Pergh. Susah jugak tulis cerita ni. Anyway. Again. sila komen dan bantu aku improve menulis dengan lebih baik lagi. Thanks guys.
**************************************
ANNA
"Hello. Anna?
"Hello. Khai, Kenapa?"
"Oh my god, Anna. It's been so long. I really miss u," Khai ini lelaki yang pernah ambil pisau dan toreh hati aku. Aku pernah simpan lelaki ini dalam hati aku dan dia pernah mengaku dia sukakan aku. Aku sangkakan kami dilamun cinta, namun sangkaanku meleset apabila aku lihat dia berpegangan tangan dengan sahabat baikku yang aku telah kongsi segala buah fikiran dan masalahku.
"Umm," aku menjawab tawar dan dahiku berkerut kehairanan. Mengapa dia menelefonku walau guruh dan petir tiada berdaftar?
"Anna, actually, u just walked past me. Khai nampak Anna tadi, mula-mula tak cam sebab dah pakai tudung, lama-lama bru perasan, u look familiar, sekarang duduk seorang dalam Starbucks. Boleh Anna tengok belakang sekarang?" kata Khai yang buat aku gelabah. Tolonglah biar ini hanya mimpi kerana aku tidak mahu berjumpa lelaki ini hari ini. Aku tidak kuat untuk berjumpa dia, dan aku khuatir mengapa dia tidak mahu aku terus lesap dari hidup dia. Dia dan aku sepatutnya saling membenci. Aku memejam kemas mataku dan perlahan-lahan membuka mata sambil menoleh ke belakang. Aku nampak tubuh itu dengan wajah tersenyum berada 10 meter di belakangku dan semakin hampir.
"Anna! You look so good. Buat apa kat sini?"
"I beli barang dapur, sambil-sambil tengok ada sale buah lemon hari ni."
"Lemon and honey. Your favourite. I ingat lagi. So... how's life? Great? It's been like 5 years!" tanya Khai yang tidak berhenti senyum. Dia duduk di kerusi di hadapanku tanpa izin. Kau menjadi penyebab kuat aku mahu tamatkan hidup aku, kau buat aku benci manusia, dan kau tanpa malu buat aku rasa macam sampah, kau berani tanya aku soalan begitu? Life has been awesome, Khairul Affendi.
"Fine. It's good." Aku menjawab ringkas. Suasana kemudian menjadi senyap. Khai seolah meninjau kiri dan kanan sebelum memandang tepat ke mataku lama. Aku tidak mahu lemah. Aku terus memandang ke matanya tanpa sebarang senyuman sejak dari pertama pertemuan kami tadi. Dia kemudian menarik dan menghembus nafasnya dan memandang ke lantai.
"Anna, there is something I need to tell you." Hah, itu dia. Aku sudah pecahkan ruyung, aku mahu lihat sagunya. Aku mahu tahu kenapa dia sangat indah terhadapku dari saat awal tadi. Dia kemudian menyambung ayatnya.
"I nak minta maaf sangat atas apa yang I dah buat kat you dulu. I memang bodoh. I pilih kaca dari permata. You lah permata I." Jika kau mahu aku kembali, kamu harus keluarkan ayat yang lagi indah dari itu. Suamiku sudah jauh lagi maju dalam bidang ayat begini.
"I menyesal atas apa yang I dah buat pada you. I tahu you benci I sekarang. Tasha yang I sangka betul-betul sayangkan I pun sanggup tinggalkan I dan pergi dengan lelaki lain. It is all coming back to me now. I tahu I deserve hukuman ni," aku terfikir sejenak saat terdengar nama tersebut, Tasha. Nur Natasha Ariana. Nama yang pernah menikam belakang aku dengan pisau yang paling besar dan paling tajam dia boleh cari.
"I tahu you benci I sekarang. Tapi boleh tak you maafkan I? I tak minta kita kembali bersama but can you at least forgive me? Jangan benci Khai boleh tak? Benda ni 5 tahun dulu," seakan-akan masa mewajibkan aku memaafkannya, sambung Khai dengan badannya semakin kehadapan seolah-olah mahu muka semakin menghampiriku. Khai kemudian ternampak cincin di jariku.
"Owh, you dah kahwii..." belum sempat Khai menamatkan ayatnya, aku lihat jasad suamiku berdiri memandangku. Dia menghampiri meja kami. Aku melihat mukanya tersenyum memandang kami. Aku berasa lega kerana aku sudah ada sokongan tapi aku juga cemas kerana aku tidak sepatutnya bertemu dengan Khai. Umar pernah melarangku untuk bertemu Khai namun wajahnya yang tersenyum menyukarkan aku membaca perasaannya.
YOU ARE READING
Di Bilik Putih ( Malay Story )
RomanceKisah akan seorang suami, seorang isteri, tiga kamera, sebuah mikrofon, dalam sebuah bilik yang terasing. Mereka masing-masing akan menjawab dengan jujur 5 soalan yang akan ditanya. 5 soalan yang akan mengubah pola perkahwinan mereka. **Guys, aku tu...