BAB 8

29 3 0
                                    

Raisyah terkejut setelah mendengar apa yang mummynya cakapkan padanya. Sambil bermundar-mandir.

"Mummy bantulah May, may tak boleh hiduplah kalau macam ni. Hurm. Mummy, macam mana ni? Mana may nak cari duit sebanyak tu." Digenggam erat tangan mummynya yang sedang duduk di atas katil miliknya.

"Mummy dah cari dah seorang anak jutawan untuk kamu. Dia dah tak ada bapa tapi harta semua dia yang uruskan."

"Apa? Mummy siapa dia mummy?" Raisyah teruja.

"Haish, kamu ni may sabarlah. Nama dia Raja Rayyan haqif. Seorang pengarah yang bergelar CEO."

"Dengar nama nampaknya macam handsome je laki tu mummy?"

"Entahlah esok kita kerumahnya eak."

"Inilah yang membuatkan may bertambah sayang kat mummy ni hehe." Dipeluk erat mummynya sambil tersenyum.

_______________________

Keesokkan paginya Raisyah dan Datin Rahimah datang ke rumah Rayyan.

"Assalamualaikum," datin Rahimah memberi salam.

"Waalaikumussalam, eh Datin Rahimah." Sambil membawa sudip di tangan Datin sakinah menjawab salam kawannya.

Mereka bersalaman dan Raisyah turut sama.

Raisyah dan Datin Rahimah melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk dan agak terlalu mewah.

"Kenapa nak datang tak cakap imah oit?"

"Hurm, saja lah nak buat kejutan untuk kawan lama ni."
Senyum-senyum tak seberapa ikhlas.

"Siapa sebelah kau tu?"

"Ouh lupa pula aku dengan anak aku ni. Ni lah anak aku Nik Raisyah Maysarah anak sulung aku yang aku nak jodohkan dengan anak kau tu inah oi."

"Ouh Raisyah. Cantik betul anak kau ni imah sama macam kau. "

Datang seorang bibik membawa sedulang air dan menghidangkannya di atas meja kaca ruang tamu di tempat Datin sakinah dan kawannya berada.

"Bik, tolong panggilkan Rayyan turun. Cakap tetamu istimewa datang."

"Baik lol nyonya besar." Bibik bangun dan berlalu dihadapan mereka.

________________________

Rayyan seronok bermain daun terup dengan Irwan. Bibik mengetuk pintu dan Rayyan menyuruh Bibik itu masuk.

"Ada apa bik?"

"Nyonya manggilin Encik muda."

"Ouh kenapa?"

"Kata nyonya ada tatamu special datang kok. nyonya kok bilang begitu sama bik, Enggak tau deh."

"Tak apalah. Tima kaseh ajalah bik"

Rayyan yang leka bermain telah dikalahkan oleh sepupunya sendiri.

"Kau main tipulah mana boleh macam tu."

"Hahahaha tuan kalah tapi tak mahu terima kenyataan kok." Terkeluar sedikit longhat indonesia hahaha.

Selesai saja bermain Rayyan menarik irwan turun bersamanya ke bawah.

Selangkah demi langkah Rayyan turun bersama irwan.
Raisyah terpandang irwan dan terus jadi kaku. Raisyah tak perasan pun Rayyan kerana pandangannya hanya tertumpu pada Raja irwan Haizal.

Ohhh tak mungkin Rayyan sekacak ni? Betul ke ni? Kacaknya rupa dia.
Raisyah membuat andaian sendiri yang Irwan tu Rayyan.

"Umi, kenapa panggil Rayyan turun?" Selepas mendengar Rayyan bercakap terus hilang tumpuannya pada Irwan dan mengalih pandangannya pada Rayyan sebenar.

"Ni Rayyan kenalkan ni Raisyah yang umi nak satukan tu." Rayyan pun pandang ke arah Raisyah dan matanya terus membutang kerana terkejut.

"Eh awak gadis yang hari tu, tu kan?"
Raisyah bangun dari tempatnya.

"Eh kamu saling kenal ke?" Irwan bersuara.

"Ya! Sebenarnya kami dah jumpa dah."

"Haha baguslah kalau macam tu. Senanglah mummy nanti." Sebenarnya mummynya Raisyah pun terkejut.

"Tak apalah inah aku balik dululah ya. Jam pun dah menunjukkan sudah pukul 11pg. Lagipun aku ada nak pergi ke tempat lain lagi. Nanti kalau jadi kau call lah aku ni."
Datin Rahimah bangun dan bersalaman dengan kawannya.

"Eh dah nak balik dah ke? AWal sangatlah. Okay nanti aku call kau. Tapi thank youlah sebab datang hehehe."

Datin Rahimah dan Raisyah beredar dari banglo mewah milik Rayyan.

Dihadapan pintu.
"Wah tak sangka pulak umi, kamu dah jumpa dengannya hehe. tapi Raisyah tu memang cantiklah umi pun berkenang tapi cuma satu je dia tak berhijab nanti, kalau Rayyan jadi suami dia ajarlah dia berhijab eak. Dahlah umi nak ke dapur nak memasak."
Uminya mengatur lamgkah masuk ke dapur.

"Boleh tahanlah perempuan tadi. You know? Modelkan siapa tak kenal. Cantik gitu."
Irwan bercakap sendirian kerana Rayyan tengah angau.

"Woi!!!" Irwan melambai-lambai di hadapan wajah Rayyan yang asyik pandang kearah pintu pagar besar sejak tadi selEpas Raisyah keluar lagi, dipandangnya.

Alhamdulillah, aku dapat jumpa balik gadis ni. Hehehe tak sangka dialah orang yang umi mahu aku kawin. Thank you umi. Hehehehe

BERSAMBUNG...

maaf kalau boring and ada tersilap taip ke apa. Hehehe hope korang minat. Dan jangan lupa vote n komen eak. Hehehe

Aku tak layak untuk kau.. Where stories live. Discover now