Rintik hujan turun lagi membasah tanah. Seperti hati ini, yang dihujani rindu. Rindu pada ketenangan dan kenangan yang pernah ada namun jauh dari dasar perasaan. Jauh berbeza dan tidak bertemu titik hujungnya umpama langit dan laut. Namun, bertemu jua di titik tengah perspekstif langit dan laut apabila dipandang fokus dari tepi pantai.
Kini, telah berubah. Semuanya. Berubah seperti masa yang lalu pergi tanpa menoleh ke belakang.
Kau dan aku berada jauh. Jauh mengejar dunia kesenangan masa depan yang lebih baik. Tapi, kau tetap kau yang dulu. Bertanya soalan perihal aku secara infiniti yang boleh naikkan kembali peratus yang telah lama turun negatif. Aku mohon. Hentikan segalanya. Kerana aku juga manusia bernama perempuan -- rapuh hatinya.2:03am // 10.1.2018
YOU ARE READING
Variasi Luahan Hati
PoetryAyat yang tidak mampu keluar melalui perkataan - dihambur liar bebas melalui penulisan.