, Chanyeol hilang dari bilik Kai dan berada di...

"Hospital?!" Chanyeol memerhati keadaan sekeliling. Dia berpusing ke belakang. Kelihatan Se Mi sedang tidur.

Perlahan-lahan dia mendekati katil Se Mi. Wajah pucat gadis itu dipandang sayu. Dia mencium dahi Se Mi. Lama.

"Kalau kau tak jaga aku, mesti kau tak jadi camni. Ni semua salah aku," kata Chanyeol. Air matanya yang cuba ditahan, mengalir menuruni pipinya.

My GuardianWhere stories live. Discover now