"Natashaaaaa"nama Natasha dijerit dengan kuat sekali oleh aisya. Natasha yang berada di tandas terkejut dengan jeritan itu. "Siapa yang jerit jerit nama aku ni? " bisiknya dalam hati. Dia keluar untuk melihat siapa yang menjerit namanya. Dia melihat Aisya sedang terjerit jerit namanya. "Oi Aisya kau kenapa jerit jerit nama aku?" Tanya Natasha. "Eh kat sini rupanya kau puas aku cari" jawab Aisya. "Kau nak ape?" Tanya Natasha yang keliru dengan Aisya yang terjerit jerit namanya macam ada hal penting . "Jom pergi perpustakaan nak? Aku tak ada selera la nak makan harini".Aisya memberi cadangan sambil tersengih sengih. "Aku laparla , jom beli roti dulu takpun kau tunggu kat perpustakaan nanti aku naik, okay? " kata Natasha . Aisya akur dengan kehendak Natasha.
~~~~~~~~
Pada waktu rehat perpustakaan dipenuhi ramai pelajar . Aisya terjenguk jenguk mencari tempat duduk sambil membawa sebuah buku tentang fesyen muslimah. Dia terjumpa satu meja kosong di hujung perpustakaan. Dia terpaksa pergi kerana tiada tempat lain selain di hujung itu . "Hish dahla panas duduk hujung ni" bisiknya dalam hati. Walaubagaimana pun dia tetap duduk di situ ."lambatnya Natasha ni beli roti ke buat roti." Katanya perlahan
Natasha masih lagi beratur di kantin. Dia sedar yang dia agak lambat ."Pasti Aisya marah nanti" bisiknya dalam hati agak risau. Apabila dia selesai membeli roti dia bergegas mahu pergi ke perpustakaan. Perpustakaan berada di tingkat 3. Dia terpingga pingga naik ke perpustakaan. Sampai saja di tingkat 3 dia terus duduk di tangga berehat sebentar. Dia menghela nafas panjang. "Huh penat" bisiknya sendiri.
Masuk saja perpustakaan Natasha tercari cari rakannya itu. dia melihat rakannya duduk di meja hujung. Dia berlari anak pergi ke sana. "Ha sampai pun ingat tak jumpa jalan pergi perpustakaan dah" kata Aisya sambil memberi jerlingan tajam kepada Natasha . "Kat kantin ramai orang la sebab tu lambat sikit" jawab Natasha selamba. "Kenapa duduk kat sini dahla panas" katanya natasha. Lagila marah aisya apabila mendengar natasha bercakap begitu "Kau ada nampak tempat duduk lain ke kat perpustakaan ni semua dah penuh , kalau ada dah lama aku pergi . " kata aisya dengan marah. " hehe jangan la marah" jawab natasha sambil memujuk
RIIIIINNNNNNGGGGGG. Loceng tanda waktu rehat sudah habis. Natasha dan Aisya mengemas buku lalu masuk ke dalam kelas. Mereka berada di kelas yang sama cuma kedudukan di dalam kelas yang berbeza. mereka rapat semenjak mereka berada di tahun 4. Mereka selalu pergi kemana mana sahaja bersama. Tetapi ada seorang yang iri hati kepada mereka. Dia cemburu melihat Natasha rapat dengan Aisya. Baginya Aisya adalah perampas kawannya. Dia ialah Fazira yang duduk bersebelahan dengan Natasha di dalam kelas. Sebelum Natasha rapat dengan Aisya dia agak rapat dengan Fazira tetapi Natasha tidak tahan dengan perangai Fazira yang selalu merajuk. Natasha buat keputusan untuk tidak terlalu rapat dengan Fazira.
Setelah semua pelajar telah masuk ke dalam kelas , kelas itu menjadi riuh rendah.murid juga mengambil kesempatan ini untuk berborak satu sama lain. budak perempuan juga mengambil kesempatan ini untuk bergosip. Sehinggala cikgu masuk baru mereka diam serta merta .
"Aisya , Aisya " Natasha memanggil Aisya dengan perlahan agar cikgu tidak dengar suaranya. " Apa?" Aisya menjawab. " Nanti balik dengan aku tau" kata Natasha. "Okay" ringkas sahaja jawapan Aisya. Fazira yang terdengar perbualan itu juga mahu balik sekali dengan mereka . "Natasha nanti aku nak balik dengan kau sekali boleh?" Fazira bertanya. Sebenarnya dia sengaja berkata begitu kerana dia tak nak Natasha rapat dengan Aisya . "Ha? mana kawan kawan kau biasanya kau balik dengan diaorang. " Jawab Natasha. "Harini diaorang nak pergi tempat lain , aku malas nak ikut" Fazira sengaja memberi alasan. "Ha yelaa". jawab Natasha. Dia rimas dengan Fazira . Kalau dia tak bagi ikut banyak jela alasan dia nak bagi
Natasha disuruh oleh Aisya untuk tunggu di pagar sekolah kerana Aisya mahu pergi ke tandas. Aisya masih tidak tahu yang Fazira mahu ikut mereka berdua pulang. "Fazira ,cepatla sikit tehegeh hegeh betul" marah Natasha yang melihat Fazira yang lambat mengemas buku. "Hish sabarla ingat buku ni sikit ke bukannya nak tolong " Fazira membalas sambil memberi jerlingan kepada Natasha. " lain kali kemasla awal awal" kata Natasha sambil berjalan ke meja Fazira untuk menolongnya mengemas buku. Selesai sudah mengemas buku mereka menuju ke pagar sekolah. "Mana Aisya ?" Tanya Fazira . "Dia pergi tandas. Dia suruh tunggu kat pintu pagar nanti dia datang" jawab Natasha . "Takya tunggu diala kita balik je. Dia tu dahla lambat"desak Fazira. "Nak balik balikla dulu tak payah nak hasut hasut aku suruh balik dulu." Natasha memberi jawapan ringkas. Fazira hanya berdiam diri sahaja. selepas 10 minit Aisya pun selesai membuang air. "Sorry sorry lambat" Aisya memohon maaf . "Dah jom" kata Natasha . Aisya yang sedar akan kehadiran Fazira itu mula pelik . "Hai Fazira" dia menyapa lembut. Fazira hanya tersenyum. "Kenapa Fazira balik dengan kita?" Bisik aisya perlahan di telinga Natasha. "Nanti aku cerita kat kau." Jawab Natasha . Perjalanan pulang ke rumah masing masing agak kekok dengan kehadiran Fazira .
YOU ARE READING
Dia Sahabat Aku ;)
AcakDua orang kawan yang sememangnya rapat semenjak darjah4 iaitu Natasha dan Aisya. Pergi ke mana mana sahaja selalu bersama. Tetapi ada pula yang iri hati dengan mereka berdua iaitu Fazira yang sentiasa menghasut Natasha supaya tidak berkawan dengan A...