01

61 5 1
                                    


Kau menguis-nguis makanan yang berada di dalam pinggan. Selera makan kau mula hilang apabila berita tentang pemindahan sekolah sampai ke telinga kau.

Bunyi petir berdentum membuatkan kau tersentak. Dari pandangan kau, malam itu hujan akan turun. Secara tiba tiba kelibat seseorang melintas dari tingkap berhadapan kau.

"Tolong saya.."

"Tolong saya.."

Suara sayu dengan esakan kecil mula kedengaran. Kau menutup mata rapat kemudian menekup telinga dengan telapak tangan. Sehingga terasa bahu kau dipegang seseorang, jeritan kecil terlontar.

"Heena..kamu okay?"

Kau mengeluh lega. Kau melihat muka appa kau yang kelihatan gelisah. "Kenapa appa nak saya pindah sekolah?"

Tuan Ji: Kamu tak ingat ke kekecohan yang kamu buat?
Heena: Tapi semua sebab..
Tuan Ji: Roh? Semua karut Heena. Hantu kamu percaya?

Terselah kekerutan pada muka Tuan Ji. Kau berasa kesal. "Jadi appa tak percaya pada anak sendiri?"

Heena: Heena nampak semua itu.
Tuan Ji: Sampai kamu sanggup tolak rakan sekelas kamu? Appa rasa kamu tertekan Heena.

Meja dihentak dengan kuat. Kau lantas berdiri. "Appa nak cakap saya gila?"

Tuan Ji: Tak bukan maksud..
Heena: Ya, Heena gila..gila sebab terperangkap dalam dunia gelap. Tak ada sesiapa percayakan Heena.

"Appa dah daftarkan Heena jadi esok Heena pergi sekolah ya?" kau menunduk dan tanpa apa apa balasan kau berlari naik ke atas.

-

"Heena bangun sayang.."

Terdengar suara Tuan Ji daripada dapur membuatkan kau terjaga. Suis lampu disebelah katil dimatikan. Itulah kebiasaannya, kau tidak boleh tidur dalam kegelapan jika tidak perasaan takut akan menyebulungi diri kau dan kau akan terjaga sepanjang malam.

Kau memasuki tandas dalam keadaan mamai. Kau membasuh muka dan memandang cermin. Seorang gadis mula muncul dari permukaan cermin itu. Titisan darah menitis daripada kelopak mata gadis itu. Bibirnya juga kelihatan pucat ditambahkan pula dengan lebam lebam pada muka dan tangannya. "Tolong saya.."

Kau memekakkan telinga. Kau memandang kearah lain dan berharap gadis itu akan pergi. "Tolong saya.." suara itu kedengaran hampir di telinga kau.

Heena: Jangan kacau aku!

Kau menumbuk cermin di hadapan dan serta merta gadis itu hilang. Pintu tandas dibuka dan Tuan Ji meluru masuk. Tangan kau yang luka membuatkan Tuan Ji gelisah. "Kamu..kalau tak mahu ke sekolah, tak perlu lukakan diri sendiri." tanpa tahu apa apa Tuan Ji sudah menuduh.

Heena: Apa apalah appa. Kalau saya cakap sekalipun, appa tak akan percaya bukan?

Tuan Ji mengeluh. Rambut anak gadisnya diusap lembut. "Lepas dah selesai balut tangan kamu, kamu pergi sekolah.."

-

Kau mematikan langkah apabila kedua belah kaki kau sudah melangkah masuk ke dalam koridor sekolah. Kau memejamkan mata. Aura dingin mula terasa. "Tak akan dekat sini juga?"

Terasa seperti cahaya matahari tiada dan bayangan di lantai permukaan itu menyebabkan kau berpaling dan muka kau tersembam pada dada seseorang. Kau mendongak memandang lelaki yang langsung tiada reaksi pada mukanya. Dengan selamba lelaki itu beredar pergi tanpa ada rasa bersalah. Kau mengetap gigi menahan marah. Kaki kanan kau selangkah kedepan ingin mengejar lelaki yang biadap itu namun seseorang menarik kau.

"Kau pelajar baru bukan?"

Kau mengerutkan dahi kemudian matanya dijelingkan pada pegangan lelaki itu. Sedar akan jelingan tersebut lelaki itu melepaskan pegangannya.

"Kim Taehyung imnida.."

Kau tersenyum tipis. Lelaki di hadapannya tersengih comel.

"Jangan sesekali rapat dengan lelaki tadi." sebuah amaran diberi kepada Heena.

"Dia bahaya dan aku rasa pelajar baru kena patuhi peraturan sekolah juga kalau nak selamat bukan?"

Taehyung: Lagi lagi ada perempuan cantik baru masuk sekolah ini.

Taehyung tersenyum lebar kemudian meminta diri untuk pergi. "Peraturan?"

Kau bergegas bergerak menuju ke locker. Barang barang di simpan didalam locker tersebut dan buku mata pelajaran untuk mata pelajaran pertama dan kedua diambil. Kau melangkah ingin pergi sehingga mata kau tertatap pada papan kenyataan di sebelah locker.

Peraturan untuk pelajar - pelajar.

1; Jangan bercakap dengan Min Yoongi.
2; Jangan dekat dengan Min Yoongi.

"Apa dan siapa Min Yoongi?" soal kau dalam hati.

"Kau budak baru kan?"

Sekali lagi kau dikejutkan dengan seorang pelajar. Gayanya macam kaki gossip.

"Kau tahu dia apa? Dia raksasa."

Bagai tahu apa yang kau fikirkan, gadis itu bercakap tentang peraturan yang ditampal itu.
Gadis itu mengeluh bosan apabila kau tidak memberi sebarang reaksi tidak seperti gadis lain. Ada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan membuat muka terkejut. Kau seakan akan tidak berminat. Kau menunduk hormat pada senior itu dan berlalu ke ke kelas.

Kau duduk di sebuah kerusi dan meja yang kosong disebabkan tempat duduk lain sudah penuh. Tanpa mempedulikan siapa rakan semeja, kau mengeluarkan buku dan membaca buku tersebut.

"Kau nampak apa aku nampak?"

"She's dead."

Semua rakan sekelas memandangnya kearah kau yang berada di sudut belakang. Mulalah yang perempuan berbisik antara satu sama lain padahal satu kelas boleh dengar apa yang mereka bisikkan. Mata mata yang tidak percaya memandang kau. Namun sebaik guru masuk mereka semua memandang kehadapan.

Yoongi yang tidur beralaskan lengannya mula terjaga sebaik terasa seseorang berada di sebelahnya. Dia mengecilkan mata apabila ternampak tempat duduk yang sentiasa kosong di sebelahnya sudah diduduki seseorang. Gadis asing itu diperhati dengan lama. "Budak baru?"

Kau menutup buku itu kemudian mendongak memandang Yoongi setelah perasan diperhati. Mata kau tepat memandang anak mata lelaki itu. Ada sesuatu yang lain tentang lelaki itu. Setelah lama memandang lelaki itu, kau tersenyum sinis.

"Ji Heena imnida.."

"Selamat berkenalan..roh.."

Min Yoongi membulatkan mata. "Dia boleh nampak aku?"

Ya aku boleh.

The Dark FateWhere stories live. Discover now