Prolog

8.8K 126 18
                                    

So, kalau yang tulis ANNA tu maknanya dari point of view (POV) Anna, kalau yang tulis UMAR tu dari POV Umar.

*********************************************************************************************

ANNA

Hari ini aku lihat suamiku, Umar, mengangkat semua hiasan yang pernah digunakan untuk menghiasi majlis perkahwinan kami. Panji-panji yang memaklumkan tarikh perkahwinan kami yang tersergam di sebelah kiri pintu utama rumah kami diangkat dan diletak di dalam stor. Aku diyakini bahawa hiasan di kiri utama itu adalah simbolik perkahwinan kami yang masih indah dan utuh, dan kini keyakinanku tidak mahu dibawa masuk ke dalam stor bersama perabot usang.

"Abang, kenapa nak alih barang-barang itu? Anna suka kalau semua tu ada di situ."

"Anna, bukan abang nak buang semua barang-barang ni. Abang Cuma mahu alih semua ni ke dalam stor jadi kita boleh letak rak kasut yang lebih besar di sini. Kasut-kasut Anna bukan makin berkurang." Jawab suamiku yang hanya aku balas dengan kesepian.

Setelah dialih semuanya kedalam stor, Umar beralih ke cabinet barangan perhiasan di ruang tamu kami dan mengambil dua daripada tiga bingkai berisi gambar perkahwinan kami dan menuju ke bilik kerjanya.

"Abang nak ke mana dengan gambar-gambar itu?" soalku yang menghentikan langkahnya.

"Oh, abang nak tukar gambar-gambar dalam ni. Jom." Jawab Umar lalu memimpin tanganku ke sofa di ruang tamu kami.

"Kenapa abang nak tukar gambar dalam frame tu?"

"Ni, ada dalam gallery phone abang beberapa gambar yang considerable untuk kita ambil untuk ganti gambar-gambar dalam frame ni. Ala sayang, wedding kita sudah setahun yang lepas. Kita kenalah move on dari semua itu." Jawapan suamiku yang mengoyak hati aku. Aku yakin dia tidak berniat memperlekeh perkahwinan kami dan mungkin padanya tarikh itu hanya satu tarikh tapi bagi diriku itulah majlis yang menjadikan seorang lelaki bukan darah keturunanku bersumpah menjadi pelindung dan pemimpin aku. Aku diam memandang lantai.

"Habis tu kenapa abang tak ambil lagi satu frame gambar wedding kita untuk tukar semua gambar?"

"Sebab, saya nak orang tahu yang sayang ni isteri abang dan wedding tu hari abang berjaya atasi lelaki-lelaki lain untuk ambil sayang jadi pengarang jantung mereka. Haha. Sudahlah, abang mahu print gambar-gambar baru ni." Ketawa suamiku lalu mencium pipiku. Jasad itu kemudian meninggalkan ruang tamu menuju ke ruang kerjanya.

Aku berasa resah. Aku risau akan betapa ringan suamiku melihat gambar-gambar dan barang-barang perkahwinan kami yang menjadi simbolik keberanian kami tampil sebagai pasangan. Adakah dia malu menjadi suamiku? Atau kerana kebiasaan seorang lelaki yang melihat gambar sebagai hanya gambar?

_____________________________________________________________________________

UMAR

Bingung aku menjadi suami. Keliru dan buntu aku memikir analisa untuk mengetahui jalan jelas pemikiran seorang wanita. Anna, isteriku dan juga seorang gadis aku sudah berjanji untuk melindunginya dan menjadikannya manusia normal kembali. Terlalu banyak celaru di fikirannya dan terlalu banyak remukan atma saat dia membuka hatinya melihat aku saat dia bertekad akhiri hayatnya. Kini, dia menjadi isteri aku.

Dingin malam tersebut, aku dan isteriku sedang menonton filem dari koleksi filem dalam cakera keras luaran aku. Malam di hujung minggu sememangnya adalah malam yang malas bagi kami berdua yakni kami akan habiskan masa dengan menonton filem atau televisyen. Bilik yang gelap dan hanya cahaya dari televisyen yang terang menyala berubah-ubah warna. Kepala Anna kekal di atas dadaku dan matanya tertancap pada skrin. Namun aku hilang minat pada filem tersebut dan pandangan aku teralih ke kepala isteriku. Rambutnya yang hitam ikal aku belai.

Di Bilik Putih ( Malay Story )Where stories live. Discover now