Bab 1(kemunculan pertama)

9.5K 359 7
                                    

Ting! Dong! Tepat jam 7 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ting! Dong! Tepat jam 7 pagi. Lonceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu belajar akan bermula tidak lama lagi. Murid-murid yang tadinya berada di perhimpunan berpusu2 masuk ke dalam kelas. Kalau pelajar kan? Mana mungkin mulutnya tidak bising? Dalam ramai-ramai pelajar yang sedang berlari masuk ke dalam kelas. Kelihatan seorang pelajar perenpuan berambut ikal mayang berjalan di koridor sekolah dalam keadaan senyap dan sendiri. Suasana yang bising dan riuh tadiny serta merta bertukar sunyi sepi. Pelajar yang lain hanya memandang sahaja pelajar perempuan itu yang bernama Hani. Tanpa mempedulikan renungan pelajar lain. Hani berjalan dengan tenang menuju ke kelasnya.
"Pelik betullah dia itu. Tiga tahun dia belajar disini. Langsung tak bertegur sapa dengan sesiapa." Kata seorang pelajar perempuan.
"Suara dia pun kita tak pernah dengar." Balas rakannya.
Walaupun Hani dengar apa yang mereka berdua katakan, tetapi dia malas mahu melayan. Ini bukanlah kali pertama soalan sebegitu ditanya tentannya.
Hani membuka pintu kelas. Suasana kelas yang tadinya sama bising semasa di koridor tadi kini senyap sunyi apabila Hani masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat duduk belakang. Hanya seorang diri sahaja. Walaupun sidah tiga tahun, pelajar kelas 5 Delima masih tidak mampu membiasakan diri dengan Hani. Gadis Misteri itu. Pandangan mereka semua berakhir apabila guru masuk ke dalam kelas untuk memulakan pembelajaran.
Setelah memberi salam, semua murid pun duduk. Mereka semua mengeluarkan buku masing. Begitu juga dengan Hani. Semasa guru sedang mengajar, suasana pagi yang tadinya cerah kini mula mendung. Akhirnya hujan rintik-rintik mulai turun. Hani melihat keluar tingkap. Dia memejamkan mata mendengar bunyi air hujan yang jatuh ke tanah. Hujan.. membuatkan dia teringat tentang kisah lalu..
"Hani..kenapa awak tak tutup tingkap? Tolong tutup. Nanti hujan terkena awak pula." Tegur cikgu Jihyo.
Hani membuka matanya semula setelah mendengar teguran cikgu Jihyo. Dia mengusap wajahnya yang terkena tempias air hujan. Tanpa membalas kata-kata cikgu Jihyo, Hani bangun dan menutup tingkap. Para pelajar yang berada di dalam kelas berbisik sesama mereka. Hani diam. Cikgu Jihyo menggelengkan kepala melihat tingkah laku Hani. Sudah masak betuk dia dengan sikap Hani. Selepas menutup tingkap, Hani duduk semula di kerusinya. Matanya masih memandang ke luar tingkap.
"Aku tak perlukan orang tahu siapa aku. Cukup sekadar aku sahaja yang tahu siapa diri aku." kata-kata itu terucap di hati Hani.
Waktu rehat sudah tiba. Seperti biasa, Hani tidak akan keluar untuk makan atau berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah. Bagi dia, buat apa dia mahu membazirkan segala tenaganya mahu kehulur kehilir tanpa haluan. Kalau dia keluar pun, hanya jelingan dan pandangan sinis murid2 berikan kepadanya.
Malas mahu berfikir panjang, Hani hanya mahu menikmati pemandangan suasana pagi yang sejuk disebabkan hujan. Mungkin... orang lain akan rasa seakan hujan itu rahmat dan indah.. tetapi bagi Hani.. semua malapetaka dalam hidupnya berlaku semasa hujan.
"Maafkan saya.." tegur seseorang.
Hani berpaling ke pintu kelas. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di pintu masuk. Hani hanya mendiamkan diri.
Pelajar lelaki itu pula serba salah mahu bertanya setelah Hani buat muka poyo sahaja.
"Maaf kalau saya menganggu. Saya cuma nak tanya dimana pejabat?" Soal pelajar lelaki itu.
Digelar Gadis MISTERI..Hani hanya membiarkan sahaja lelaki itu seakan lelaki itu tidak wujud. Pelajar lelaki itu berasa kecewa. Dia berjalan keluar daripada kelas.
"Peliknya..sombong betul di itu!" Ujar pelajar lelaki tersebut.

Gadis MISTERIWhere stories live. Discover now