BAB 28

64 2 0
                                    

Haqif dan irwan berada di dalam kereta alpha yang dipandu oleh si acap.

"wan, kita nak kemana ni?"

"Mall." Dengan selamba irwan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

"Mall? Nak pergi buat apa kat sana?"

"Wait and see."

Beberapa minit berada dalam kereta maka sampai sudah ke destinasi yang dituju.

"Jom, khairi kau boleh ikut kami kalau kau nak." Irwan berkata kepada si acap.

"Saya ikutlah bos. Lagipun sayakan bodyguard bos hehehe."

"Suka hatilah." Mereka pun berjalan masuk ke mall.

Irwan masuk ke kedai baju berjenama di mall.

"Ouh, kau nak beli baju rupa- rupanya. Kenapalah kau tak cakap awal-awal kat aku?" Haqif menungkat lengannya diatas bahu acap.

" Tak adalah. Aku datang sini hanya nak temankan kau untuk beli pakaian kat sini."

"Hah? Untuk aku?"

"Yalah, dah pergi try pakaian kat sana."

"Tapi, kan masih banyak pakaian yang kau beli kat aku di korea tu kan?"

"Takkanlah kau nak pakai pakaian lama tu. Tambah-tambah lagi jaket biru tu. Tiap hari kau pakai. Ni Malaysialah. Tak perlulah pakai jaket tu lagi sebab cuaca kat malaysia dan disana tak sama. Tak ada tastelah kau ni."

"Kau ni kan.. habis tu kau jugak yang suka berpindah randah. Sebentar kerja di AMerika dan lepas tu pindah ke Australia dan korea lepas tu balik Malaysia." Salah seorang pekerja di kedai itu tersenyum kerana mendengar Haqif membebel.

"Dahlah tu, kau tu dah terlalu tua nak membebel tahu tak. Pergi sekarang." Irwan menolak Haqif.

Irwan duduk disofa sambil membaca majalah.
5minit kemudian haqif keluar.

"Hah, macam mana?" Irwan memandang pakaian aku. Baju berkolar dengan corak bunga-bungaan yang berwarna pink di padankan dengan seluar jeans yang berwarna coklat, tambah-tambah lagi seluar tu pendek tiga suku.

"Uhuk..." tersedak irwan dibuatnya. Acap yang berdiri di belakang irwan menahan diri dari ketawa.

"Hey kau dah kenapa acap. Jangan ketawakan aku."

"Kau ni. Biar betul Rian. Kita bukannya nak pergi ke hawaii sampai pakai macam ni sekali. Dahlah baju tu bunga warna pink. Tak sesuai langsung tahu tak. Pergi tukar."

"Hish.." haqif menukar pakaiannya.

Sudah 1 jam Haqif try memakai pakaian tapi semuanya tak sesuai dengannya. Dan akhirnya haqif menjumpai baju yang sesuai untuknya. Baju T-shirt yang berkolar dan ada corak yang agak elegant Serta berseluar jeans.

"Macam mana?"

"Yang ni baru betul" irwan terpegun melihat pakaian yang dipakai oleh Haqif Andrian. Pekerja wanita yang bekerja di kedai pakaian itu curi- curi pandang. Malah ada yang ambil gambar Haqif secara sembunyi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku tak layak untuk kau.. Where stories live. Discover now