Hari ini,
Sang jejaka kecewa lagi,
Kerana ditolak si dara,
Untuk terimanya secara ikhlas dan bukan dipaksa-paksa.Kelmarin,
Sesi suai kenal antara remaja belasan,
Semakin kenali sesama sendiri,
Kegembiraan yang dirasa masing-masing terpancar di wajah dan hati.Tetapi hanya seketika..
Kerana...Si dara,
Bukan seperti rakan seusia,
Mudah terima dan tenggelam dengan kata pujangga dari si dia,
Lalu terima pelawa menjadi orang teristimewa.
Tidak dapat dinafi,
Ada segelumit rasa senang di hati,
Apabila ada orang yang selalu mengingat diri.Dan...
Si jejaka,
Seperti yang lainnya,
Lempar kata sayang dan suka padanya,
Agar diri diterima oleh si dambaan jiwa
Walau dengan apa cara.
YOU ARE READING
Variasi Luahan Hati
PoetryAyat yang tidak mampu keluar melalui perkataan - dihambur liar bebas melalui penulisan.