Part 5 - I want to kill myself

1.5K 52 27
                                    

+++Before everything, thanks for reading guys. It takes time for me to translate my thoughts into words. Thanks agains. Do read, comment and kutuk semua to improve my writing. Thanks again. Enjoy.+++++



Di bilik putih

ANNA

"Okay, soalan kedua Anna," kataku sambil mengambil kertas kedua di hadapan aku. Lama aku termenung melihat soalan itu. Soalan yang sememangnya aku butuhkan jawapannya. Kemudian aku mula membaca soalan itu kepadanya. "What do you think about the first time we met?"

"You mean the time you were standing on the edge of a building trying to kill yourself?" Umar bertanya kepadaku kembali.

"Yes."

______________________________________________________________________________




Imbas kembali

UMAR

Dingin malam itu. Aku mengikuti sahabatku ke hotel untuk menghadiri makan malam bersama rakan-rakan bisnesnya. Mereka berniaga cara multi-level dan setahun sekali kumpulan mereka akan bertemu untuk makan malam di hotel dilakukan pada skala besar. Aku cuma ikut dia untuk memenuhi jemputan sahabat dan akhirnya bertukar menjadi jemputan untuk mengikutinya dalam pengembaraan menuju 'puncak kejayaan'. Aku tidak berminat. Makan malam tersebut meriah dengan pelbagai acara dan sesi mereka menceritakan kisah-kisah inspirasi untuk menaikkan semangat peserta. Aneh, kerana semua orang menjerit dan melolong bersemangat namun aku terasa atmosfera itu hambar dan membosankan. Lenguh terasa ototku mengukir senyuman di bibir. Agaknya aku kecewa diperdaya sahabat yang hanya memandang aku sebagai objek untuk diperah duit. Pekerjaan sebagai seorang guru bahasa inggeris membolehkan kata-kata meluncur laju dari bibirku, namun aku tidak setuju menggunakan kepetahanku untuk wang.

Aku secara sembunyi meloloskan diri dari kegamatan majlis itu dan berjaya menghilangkan diri tanpa dikesan oleh sahabatku. Aku hantar pesanan SMS ringkas mengatakan aku sudah pulang, tak perlu risau pengangkutanku walaupun kenyataannya aku masih dalam bangunan yang sama. Aku naik tangga kecemasan dan menuju ke tingkat teratas dengan harapan ingin menikmati panorama malam yang dicorak lampu kekuningan. Butang kemejaku sudah separuh terbuka menampakkan baju kelabu sebelah dalam kerana mendaki tangga itu memanaskan badanku. Aku sampai di tingkat teratas dan hembusan nafas panjang diberi. Pintu sudah terbuka dan aku lihat keadaan sekitar yang bagi aku menenangkan.

Hotel tersebut terletak di tengah bandar dan bunyi kenderaan meluncur di atas jalan raya dan sekali-sekala diselit bunyi deretan enjin motor berkuasa besar menghiasi lukisan malam itu. Ramai orang tidak faham mengapa aku suka bersendirian, adakah aku tidak sunyi? Aku tidak sunyi tanpa suara manusia. Enjin kereta, kren tapak pembinaan, angin memukul cuping telingaku, dan sekali-sekali hon kereta menjadikan dunia aku tidak berhenti bersuara.

Aku berdiri di sisi bangunan dengan lenganku bertongkat di penghadang yang menghalang mana-mana manusia jatuh tanpa sengaja dari puncak bangunan itu. Aku termenung memandang bandar. Tiba-tiba aku terdengar suara tangisan wanita. Mataku masih terpacak ke hadapan namun mula terbeliak kerana aku sangat terkejut. Bagaimana bisa ada suara wanita di atas bangunan tinggi ini pada waktu yang sebegini? Aku palingkan wajahku perlahan-lahan dan kelihatan seorang wanita berpakaian baju kurung putih biru bunganya, bertudung tiada dan berkaki ayam sedang duduk di atas penghadang dan kakinya terjuntai di udara. Hanya sedikit daya dia boleh terjatuh. Aku mengamatinya dengan penuh teliti dan ternyata itu ada lah seorang manusia wanita. Aku memberanikan diri menegurnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Di Bilik Putih ( Malay Story )Where stories live. Discover now