Bab 1: Pertemuan Cinta

134 8 0
                                    

"Jaga diri ya Sayangku. Ingat mak dan ayah sentiasa mendoakan Yana.Ingat solat.Ingat yang membawa identiti sebagai seorang Islam". Pesan mak sambil menepuk perlahan belakangku. Tangan mak kupegang. Terdapat getaran di hujung suaranya. Aku menepuk tangannya tanda aku mengerti.

Kedengaran pengumuman penerbanganku. Aku menolak troli yang diisi bagasiku. Hati mula sebak. Pertama Kali aku meninggalkan keluarga dan berada jauh dari mereka. Perlahan aku menoleh mereka. Akhirnya air mata jatuh jua.

Aku memandang sepi awan yang berada di luar tingkap. Sudah beberapa jam aku berada di atas awan biru. Masih tak kusangka. Impian jadi kenyataan. Aku terlelap ketika memikirkan angan anganku yang tak sudah. Alahai... Korea here I come!!
******************************
10°c, sejuk yang menyucuk tulang sum sumku. Allah je tahu betapa menggigil seluruh tubuhku. Aku memakai sweater hitam yang diberi oleh sahabat baikku,Fia.

'Akhirnya,aku berjaya jejakkan kaki disini,Korea.Hope dapat jumpa idol~' hatiku mula mengatur perancangan.

Kulihat poster konsert EXOlusion. Aku tersenyum kecil. Aku teringat yang aku pernah menjadi EXO-L suatu ketika dahulu. Waktu mereka masih 12 orang. Aku melangkah laju mengikut duta Malaysia yang ditugaskan untuk membawa kami ke University Hankuk.

'Ya Allah,besarnya' desus hatiku.
Bilik ke apa ni?besar sungguh ruangnya. Kami tinggal di asrama yang disediakan khas untuk pelajar antarabangsa.

Aku menegur rakan sebilik.
"Hai,saya Yana.Nurul Ain Diyana. Kos akaun disini.,awak?"
Tanganku disambut ramah olehnya.
"Saya Khairah. Panggil Khai. Kos kejuruteraan."

Sedang kami rakit berbual,akhirnya perut kami mula mendendangkan lagu yang sangat 'indah' bunyinya. Kami berdua tergelak sambil melihat antara satu sama lain.
******************************
Kami singgah ke pasar malam yang berdekatan. Pelbagai makanan disajikan,membuatkan kami bertambah lapar.

Khai pergi ke arah gerai minuman sementara aku laju mengatur langkah ke gerai makanan manisan.

Aku dan Khai makan bersama di celah banguna yang ditempatkan beberapa kerusi dan meja.
"Yana,Khai nak pergi tandas ni" muka cemberut Khai mula dipamerkan. Yana mengangguk perlahan. Selepas tegukan akhir teh panas itu dihirup,Yana bangun lalu terlanggar seseorang sehingga air panas orang itu mengenai tangan Yana. Yana mengerang kesakitan.

Lelaki itu hanya mengangkat tangan tanda maaf lalu beredar.
Aku mendongak lalu terpana. Macam pernah kukenal. Khai sampai memapahku pergi. Aku hanya memandang sepi lelaki tadi.
'Sombong!'
******************************
Sudah seminggu kuliahku disini. Alhamdulillah,berjalan lancar. Aku dan Khai sentiasa bersama. Kemana saja mesti berdua. Aku duduk di bawah pokok rendang menunggu Khai. Aku membelek majalah kpop yang kubeli semalam. Kebanyakan artikel mengenai Exo,BTS,Seventeen dan ramai lagi.

" May I sit here?" Seorang Lelaki meminta izin duduk dihadapanku lalu membaca buku. Aku trkejut kerana belum beri apa apa jawapan,dia sudah duduk.
'Mak aii,aku tak bagi jawapan lagi. Sombong!' Bisik hatiku geram. Aku meneruskan membaca majalah.

"You are a kpop fan?" Dia membuka cermin mata hitamnya. Aku hanya membiarkan pertanyaan itu tanpa jawapan.Padan muka!

Khai datang meminta maaf kerana lewat. Aku menarik lengan Khai lalu beredar. Khai trkejut tapi mengikuti saja.

'Aku taknak jumpa dia dah! Sombong! Bongkak! Perasan kacak!'
Khai hanya melihatku dengan hairan kerana mulutku kumat kamit.
******************************
P/s:
Ini novel romantik pertama dari saya.. Maaf kalau tidak seronok..tapi akan cuba mengambil inisiatif membuatnya lebih seronok. Saya juga harap crita ini seronok dibaca. Tegurlah jika ada kesilapan. Saya open minded.but strictly no prohibited words. Thank you kpd siapa sudi baca. Teruskan membaca.

-penulis-

My Husband An Idol?Where stories live. Discover now