9) Halloween Clown

7.3K 521 65
                                    

Cerita lagenda:Tahun 2002

Rambut disisirkan tepi menampakkan susunan rambut yang rapi,kelihatan maskulin dengan pandangan sekilas.Wajahnya dikenakan mekap yang tebal sempena tema Hallowen yang bakal dimulakan sebentar lagi.Tiada siapa dapat mengenali identitinya dengan penampilan seperti itu.

Tiada siapa dapat mengenali identitinya dengan penampilan seperti itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Party'll begins"

Tidak lupa untuk melekapkan contact lens berwarna kelabu pada anak matanya.

Pakaian dirapikan sebelum ia berlalu pergi dari bilik,meninggalkan perkarangan rumah agamnya.
***
Malam masih belum melabuhkan tirai,waktu malam masih panjang sebelum matahari menjelma menandakan hari sudah siang.

Kereta diparkir di suatu tempat berkedudukan jauh dari destinasi yang ingin dituju.

Seatbelt yang menjadi penghalang untuk dirinya bergerak segera dilepaskan.

Pandangannya beralih ke tempat duduk penumpang.Mencerlung tajam ke arah sahabatnya yang sedang leka dengan telefon bimbitnya.

"Dah sampai.Cepat turun." Kata-katanya berjaya menyentakkan sahabatnya.Serta merta pandangan sahabatnya terarah kepadanya.

"Ouh,maaf aku tak perasaan." Hanya ayat itu sahaja yang meniti di bibirnya sebelum dia menarik sebuah senyuman manis.

"Kejutkan diorang."matanya tertumpu ke arah pantulan cermin belakang di hadapannya.

"Hari dah lewat malam.Aku nak balik awal.Penat party di rumah Wilson tadi."sambungnya lagi sebelum membuka pintu kereta.

"Elle!!Kau nak pergi mana?" kata-kata sahabatnya mematikan niatnya untuk keluar dari perut kereta.

"Aku tak pergi mana pun.Aku cuma tunggu di luar kereta." sambung Elle lalu keluar dari perut kereta tanpa sempat sahabatnya mengutarakan soalan.

Pintu kereta ditutup.Dapat dilihat Elle sedang bersandar pada pintu kereta melalui pantulan cermin kereta dari kesamaran cahaya lampu jalan yang memantul tepat ke arah keretanya.

"Amanda..bangun.." suara sahabatnya kedengaran sayup-sayup di telinga Amanda.

"Ermm.." bagaikan tersedar mimpi yang indah,Amanda bingkas bangun sambil menggosok kedua kelopak matanya yang terasa berat.

"Cristine..Kenapa kau kejut aku?Kita dah sampai?" lirih sahaja nada suaranya.Tidak pasti sama ada soalan yang dilemparkan kepada Cristine agak tidak masuk akal memandangkan otaknya masih belum mencerna keadaan persekitarannya.

"Ya,kita dah lama sampai gereja.Aku dah lama tunggu kau dan Bella bangun." Sesekali mata Cristine melirik ke arah Bella yang masih lena dibuai mimpi.Mungkin kepenatan setelah meluangkan masa yang agak panjang di majlis dari lewat petang sehingga lewat malam di rumah Wilson,sepupu Elle.

****
Elle,Cristine,Bella dan Amanda berjalan menyusuri lorong gelap menuju ke gereja yang terletak beberapa puluh meter ke hadapan.

Senyap dan sunyi.

Creepypasta|MalayWhere stories live. Discover now