bab 19(kebenaran menyakitkan)

3.4K 170 1
                                    

Nafas Adam turun naik. Dia berlari masuk kedalam rumah. Kelihatan semua orang berkumpul di ruang tamu. Adam lihat maknya sdg menangis sambil ditenangkan oleh maidnya.
"Apa yang dah berlaku ni?" Soal Adam. Mata Adam memandang Namjoon. Pekerja merangkap setiausaha dan org setia ayahnya.
"bukan ke awak dibayar untuk jaga ayah saya!?"tengking Adam.
Puan yuri terkejut melihat sikap Adam. Adam tidak pernah bersikap begini sebelum ini.
"Adam! Apa cakap mcm tu?! Namjoon dah berusaha selamatkan ayah kamu tapi.." puan yuri tidak dapat meneruskan kata2.
Adam mengeluh. "Maaf..mcm mana benda ni boleh berlaku?" Soal Adam.
Namjoon bersuara. "Tadi. Saya dan tuan wonbin nak kejar encik Adam. Tapi masa dalam perjalanan nak kerumah Hani. Kereta kami dikepung oleh beberapa buah kenderaan yang lain. Dan mereka bawa lari encik wonbin. Maafkan saya. Saya tak mampu halang mereka."
Adam mengeluh. Dia duduk disofa. Adam mendiamkan diri agak lama. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menolong ayahnya.
"Dah call polis?" Soal Adam.
Namjoon mengangguk. Adam masih berfikir. Siapa pula yang menculik ayahnya? Setahu Adam, ayahnya tidak mempunyai musuh.
Tetapi, tiba2, ada teringatkan sesuatu. Hani! Cuma Hani seorang sahaja yang dia tahu mempunyai kisah buruk dengan ayahnya.
Adam serta-merta bangun. Puan yuri dan yang lain terkejut melihat tingkah laku Adam.
"Adam? Kenapa ni?" Soal Puan Yuri.
"Maaf mak.. Adam nak keluar sekejap. Namjoon. Ikut saya!" Arah Adam.
"Baik tuan" namjoon mengikut sahaja Adam berlalu keluar dari rumah.
Puan Yuri mengeluh. "Dalam keadaan mcm ni dia masih nak keluar rumah."
"Janganlah salah faham puan. Rasanya Adam cuba selesai masalah ni secepat mungkin." Nasihat maidnya.
Puan yuri mengangguk. "Iyelah. Betul jugak cakap awak tu. Adam lah satu-satunya harapan saya."
Maidnya tersenyum. "Puan boleh percayakan dia"
Puan yuri tersenyum mendengar kata2 semangat daripada pekerjanya.
*****
Namjoon memandang tuan mudanya yang duduk di tempat duduk belakang. "Tuan..kita nak kemana ni?" Soalnya.
"Kita kerumah Hani." Ujar Adam.
Namjoon hanya menurut perintah walaupun hatinya pelik kenapa nak pergi rumah Hani lagi.
****
Kwangsoo menghampiri pakcik seokjin yg sdg berdiri diluar bangunan syarikat komunikasi.
"Mcm mana kwangsoo? Dapat tak?" Soal pakcik seokjin.
Kwangsoo menggeleng kepala. "Maaf pakcik. Saya dah minta bantuan mereka. Tapi katanya, nombor telefon yang cik Hani pakai tak dapat dikesan. Mungkin sebab dia matikan hp."
Pakcik seokjin mengeluh berat. "Kalau mcm ni.. susahlah kita nak cari dia. Saya tk boleh nak fikir kemana dia akan pergi dalam situasi mcm ni."
Kwangsoo mengangguk. "Tapi pakcik. Betul ke Cik Hani yang culik wonbin?"
Pakcik seokjin mengangguk. "Ye. Saya sangat pasti. Dia ada tulis dalam buku dairinya.
Kwangsoo berfikir sejenak. "Pakcik! Apa kata kita baca buku dalam tu. Mungkin ada apa2 petanda tentang tempat mana yang dia akan pergi?"
Pakcik seokjin.seakan.setuju dengan kwangsoo. Ada betulnya jugak kata kwangsoo itu.
"Betul tu. Kita kerumah Hani semula." Ujar pakcik seokjin.
****
Namjoom, Adam, pakcik seokjin dan kwangsoo bertembung dihdapan rumah Hani. Mereka tidak menyangka akan berjumpa.
"Pakcik.." Adam menegur pakcik seokjin.
"Maaf Adam. Pakcik kena cari Hani sekarang ni." Ujarnya.
Adam mengangguk. "Saya pun. Pakcik.. semua ni.. Hani yang buat kan?"
Pakcik seokjin mengeluh. "Maaf. Bukan waktu yg sesuai untuk pakcik beritahu." Dengan tergesa-gesa pakcik seokjin masuk untuk ambil buku dairi Hani.
"Saya nak tolong pakcik.." ujar Adam. Pakcik seokjin memandang Adam lalu bibirnya mengukir senyuman lalu dia mengangguk.
Pakcik seokjin membaca isi didalam buku tersebut. "Sekejap..tempat mama dan papa Hani dibunuh.. di sebuah stor? Stor mana?"
Kwangsoo menjawab. "Saya rasa kan pakcik. Mungkin kat situ dia sekarang."
Adam membalas. "Tapi kat mana stor tu? Dia tak beritahu secara detail."
Namjoon yang dari tadi senyap kini bersuara. "Saya rasa saya tahu kat mana".
"Awak tahu?" Soal Adam. Namjoon hanya mengangguk.
Mereka semua berbalas pandangan.
*****
Terbatuk-batuk wonbin dibuatnya apabila seseorang menjirus air kemukanya dengan kasar. Perlahan-lahan wonbin membuka matanya. Kepalanya terasa pening.
"Tengoklah orang tua ni.. dah bangun pun dia." Tegur satu suara.
Wonbin cuba untuk mencari pemilik suara itu. Apabila matanya sudah tidak kabur,dia dapat lihat dengan jelas dia berada disatu tempat yang dia sangat2 kenal. Dia juga dikelilingi oleh beberapa orang lelaki yang menakutkan.
"Apa yang korang nak huh? Aku tak kenal korang pun! Kenapa culik aku!?" Soal wonbin. Suaranya lemah.
Salah seorang dari mereka tergelak. Apa yang kelakar pun tak tahulah. "Kau memang tak kenal kitaorg. Kitaorg pun tak kenal kau. Tapi orang yang suruh kitaorg.buat macam ni kat kau, kenal siapa kau." Ujarnya.
Tiba2, wonbin terdengar suara tapak kaki berjalan dibelakangnya. Wonbin berpaling. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Hani yang datang menghampirinya dengan ditangannya sdg memegang pistol.
Bibir Hani mengukir senyuman sinis. Dia memberi isyarat kepada penjahat2 yang dia upah untuk berlalu pergi.
"Kerja korang dah settle sampai sini aje. Sekarang korang boleh balik!" Arah Hani. Dia mahu hanya dia dan wonbim sahja didalam.
Penjahat2 itu mengangguk dan berlalu pergi. Keadaan menjadi sunyi sepi. Wonbin memandang Hani yang jalan kehulur kehilir dengan memegang sepucuk pistol.
"Kenapa buat aku macam ni?" Soal wonbin.
Hani tergelak sinis. "Aku yang sepatutnya tanya kau soalan tu! Aku yang patut tanya!"
Hani merenung tajam kearah wonbin. Dia meletakkan pistol tersebut tepat2 ditepi kepala wonbin.
"Takkanlah kau dah lupa? Tak mungkin kau lupa dengan tempat ni dan apa yang kau buat kt sini!" Ujar Hani.
"Aku takkan lupa. Aku memang tunggu kehadiran kau." Balas wonbin.
Hani ketawa kuat2. Ketawanya seperti orang kurang siuman.
"Kalau kau dah lama tunggu aku. Bermaksud kau dah lama tunggu saat ajal kau tiba!" Ujar Hani.
Wonbin terkejut. Hatinya benar2 takut sekarang ini. Dia tidak mahu mati. Dia belum bersedia! Dia tidak mahu mati dibunuh!
"Tolonglah.. aku minta maaf sangat2. Aku terlalu emosional dulu!" Wonbin merayu.
Hani berdiri dibelakang wonbin. "Tapi perlu ke kau bunuh mak bapak aku bodoh!? Perlu ke kau hancurkn kebahagiaan hidup aku!? Kau buat aku terseksa bertahun-tahun! Kau buat aku hidup tanpa kasih sayang mama dan papa aku!? Dan kau cakap kau bunuh mak bapak aku sebab emosional!? Kau memang tak guna! Aku akan bunuh kau! Bunuh dengan tangan aku sendiri!!" Hati Hani benar2 marah.
Dia memukul wonbin beberapa kali dengan kuat sehingga wonbin lemah. Dada Hani turun naik. Nafasnya sesak. Hatinya benar2 sakit bila teringat kisah dulu.
Dari belakang, Hani mengacukan pistol kekepala Wonbin.
"Ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Dan ucapkan hai pada neraka!" Ujar Hani sambil tergelak jahat.
Wonbin sudah memejamkan mata. Tetapi...
"Hani berhenti!" Kedengaran suara yang dikenali.
Hani memandang kedepan. Wonbin juga membuka matanya semula. Tidak jadi Hani mahu menembak kepala Wonbin.
"Adam..pakcik..." Hani tidak menyangka mereka semua mampu mencarinya disini. Tapi bagaimana?
Adam dan pakcik seokjin cuba mendekati Hani tetapi dihalang oleh Hani
"Jangan datang dekat! Kalau tak aku tembak dia!" Marah Hani. Dia mencekik wonbin dan mengacukan pistol kekepala wonbin.
Adam cuba untuk menguatkan semangat walaupun hatinya benar2 hancur dengan apa yang dia lihat sekarang ni.
"Hani..." Adam memanggil Hani dengan lembut.
Hani memandang Adam. Air matanya tumpah.Hani menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"Dia bunuh mama dan papa saya.." ujar Hani.
Adam mengangguk. Dia cuba untuk memujuk Hani. "Ye saya tahu. Tapi bukan dengan cara macam ni untuk awak selesaikan masalah."
Dahi Hani berkerut seribu. "Aku tahulah apa yang aku nak.buat! Dia bunuh mama dan papa! Aku pun nak bunuh dia jugak!" Jerit Hani. Perangainya berubah-ubah. Sekejap baik dan sekejap meroyan tak tentu pasal.
Dalam pada masa yang sama, polis telah datang. Anggota polis masuk kedalam dengan senyap agar Hani tidak perasan sementara Adam dan pakcik seokjin mengalih perhatiannya.
"Cik Hani. Tolong fikir. Mama dan papa Cik mesti tak suka cik buat macam ni.." pujuk pakcik seokjin.
Hani menggeleng kepala. "Tak! Mama papa mesti suka! Hani akan hantar pembunuh ni ke neraka!! Dia tak patut hidup!!!"
Adam bersuara. "Dia ayah saya Hani!"
Hani membalas. "Dia pembunuh! Dia tak sesuai jadik ayah kau! Biar aku hapuskan dia supaya kau tak dapat ayah mcm dia!"
Wonbin yang sedari tadi hanya mendiamkan diri bersuara." Adam tolong ayah."
Hani ketawa berdekah-dekah. Dia rasa sungguh gembira melihat wonbin yang ketakutan.
"Eh bodoh! Sekali dia langkah. Satu tembakan kena kepala kau! Lebih baik kau perhati je muka anak kau tu sebab akan dtg kau takkan jumpa dia lagi!" Ujar Hani.
Adam menggelengkan kepala. "Hani.. awak sayangkan saya kan?"
Hani terkejut disoal begitu. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk. Adam tersenyum.
"Lepaskan dia? Dia ayah saya. Saya sayangkan dia. Walauapapun jadi dia tetap ayah saya walau buruk mana dia sekalipun. Lepaskan dia ye? Demi saya?" Pujuk Adam.
Hani menggeleng kepala. "Tak! Saya tak boleh!" Hani rungsing. Sekarang dia rasa keliru. "Aku takkan lepas kan dia! Aku sayangkan kau tapi aku tetap nak bunuh dia!! Arghhhhhhh!!! Pergi matilah kau pembunuh!"
Hani bersedia mahu melepaskan tembakan.
"Hani jangan!!!!" Serentak Adam dan pakcik seokjin menjerit.
Tetapi, belum sempat Hani mahu melepaskan tembakan. Dia telah dipegang oleh seseorang dari belakang. Rupa-rupanya anggota polis sedang bertindak mengikut masa yang sesuai. Pistol ditangan Hani dilepaskan.
"Lepaskan akulah! Lepaskan akulah bodoh! Biarlah aku bunuh dia!! Dia bunuh mama dan papa...aku.nak bunuh dia.. aku nak bunuh dia.." Hani meroyan tak tentu pasal. Dia kadang2 menangis dengan kuat dan kadang2 ketawa dengan kuat.
Namjoon yang tadinya bersama pihak polis melakukan tugas melepaskan wonbin yg diikat dikerusi.
"Tuan okey?" Soal namjoon.
Wonbin mengangguk. Dia memandang Hani yang sedang memberontak dan meroyan apabila dirinya mahu digari oleh pihak polis.
Mata wonbin beralih memandang Adam. Adam hanya berdiri kaku sambil memandang Hani. Mata Adam berair2. Dia mengelap air matanya yang keluar.
Hati wonbin terpalit rasa berdosa dan bersalah. Betapa dia sudah menyakiti banyak hati manusia termasuk anaknya sendiri.
Hani dibawa oleh pihak polis untuk kebalai. Semasa Hani berjalan bersebelahan dengan Adam, adam bersuara.
"Siapa pun awak..saya tetap sayangkan awak.." ujar Adam perlahan tetapi dapat didengari oleh Hani.

 Air mata Adam mengalir apabila melihat keadaan Hani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mata Adam mengalir apabila melihat keadaan Hani.
"Maaf..maaf.." ujar Hani sayu..
***
Disudut lain, kwangsoo memegang bahu pakcik seokjin.
"Pakcik okey?" Soalnya.
"Selagi saya bernyawa. Saya akan bantu Hani keluar dari dunia gelap dia." Ujarnya.
Kwangsoo mengangguk. Dia bersetuju dengan kata2 ketuanya.

Gadis MISTERIWhere stories live. Discover now