1

2.8K 53 6
                                    

Pada satu hari pencerahan datang, tiba-tiba dan entah dari mana, yang aku benci bekerja.

Masa itu mesyuarat. Pukul 8 malam. Waktu begini aku sepatutnya di rumah, makan malam sama famili. Sebaliknya aku berjemaah di bilik mesyuarat, yang sejuk nak mampus, berbincang tentang masalah pengurusan syarikat yang tidak pernah habis. Celaka mana yang panggil mesyuarat petang-petang?

Jadi aku buat keputusan, cukup-cukuplah.

Aku bangkit dan kemas barang-barang. Semua orang terpinga-pinga. Aku buat tak tahu. Selesai kemas, aku berjalan ke pintu.

Bos tanya, kau pergi mana?

Aku jawab, balik.

Tapi kita tak habis lagi.

Aku persetankan dia, jalan terus ke pintu. Sebelum keluar, aku hadiahkan jari tengah pada jemaah. Simbol 'apa celup' kepada mereka. Kepada sistem.

Perjalanan dari pejabat ke parkir, walaupun singkat, memberikan satu sensasi kepada aku. Sensasi kebebasan. Buat pertama kali dalam tempoh yang panjang, aku berasa bebas.

Aku mainkan lagu Free Fallin' nyanyian Tom Petty di Spotify, dari OST filem Jerry Maguire, sambil meniru aksi Jerry Maguire ketika mendendangkan lagu yang sama dalam kereta.

Buat pertama kali, aku tidak mencarut dalam kesesakan lalu lintas.

Mulai esok, tiada lagi 9 ke 5. Mulai esok, aku lelaki bebas.

Malam itu aku raikan kebebasan dengan memasak untuk diri sendiri. Aku goreng ikan masin, rebus telur masin, masak ayam masak merah dan tomyam campur.

Isteri aku Mona terkejut tengok aku melantak. Entah-entah dia fikir aku dah kena rasuk Hantu Raya.

Malam itu licin lauk-pauk aku kerjakan. Malam itu, aku tidur dengan perut kenyang dan senyuman lebar.

LemakWhere stories live. Discover now