BAB 10

38 2 0
                                    

Akid datang kerumah rayyan awal pagi lagi. Untuk berjumpa keluarga rayyan buat kali terakhir. Akid arieena dengan baju kurung yang berwarna merah dan rambutnya dilepaskan begitu hingga ke paras bahu cantik betul dengan wajahnya.

"Assalamualaikum, umi!"

"Eh akid, cantiknya".

Akid bersalaman dengan umi Rayyan.

"Kamu nak ke mana ni?"

Akid berbuat-buat senyum walaupun wajahnya macam dah nak menangis.

"Umi, akid nak pulang ke England nenek akid sakit. Akid rindu dia. Mungkin akid akan menetap disana. Jadi rumah sebelah tu nanti ayah akan jadikan rumah sewa." Mengalir air matanya dipegang erat tangan umi Rayyan.

"Tapi akid! Huh okay baiklah. Tapi kamu dah jumpa dengan Rayyan ke?"

"Belum. Tak apalah, umi tolong berikan surat ni pada Rayyan ya. Umi terima kasih kerana mengambil akid sebagai anak angkat umi. Akid sayang umi, akid pergi dululah eak."
Umi hanya mengangguk dengan bergelinan air mata membasahi pipi dan akid mencium pipi gebu umi Rayyan.

"Jangan nangis umi. Nanti kalau ada jodoh kita jumpa lagi, kirim salam pada Ainul syafiqah jugak. Hurm.."
Akid berjalan keluar dari rumah Rayyan Haqif.

Semasa akid hendak keluar dia terlanggar dada Raja irwan Haizal yang hampir menangis.

Akid mendongak ke atas melihat wajah irwan.

"Makcik nak pergi mana? Makcik tak boleh pergi!"

"Eh-eh pakcik menangis ke? Hehehe kelakarlah pakcik ni" Walaupun sedih tapi masih sempat lagi mengusik irwan.

"Kenapa pulak? Makcik ingat makcik sorang je ke yang boleh nangis hah? Makcik teruk. Saya benci makcik!"

Akid tersenyum manis melihat lagak Irwan yang menjadi-jadi.

"Dahlah aku tak ada masa nak bergurau dengan kau. Hehe lain kali kira jumpalah eak iwan. Yang penting jaga diri baik-baik eak. Dahlah daaaa!" Ditepuk bahu kanan irwan dan berlalu di sebelah irwan dengan senyuman manis. Akid berjalan tanpa menoleh kebelakang kerana mukanya sudah tak tahan menahan sebak. Irwan hanya memandang dari belakang dengan menyapu air mata dari terus membasahi pipi.

"Eena jom pergi." Ayahnya datang menjemput dengan kereta mewah untuk ke lapangan terbang air asia.

______________________

Gang! Dibuka pintu dengan kasar untuk masuk ke bilik mesyuarat Rayyan. Habis semua orang memandang irwan dengan muka berangnya.

"Tuan!" Airin cuba menghalang irwan dari masuk tapi tak berdaya.

Rayyan memberi isyarat pada airin untuk keluar. Airin mengangguk dan keluar.

"Okay, sampai sini saja mesyuarat kita pada hari ini. Jadi kita sambung lain kali, terima kasih." Semua bersurai dan keluar dari bilik mesyuarat dengan berlalu di belakang irwan.

Irwan berjalan dan menarik kolar baju Rayyan yang sedang duduk di kerusi.

"Hey, kau ni dah kenapa hah? Lepaskan aku." Rayyan menolak badan irwan, irwan hampir-hampir rebah. Irwan mana boleh lawan badan si Rayyan yang gempal tu.

"Kau boleh tanya aku kenapa ya? Ooooo jadi sekarang kau dah nak kawin dan buat apa perduli lagi tentang perasaan orang ni kan?"

"Kau ni dah kenapa irwan? Kau demam ke?"

"Ha ha ha ya memang aku demam aku tengok kau sekarang dah tak sama macam dulu. Kalau kau sedih kau carilah dia tapi kalau kau gembira kau dah tak cari dia. Kawan jenis apa kau ni hah?"

Rayyan bangum dari tempat duduknya.

"Tolong sabar sikit iwan. Pasal apa kau nak marah macam ni dekat aku? berterus terang boleh tak?"

"Ouh, kau nak aku berterus terang eak okay. Kawan baik kau tu Akid Arieena dah nak balik ke England sekarang menuju ke aport puas hati!"

"Apa?" Terus membutang matanya selepas mendengar apa yang dicakapkan irwan.

Dengan pantas Rayyan berlari meninggalkan irwan.

"Airin cepat sediakan kereta untuk saya. Sekarang!"

"Baik tuan."

Rayyan berada dalam kereta untuk ke tempat akid dengan memandang jam di tangan.

"Tolong laju boleh tak? Biarlah, kalau dapat saman nanti saya yang tanggung." Katanya pada pemandu.

"Baik tuan."

Dilapangan terbang antarabangsa.

"Hurm eena pandang apa tu? Cepatlah eena kita mesti gerak sekarang."

"Ok ayah. Tunggu sekejap lagi boleh tak ayah?"

"Ok." Akid arieena macam menunggu seseorang datang.

Beberapa minit kemudian.

"Eena setengah jam lagi kapal terbang dah nak berlepas. Jomlah!"
Ditarik tangan anaknya.

"Hurm." Akid hanya mengikut saja ayahnya.

"Akid!!!!!"Rayyan memanggil sambil berlari kehulu kehilir mencari akid arieena kawan baiknya.

Tapi tak jumpa jugak. Rayyan duduk di atas bangku di tempat tersebut dan air matanya terus mengalir. Dia menunduk pandangan.

'Akid kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau tinggalkan aku kid? Aku nak kau ada di samping aku nanti aku berkahwin. Akid teruk betul aku ni'

BERSAMBUNG...

Maaf kalu boring. Jangan lupa vote dan komen eak. Love u all.

Aku tak layak untuk kau.. Where stories live. Discover now