10) That Sounds

6.5K 477 27
                                    

Dua orang gadis yang menjadi teman sebilik tinggal di bilik asrama mereka selama Universiti mereka mengadakan percutian Natal.Jumlah pelajar yang menetap di asrama institusi Universiti itu semakin berkurangan apabila sebahagian besar daripada mereka pulang ke rumah masing-masing.Pada saat ini,hanya mereka berdua sahaja yang masih tinggal di asrama itu atas faktor kesibukan belajar menjelang peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama selepas percutian Natal.

Mereka mengadakan aktiviti belajar secara berkumpulan.Masa yang berharga tidak dibuang begitu sahaja,mereka memanfaatkan masa yang ada untuk belajar.Berjam-jam lamanya masa yang dihabiskan untuk melayari internet,mencari bahan rujukan.

Tidak terasa waktu siang sudah melabuhkan tirai hingga keheningan malam menggantikan waktu siang,menemani mereka.

Salah seorang daripada gadis itu menutup buku.Tubuhnya direbahkan di atas katil.Lengannya dijadikan sebagai bantal untuk menampung kepalanya.Matanya ditutup rapat,untuk seketika dia terlena.

"Emma,Wake up." Tubuh Emma digerakkan sedikit.Dia tahu Emma masih belum terlelap,ia sekadar menutup matanya sahaja.

"Urmm,Aira.5 minutes more..I didn't get enough sleep." ujar Emma.Matanya masih tertutup rapat.Biarpun tubuhnya digerakkan tanpa henti, hanya berlagak biasa,tidak mengendahkan kelakuan sahabatnya yang masih tidak jemu untuk membangunkannya.

Aira mencebik mulutnya.

"Emma,bangunlah.I'm starving." lirih sahaja suara Aira.Berharap agar Emma menemaninya makan bersama.Dia takut untuk keluar dari dorm mereka memandangkan keadaan di asrama itu sunyi sepi tanpa keriuhan para gadis.Hanya kedengaran perutnya sahaja yang berbunyi minta diisi.Aira mengeluh berat.Hembusan nafasnya kasar.Sudahlah makanannya sudah habis dikerjakan oleh Emma.Manakala Emma?Hanya mampu terbaring lena di atas katil.

Tangannya diangkat tinggi lalu dihayunkan tepat mengenai dahi Emma.

"Ouch!Its hurt,okay!" Terbuntang matanya saat sesuatu hinggap di dahinya.Emma bingkas bangun dari pembaringannya lalu menyandarkan tubuhnya pada birai katil.Tangan Emma dibawa ke dahi.Matanya mencerlung tajam ke arah Aira seakan mahu membahamnya.

Aira memandang hairan ke arahnya.Dahinya berkerut.Keningnya dijongketkan sedikit.Dia memandang Emma dengan pandangan penuh bermakna.

"Fine!Kau lapar?Biar aku belikan kau makanan." seakan dapat membaca fikiran Aira.Akhirnya dia mengalah.Kasihan melihat sahabatnya yang kelaparan.

Emma turun dari katil lalu melangkah ke arah pintu biliknya,bersiap sedia untuk meninggalkan Aira keseorangan di bilik.

Belum sempat tombol pintu dibuka,langkahnya terhenti saat mendengar panggilan dari Aira.

"Emma." laung Aira,mematikan langkah Emma.

"Huh?Ada apa?" soal Emma.

"Dekat luar tu gelap dan sunyi.Nak aku teman? " ujar Aira yang sudah duduk bersila di atas katil.

"Tak payah.Aku pergi beli makanan sekejap.Dalam beberapa minit lagi,aku akan balik." ujar Emma seraya melangkah keluar dari bilik.

Tangannya laju mencapai kunci.Kedengaran pintu ditutup dan dikunci dari luar.

Emma berjalan menyelusuri lorong gelap yang memisahkan cahaya terang bilik mereka.

Aira mengeluh perlahan.

"Degil." Gumamnya.

Komputer ribanya ditutup lalu dibawa ke dada sambil memeluknya untuk disimpan ke tempat sepatutnya.

Aira duduk di birai katil sambil termanggu sendirian.Matanya redup seakan mahu tertidur.Perlahan-lahan tubuhnya rebah dan akhirnya dia terlena diatas katil.

Saat Aira terlena,suara jeritan halilintar seseorang membuatkannya terjaga dari tidur.Dadanya berombak kencang.Nafasnya menjadi tidak teratur.Tidak semena-mena,perasaan takut menyelubunginya.Entah kenapa hatinya menjadi tidak keruan.

Suara jeritan itu bergema di seluruh koridor.Terasa suara jeritan itu dekat dengannya.Rasanya suara itu datang dari luar biliknya.

Jeritan nyaring itu semakin kendur dan akhirnya hilang.Namun,suara jeritan itu berganti dengan bunyi sesuatu yang diseret.Terasa ngilu saat bunyi itu menyapa pendengarannya.Tubuh Aira mula menggigil.Dia takut tanpa sahabatnya disisi.Hanya satu perkara yang mampu dia lakukan iaitu berbaring dalam selimut yang tebal.

Bunyi itu semakin hampir di pintu biliknya.Semakin lama,bunyi itu semakin nyaring,kuat bunyinya.

Mendengarkan bunyi itu semakin menghampiri kawasan luar pintu biliknya,Aira menutup kedua belah telinganya sambil berharap bunyi itu akan berhenti.Matanya dipejam rapat,serapat yang boleh.

Saat Aira dibelenggu ketakutan,bunyi itu berhenti tepat di hadapan pintu biliknya.

Ada..

Sesuatu mulai menggores pintu biliknya.Nampak seperti sesuatu yang tajam digunakan untuk menggores pintu biliknya.

Tanpa membuang masa,Aira memanfaatkan masa yang ada dengan menyembunyikan diri di dalam almari baju.

Jauh di sudut hatinya,dia hanya memikirkan soal mati.Disebabkannya keseorangan dalam bilik,mungkin dia boleh terbunuh tanpa mengetahui makhluk apakah yang berada di luar pintu biliknya.

Aira tidak senang duduk sejak dari tadi.Pintu almari sudah pun tertutup rapat,menyukarkannya untuk bernafas.Bunyi itu tidak berhenti biarpun malam sudah mahu melabuhkan tirai.Tanpa Aira sedar,dia sudah terlena.

Keesokan pagi,Aira melangkah keluar dari almari setelah dia memastikan bahawa bunyi aneh itu sudah tiada.

Perlahan-lahan tangannya mencapai tombol pintu.Perbuatannya terhenti seketika.Dia berfikir sejenak.

Adakah makhluk itu sudah pergi?

Perasaan takut masih belum surut lagi.Dia masih lagi trauma akan kejadian semalam.Tangannya ditarik kembali.Dia mengalihkan pandangannya ke arah jendela.Matanya melirik ke arah seorang pekerja pembersihan yang sedang menjalankan tugasan membersih.

Aira melaung nama lelaki itu dari tingkat atas lalu menyuruhnya untuk memeriksa jika ada individu yang mencurigakan berada di luar pintu biliknya.

Aira mendengar derapan tapak kaki lelaki itu yang melangkah masuk melalui asrama perguruan dan menaiki anak tangga menuju ke lorong yang menempatkan biliknya.Saat derapan tapak kaki lelaki itu mulai menghampiri pintu biliknya,langkahnya terhenti.

"Encik!Adakah semuanya okay?Ada sesiapa di luar pintu bilik saya selain Encik ke?" soal Aira dari dalam pintu biliknya.

Untuk seketika,suasana menjadi hening.Lelaki itu terdiam sejenak.

"Ya,semuanya okay."

"Saya akan panggilkan polis." Lelaki itu bersuara ketakutan.Turut kedengaran keluhan berat yang dilepaskan oleh lelaki itu.

Aira mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena mendengarkan jawapan dari lelaki itu.

"Ada sesuatu yang tak kena ke?Kalau tak ada,saya keluar" Aira mula bimbang.Hatinya merundum kegelisahan.

"Tak!!" Jerit lelaki itu dalam keaadaan panik.Suara lelaki itu jelas sekali bahawa dia berada dalam ketakutan.

"Duduk diam dalam bilik!Jangan keluar dari bilik!"

Bahu Aira tersentak.Terkejut mendengar jawapan yang diberikan.

Namun sudah terlambat apabila tombol pintu sudah dipulas dari dalam bilik.

Pintu dibuka.

Dapat dilihat wajah lelaki itu berubah pucat,matanya terbuntang luas seakan baru sahaja memandang sesuatu yang mengerikan.

Aira melarikan pandangan tepat ke arah pemandangan yang dilihat lelaki.Anak matanya mengikut pandangan lelaki itu.

Apa yang dilihat adalah..

Mayat sahabatnya,Emma yang sudah terbaring kaku diatas lantai bermandikan darah.Sebilah kapak tertanam di kepalanya,menampakkan sebahagian besar retakan di tempurung kepalanya.Hujung jarinya berdarah manakala kukunya tercabut kerana mencakar pintu biliknya untuk meminta bantuan.

Creepypasta|MalayWhere stories live. Discover now