Part 3 - What do you think?

2.7K 76 12
                                    

So macam ni, 'Di bilik putih' bermakna perbualan sedang berlaku di dalam bilik putih. 'Imbas kembali' bermakna mereka sedang imbas kembali kenangan lama. kemudian at the end of the chapter, perbualan akan kembali ke 'di bilik putih' semula. Sort of like perbualan sambil flash back.

Teruskan membaca. Thanks.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Di bilik putih

ANNA

"Okay, soalan pertama, Abang sayang Anna tak?" aku hanya tersenyum memandang suamiku sejurus selepas aku ajukan soalan itu.

Dia tersenyum dan diam memandang aku. Matanya dijeling sebelum menunduk pandangannya ke tanah. Hanya beberapa saat kemudian dia mengangkat kepalanya untuk memberikan jawapan.

"Abang bersyukur pada Allah kerana Allah bagi anugerah pada abang. Fasa awal pertemuan kita, abang ingat Anna adalah ujian untuk abang. Siapa sangka ujian abang juga yang menjadi ganjaran. So, to answer your question, yes, I do love you, like how a kid loves chicken nuggets and there is nothing I want more than seeing the sun ray and a smile on your face every morning." Jawapan yang tepat yang aku mahukan dari suamiku.

"Jackpot," aku bisik kepada suami dari jauh dan membuat isyarat pistol menembak ke arahnya. Dia mengangkat keningnya.

"Wait a minute. Betul ke ini soalan yang awak nak tanya saya?" tanya suamiku dengan wajah penuh kehairan dan ketawa kecil. Soalannya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Ketawa kami memecah atmosfera serius bilik serba putih itu.

"Ok, bukan, Anna serius, ini soalan yang sebenar yang Anna nak tanya. No more kidding." Aku dan dia menarik nafas panjang sebelum aku kemukakan soalan yang sebenarku kepadanya.

"Apa pendapat abang tentang pasangan kawan baik Anna, Amran dan Farhana?" tanyaku dengan senyuman yang lebar di bibirku. Umar memandangku dengan mata yang luas kemudian kami sekali lagi ketawa keras memecah kesunyian. Suamiku menutup mukanya ketawa dengan nada rendah. Beberapa nafas kemudian, dia menghembus dengan panjang dan mulakan jawapannya.

"Nampak obvious kah bang tak suka mereka?"

"Tak obvious lah abang. Cuma Anna ini isteri abang, jadi Anna tahu bila abang bahagia dan bila abang tak bahagia. Anna tahu abang tak excited bila mereka datang, tak seperti bila pasangan kawan-kawan kita yang lain datang."

"Okay, I admit, I am not their biggest fan. Bagi abang mereka memang gila-gila dan fun, dan bila kita main Monopoly atau Nintendo Wii memang mereka akan buat rumah kita jadi meriah. They are good." Umar menjawab kemudian senyum diam memandangku.

"Tapi?"

"Tapi... Haha, abang tak tahu lah... I guess it is just me... I feel... They make me feel like we are not a great couple, macam kita bukan the happiest couple there is."




__________________________

Imbas kembali

ANNA

Hari ini seperti bermulanya hari yang biasa suamiku ke kerja. Aku membuka mata saat jam enam pagi untuk membantu persiapan suamiku ke kerja. Hari aku bermula dengan aku berwudhuk seusai dia mandi dan kami subuh berjemaah. Setelah selesai solat, aku ke dapur untuk sediakan sedikit alas perut untuk suamiku kerana kerap kali dia akan makan di kantin sekolah bersama guru-guru lain.

Namun begitu, pada hari itu adik perempuan Umar memintaku menolongnya menyiapkan tempahan biskut untuk majlis perkahwinan hujung minggu tersebut dan aku perlu ke rumah mertuaku yang kira-kira 20 minit dari rumah kami. Aku perlu memandu kereta kami ke sana dan Umar perlu menunggang motorsikal ke sekolah. Umar senang dengan keputusan ini kerana alah bisa tegal biasa, rutin biasa bila aku ada tugasan di luar, Umar akan menunggang sahaja.

Di Bilik Putih ( Malay Story )Where stories live. Discover now